WACANA SEMBANG STIGMA: LGBT

0 comments

“Jadi apa saya boleh buat untuk bantu golongan LGBTQ ni, Dr?”

“Be an opener, be a good listener.”

Kita perlu jadi pendengar yang baik dan bersedia untuk terbuka dengan pelbagai cerita. Hati yang ikhlas insyaAllah dapat membantu dan menjadi asbab kepada perubahan orang lain.

Sembang Stigma bersama Muharikah, Dr. Abdul Rahmah & Abang Raffie yang berlangsung di kedai #imanshoppe, Serdang pada 29 Julai 2018.

A) Firstly, kenali LGBT!

  • L: Lesbian, G: Gay, B: Biseksual, T: Transgender.
  • Dari sudut kesihatan, LBGT ini tergolong sebagai masalah kejiwaan seperti yang diungkapkan oleh Menteri Kesehatan RI Nila Djuwita F Moeloek, Indonesia.
  • Pada hakikatnya, golongan ini tahu mereka mempunyai konflik dalaman & mereka tidak tahu ke mana mereka harus rujuk dan mendapatkan nasihat bagi permasalahan mereka ini. So, if and when we don't help, they will seek help from the people that have similar problems with them.
B)  We are advocates, not judges  نحن دعاة لا قضاة": فليغيره
  • Norma tugas dakwah & pengislahan sememangnya mencabar: (kasih saying (prihatin), tarbiah (didikan), islah (pembaikan), struggle (mujahadah nafs), istiqamah). Tiada solusi segera, but become the opener & trustee untuk mereka mula menceritakan masalah, yang boleh dirujuk. Matlamatnya, agar golongan ini kembali berubah menjadi lebih baik & normal (mu’min).
  • Sebenarnya, konflik golongan LGBT ini telah wujud sejak zaman Nabi yg terdahulu seperti kaum Nabi Lut, & sebahagian menyebut tlh wujud ketika zaman Nabi Ibrahim. & bagaimanakah golongan ini disantuni oleh para Nabi?

C) Rahmat Sekalian Alam رحمة للعالمين

  • Berdasarkan kefahaman kita terhadap Maqasid Syariah, pertama sekali, kita seharusnya menjaga nyawa & kehidupan setiap hidupan. Kerana, "we can save & fix everything if we save people’s life first. Lost life means lost opportunity & everything."
  • Walaupun golongan LGBT ini adalah minoriti, akan tetapi kita tetap perlu prihatin terhadap mereka supaya tidak semakin mmbesar stigma & supaya suara protes/desakan mereka tidak kedengaran. Mereka perlulh dirawat & dididik dengan kefahaman serta cara hidup yang benar di sisi agama.
  • “Oleh itu, menentang gejala songsang LGBT bukanlah sehingga menidakkan hak asasi mereka sebagai manusia yang harus hidup dengan kehormatan. Hak asasi mereka terhadap pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang pekerjaan masih perlu dihormati dan dipelihara. Perlu diimbangi di antara hak asasi yg harus dimiliki oleh semua manusia dan tidaklah sehingga tuntutan mereka keseluruhannya diterima dan diberikan pengiktirafan yang memungkinkan keburukan agama, budaya dan naratif kebangsaan”, petikan dari Utusan online.
  • Antara pendekatan semasa terhadap golongan ini adalah, Mais ar-Riqab telah menyediakan bantuan perniagaan kepada golongan ini & NGO PAFI (Pertubuhan Amal Firdausi) menggalakkan syarikat seperti Beauty Care utk mengambil mereka bekerja.

Antara panduan merawat golongan ini adalah:

  1. We should not have a stereotypes like we don’t want to approach them because they have HIV. Untuk pengetahuan, LGBT bukanlah penyakit keturunan. Walaupun mereka ada HIV pun, virusnya boleh dikawal daripada effect org lain. Boleh rujuk dengan doktor atau di hospital.

    Info Tambahan: HIV hanya boleh merebak melalui tiga cara iaitu, a: Transmission (ibu ke anak), b: Blood Transfussion, c: Sexual Transmission (suami & isteri). Ini bermaksud, jangkitan melalui air liur ataupun berpeluk bukanlah penyebab jangkitan HIV.

  2. Accept them as they are; everyone have sins, do mistakes & no one is perfect or pure. It's not because they lack of faith or Iman.

  3. Social support. It takes time to build trust & convince them until they will tell you their conflict & problems. Yang penting jaga gesture & body language kita, jangan sampai mereka boleh sense bahawa kita tidak suka kepada mereka. Hal ini boleh mengelakkan mereka dari terus terjebak dengan seks bebas ataupun dadah.

  4. Channelkan golongan ini ke DoCtor Psychology atau NGO seperti NGO PAFI, KASIH, SAGA.

  5. Give consistent support & please make sure they take medication as prescribed by the doctor.

FAQ #sembangstigma

1. Bagaimana nak berdakwah kepada golongan LGBT yang berbangga & tidak rasa bersalah dengan sikap ini?

Pertamanya, kita janganlah menindas mereka sehingga mereka rasa oppress. Hal ini kerana mereka akan cepat melawan balik dan boleh menyebabkan mereka bencikan agama & pendakwah.

Jadi, berkawanlah dengan mereka. Supaya lebih dakwah itu lebih mudah untuk disampaikan & diterima dengan baik.

Nota penting: Tidak semua org boleh menggunakan approach & dakwah dengan cara yang sama sahaja. Setiap orang memerlukan kepelbagaian & kreativiti.

2. Bagaimana pula bagi golongan LGBT yang secara luarannya telah ada penambahbaikan akan tetapi secara dalamnya masih ada kecenderungan LGBT?

Paling utama, kita perlu elakkan apa yang boleh trigger kecenderungan mereka ini kembali sehingga boleh mengelakkan addiction. Antaranya, elakkan serumah dengan orang-orang yang ada kecenderungn yang salah. Digalakkan juga untuk golongan ini berkahwin kerana depression akan wujud apabila golongan ini disisihkan keluarga & masyarakat.

.

Nota penting:

- Perkongsian ini diambil dari Facebook page salah seorang peserta yang hadir ke event #sembangstigma di SINI.

- Jika ada terdapat info atau maklumat yang salah, kami ingin mohon maaf di atas kelemahan dari pihak kami sendiri.

- Jika anda ingin tonton video LIVE Sembang Stigma, boleh tonton di SINI

Leave a comment

All blog comments are checked prior to publishing
You have successfully subscribed!
This email has been registered