News

IMAN di Frankfurt Book Festival - IMAN Shoppe Bookstore

IMAN di Frankfurt Book Festival

1. Tahun ini kali kedua kami bertandang ke sini. Meneruskan cita-cita besar kami mahu berkongsikan konten Islam buat masyarakat dunia. 2. Terdapat 1.9 billion Muslim di seluruh dunia, tetapi yang mempunyai kuasai membeli yang besar dan ada kemahuan kepada konten Islam adalah barangkali 10% dari populasi berikut; 15 juta rakyat Eropah, 18 juta rakyat Malaysia, 80 juta rakyat Turkey, 200 juta rakyat Indonesia, 10 juta rakyat Arab, 5-10 juta US dan Canada. Begitu pun kontennya harus tepat untuk rakyat di negara tersebut - gaya bahasa dan budaya di dalam buku tersebut. Ini menjadikan konten Islam pun agak mencabar untuk disebarkan ke seluruh dunia walaupun ada peluang tersebut. 3. Di dalam pasaran buku yang padat, IMAN perlu mencari pasaran yang belum diterokai, niche pasaran yang tidak ramai penerbit di dunia membuatnya. Itulah “Islamic contemporary content” yang menarik perhatian anak muda. Buku berbahasa Melayu yang menceritakan tentang kisah kehidupan anak muda di Malaysia sangat susah untuk tembus ke pasaran antarabangsa apabila isinya ada unsur islamik. Jika unsur general, thriller, cinta masih ada harapan. 70% buku Iman Publication tak sesuai untuk pasaran antarabangsa. Barangkali ada harapan untuk diterjemahkan ke bahasa Inggeris atau Jerman dahulu, tetapi itu pun berisiko. Kami berulang kali cuba untuk menembusi pasaran negara jiran, iaitu Indonesia, namun malangnya: “Budayanya enggak sama ibu. Penulisnya tidak dikenali orang rakyat Indonesia. Barangkali susahnya jika mahu dipasarkan ke negara Indonesia.” Saya sendiri masih belum nampak peluang untuk membawa buku saya sendiri ke pasaran antarabangsa. Saya juga sudah harus mula menulis dalam bahasa Inggeris. 4. Fokus kami 5 buku sahaja kali ini ( 8% dari keseluruhan judul buku IMAN) - Letters to God, karya Norhafsah Hamid ; The Art of Letting God dan Call Upon Him oleh Ust Mizi Wahid , Being A Quran Tag Girl oleh Ayesha Syahira dan juga How Are You? karya Aiman Azlan dan Aiman Amri. Konten untuk anak muda, spiritual dan menyelesaikan masalah mental dan emosi. Ternyata menarik ramai penerbit Muslim untuk mendengar pitching kami. 5. Karya Teme Abdullah walaupun best seller di Malaysia namun sangat susah dipitch. Best seller di Malaysia tak semestinya mampu tembus ke pasaran antarabangsa. Latar belakangnya boleh lokal tetapi isunya harus global. 6. Banyak kami belajar sepanjang bergaul dengan penerbit dari Eropah. Antaranya mengenai kos percetakan termurah adalah di Turkey dan China dengan minima cetakan sebanyak 3 ribu. Pulangan duit dari cetakan itu, biasanya 2-3 tahun . Menjadikan mereka sangat berhati-hati dalam menerbitkan mana-mana buah buku. Saluran pengedaran mereka adalah 500 masjid dan kedai buku Islam di seluruh Eropah. Tempat simpanan buku pun tersangat mahal, disebabkan itu mereka harus pastikan buku-buku yang dicetak dapat disalurkan secepatnya kepada pengedar. Permintaan buku untuk anak muda sangat tinggi, tidak ramai penulis Muslim di Barat mampu menulis buku untuk rakyat Muslim di Eropah yang membesar di Eropah. Jika adanya penulis di Malaysia yang mahu tulisannya sampai ke tangan Muslim di Eropah - penulisan ruhani yang santai menjadi pilihan mereka. 7. Ulama yang ditsiqahi (dipercayai) di kalangan rakyat Eropah tidak ramai . Lagi tidak ramai yang mampu menulis dengan baik. Maka penulisan ulama kontemporari dan menyentuh hati sangat kurang di Eropah. Mana-mana asatizah di Malaysia yang mampu menulis dengan bahasa Inggeris dengan baik sesuai dengan konteks umum Muslim di dunia, ini adalah satu niche area yang boleh diceburi. Seerah Made Easy atau Sirah for newbies adalah salah satu angle penulis seperti Khubaib Akhi boleh ceburi. Kami berniat untuk menterjemahkan karya Ustaz Syaari Ab Rahman, kerana kontennya mengenai tadabbur al-Quran yang cukup baik, tetapi ini perancangan masa panjang, perlu disusun dalam jadual. 8. Sepanjang 4 hari berkenalan dan bertukar pandangan berkenaan pasaran dan industri buku di negara mereka; IMAN mendapat minat dari penerbit Indonesia - Mizan, Turkey - ERKAM World , UAE - Takhayul Media, German - Em-Buch.De, Abu Dhabi - Thaqafa Publishing dan German dan Turkey - Plural Publication. Kebanyakan syarikat penerbitan Muslim di German juga memasarkan buku di negara Eropah yang lain. Kebiasaan usaha trade rights memerlukan 2-3 kali pertemuan sebelum dapat termaterai perjanjian kerana buku harus dibaca dan disemak editorial team sebelum dapat diterbitkan. Untungnya berhubungan dengan syarikat penerbitan Islam, networking tidak memerlukan makan malam atau keluar berparti bersama, cukup dengan kepercayaan bersama serta kecederungan atau minat yang sama dalam menyebarkan Islam ke seluruh dunia. 9. Hampir kesemua penerbit Muslim yang kami temui menubuhkan syarikat penerbitan atas dasar perjuangan Islam - untuk menyampaikan risalah menerusi buku. Terdapat dua tiga booth Muslim Publisher di FBF yang memberi buku berkenaan tentang Islam secara percuma kepada pengunjung. 10. Jual hak cipta tidak membawa keuntungan serta merta. Ia adalah kerja janga masa panjang. Saya berkira-kira jika fokusnya adalah membangunkan konten yang relevan dengan lokal, maka seharusnya empower rakyat di negara itu untuk menulis, atau rakyat / pelajar Malaysia di tempat tersebut untuk menulis konten sesuai dengan permasalahan dan isu di negara tersebut. Cadangan ini saya sempat sampaikan kepada pelajar Malaysia di German sewaktu perkongsian atas talian bersama mereka sehari sebelum kami pulang ke Malaysia. 11. Long termnya lagi adalah menjadi penerbit seperti Penguin Random House - yang membangunkan konten local untuk pasaran lokal. Saya bayangkan jika IMAN mahu membuka cawangan pertamanya di luar negara, harus bermula dengan Indonesia dahulu kerana membangunkan konten Islam untuk anak muda sangat penting di rantau ini, apatah lagi budaya dan bahasanya tidak jauh beza. Pembeli dan penyokong tegar IMAN di Indonesia semakin berkembang. Saya berharap rakan penerbit di Indonesia boleh membantu usaha ini untuk menjayakannya dalam 3-4 tahun mendatang. Boleh dibawa kontennya ke negara Asean terlebih dahulu dan manfaatkan pasaran yang sangat besar tetapi belum tersentuh lagi dengan konten Islam yang baru ini. Jika kita tidak buat, penguin random house atau amazon crossing yang akan ambil kesempatan atas kelompongan ini. 12. Kerja IMAN baru sahaja bermula. Doakan kami. Masih banyak yang perlu dibuat. Biarlah jasad kami hanya berada di Malaysia, tetapi mesej dan konten yang kami mahu kongsikan, bertebaran ke seluruh dunia menerusia dunia buku. Aisyah Z/Muharikah Founder Iman Shoppe & Iman Publication Penulis buku motivasi, tarbiah dan fiksyen di Iman Publication

Keep reading
Frankfurt Book Fair 2019 - IMAN Shoppe Bookstore

Frankfurt Book Fair 2019

Barangkali ramai yang masih belum sedari akan kewujudan Frankfurt Book Fair dan apa signifikannya terhadap pembangunan ketamadunan industri buku di dunia. 1) Apa itu Frankfurt Book Fair ( FBF)? FBF adalah pesta buku trading terbesar di dunia; 7,300 pempamer dari 100 negara, 296,000 pelawat yang terdiri dari penjual, penerbit, literary agent, penulis, jurnalis, perpustakaan, digital platform, juga pertubuhan atau persatuan buku; bagi tujuan menjual 400,000 hakcipta konten buku ke seluruh dunia. Masuknya berbayar, jika private visitor - tiket sehari euro 22, jika trade visitor, bergantung kepada subsidi dan pakej - antara euro 20- 625 untuk 5 hari aktiviti di pesta buku Penganjur telah pun membuat keuntungan beberapa bulan sebelum pesta bukunya bermula lagi.   2) Lagi tentang FBF. FBF ini bermula semenjak tahun 1454. Tujuan utamanya adalah untuk tujuan jual-beli hak cipta atau terjemahan dan tempat pertemuan pemain industri buku, penerbit dan kedai buku atau pengedar yang lain. Ini adalah aktiviti memindahkan ilmu dan ideologi dari sebuah bangsa ke bangsa yang lain. Aktiviti yang sama telah pun berlaku di Baitul Hikmah - lebih 13 abad yang lalu, di zaman kegemilangan Khilafah Abbasiyah. Baitul Hikmah dibina pada tahun 813M- aktiviti perterjemahan ilmu, jual beli hakcipta berlaku di sepanjang tahun. Disebabkan itu dahulu Islam sangat mampu membentuk dan mengubah pemikiran dunia - kerana sumber ilmunya itu datang dari negara Islam. Kini, yang menjadi sumber ilmu dan tempat berlakunya transaksi dagang keilmuan itu, terbesarnya adalah di Barat. 3) Buku fizikal vs buku digital. Menariknya di pesta buku ini, walaupun digital semakin berkembang, minat dan keperluan masyarakat dunia umumnya masih lagi suka kepada pembacaan buku fizikal. Beberapa penulis fiksyen di barat masih lagi mampu menjual jualan buku fizikal lebih 1 juta naskhah semenjak setahun dua diterbitkan. Orang masih lagi membaca buku; fizikal. Ini budaya yang sangat penting dalam industri buku. 4) Bercita-cita untuk menguasai dunia 'Top 10 publishers' di dunia mencapai jumlah jualan akumulatif sebanyak Euro 50 billion setiap tahun - paling tinggi adalah RELX Group (Pendidikan) Euro 4 billion setahun (sangat rendah berbanding syarikat tech tetapi marketnya masih besar). 10 Syarikat ini adalah dari UK/US/Canada/Netherland/France/Germany. Nilai market buku di Malaysia adalah Euro 250 juta. Penerbit paling besar di Malaysia mencapai jualan Euro 2 juta setahun, pencapaian akumulatif 3 syarikat penerbitan terbesar Malaysia (Pelangi/Sasbadi/Oxford Fajar)- Euro 5 juta. Begitulah kecilnya pencapaian penerbitan Malaysia berbanding penerbit Barat. Masih jauh perjalanan sebab itu kita tidak boleh hanya berpuas hati menjadi jaguh kampung. Kita harus bercita-cita untuk menguasai dunia seperti mana yang pernah berlaku di Baghdad satu masa dahulu.  5) Digital consumer Mesti kita ingat di Barat mereka lebih banyak membaca ebook kan? Tetapi pasaran ebooks hanya 6-9% sahaja di Eropah bergantung kepada negara. Tetapi pembelian buku secara atas talian (online) di UK secara drastiknya bertambah kepada 52% (175 juta naskhah buku- 480 ribu naskhah sehari) ! Kewujudan Amazon sangat mempengaruhi cara pembelian buku di UK dan Eropah. Anehnya apabila kami melawat kedai buku di London, Oxford dan Frankfurt, 95% ruang di kedai buku menjual buku. Berbeza dengan Malaysia, 40% ruang di kedai buku menjual aksesori selain daripada buku. Pasaran online bertambah tetapi kedai buku tak mati, malah penuh pengunjungnya!    Pembaca di Eropah juga sudah berpindah kepada format berbeza dalam pembacaan buku audio, peningkatan yang tinggi tetapi saya tak berjaya mendapatkan angka sebenar. Ini dipengaruhi apabila semakin ramai pengguna membeli di online - maka segala formatnya dihyperlinkkan bersama - audio/ebook/buku fizikal. Kehidupan urban yang sibuk menjadikan audiobook sebagai platform buku yang menarik untuk golongan pekerja dan profesional untuk didengari sewaktu mereka bergerak ke tempat kerja. Transformasi digital berlaku dalam bentuk audio, juga pembikinan proses buku. Transformasi content tidak banyak berubah walaupun teknologi berkembang- pembaca masih dahagakan buku yang connectkan mereka dengan kehidupan di dalam buku yang dibaca. 6) Konten Genre buku yang masih dominan di Eropah adalah fiksyen terutamanya thriller. Ini termasuk buku fizikal dan audio. Kebanyakan buku yang mampu mencapai jualan lebih 1 juta naskhah dan terjual di puluhan negara adalah fiksyen. Malah Netflix mencari konten lokal untuk drama bersiri mereka menerusi fiksyen. Pembaca Eropah dan Barat masih dahagakan konten dalam bentuk peneceritaan (story telling) yang menyentuh perasaan pembaca, malah ada isu dan ‘suara’ yang mahu dibangkitkan. Buku fiksyen berbahasa Melayu masih belum berjaya ke tahap itu, walaupun kita mempunyai pelbagai buku sastera yang menang anugerah di dalam negara. Tetapi buku yang boleh dikomersialkan kepada dunia dan sesuai dengan kedahagaan rasa ingin tahu (curiosity) masyarakat dunia? Kita harus bekerja keras untuk itu. Konten penulis barat, walaupun fiksyen, banyak memberi input dan mengubah cara pandang kita terhadap sesuatu perkara. Barangkali penulis mereka lebih fokus dalam penulisan. Ada yang mengambil masa setahun dua untuk mengkaji sesuatu isu sebelum menulis novel. Novel seperti itu berjaya tembus ke seluruh dunia. Banyak novel dari negara lain yang ditulis dalam bahasa lokal - Rusia/China/Jepun/Ukrain/ tetapi karya mereka dapat dibeli hak cipta untuk terjemahan ke negara lain. Bukan sekadar soal bahasa, tetapi konten. Apabila konten kita setaraf dunia, kita mampu mengangkatnya ke pentas antarabangsa. Beza dengan kita di Malaysia, tidak ramai profesional dan golongan intelektual yang menceburi bidang penulisan kreatif berkongsikan pengalaman dan ilmu pekerjaan mereka dalam bentuk penceritaan fiksyen. Penulisan yang berhubung (connected) dengan pembaca dan 'move' mereka. Yang menulis akademik sangat sukar untuk menulis fiksyen, menyebabkan pemindahan ilmu menerusi penceritaan itu tidak berlaku, walaupun di dalam negara kita sendiri.   7) Budaya dan ekonomi membaca Sudah tentu budaya sesebuah negara akan menentukan ekonomi industri buku negara tersebut. Membaca adalah satu budaya yang membumi di Barat. Penerbit, penulis, editor dan jurnalis ketika mendengar bual bicara mereka, boleh petik apa sahaja buku yang popular, dan ternyata mereka tahu kontennya. Kita tahu akan buku yang popular tapi masih banyak belum membacanya. Dari sudut ekonomi, harga buku mereka ternyata murah dibandingkan dengan gaji mereka. Jika gaji bersih dalam Euro 2000, harga buku Euro 6. Gaji rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pencuci rumah/kedai atau pembantu restoran pun mendapat dalam Euro 500-1000. Harga buku sangat murah. Berbeza dengan kita. Bila banyak membaca, akan wujudkan budaya ingin tahu dan inginkan lebih daripada buku. Dari situ penulis akan berusaha sajikan lagi penulisan berkualiti tinggi yang tak disangkakan. Cycle itu akan menumbuhkan budaya keilmuan, pemikiran, intelektual yang sekaligus membangunkan ekonomi industri buku dan negara. Pembaca bijak akan menolak penulis untuk menulis content yang bijak, menjadikan ramai orang masih memerlukan buku dalam pembangunan diri mereka. Buku bukan lagi komoditi kehendak, tetapi keperluan. Industri buku di Malaysia semakin jatuh dan seringkali yang dilihat antara booster penyelamatnya adalah dana kerajaan. Tetapi industri buku di Barat agak stabil jika tidak meningkat. Paling penting, ia berkembang secara organik dan real. Ini kerana budaya. Ini kerana rakyat mereka memilih untuk menjadi pandai dengan membaca. Ekosistem yang menjadikan penulis fokus menulis konten yang mampu membangunkan rakyat negaranya.   8) Jual hak cipta tak kaya. Tetapi jual banyak hak cipta ke pelbagai negara, boleh. Ramai terpancing dengan merasa bangga jika karya buku mereka dapat terjual atau terpamer di kedai buku negara luar. Tetapi hakikatnya, buku dari Malaysia dikira sebagai buku niche dalam market Eropah. Disebabkan itu penjualan hak cipta berbaloi dari sudut kosnya jika dapat terjual kepada lebih 10 negara pada jumlah 3000 naskhah setahun setiap satunya. Untuk genre Islamik seperti IMAN sendiri, sangat sukar mencapainya. Aktiviti ke pesta buku seperti ini adalah aktiviti bakar duit untuk capai cita-cita jangka masa panjang. Perlu buat, tetapi lambat buahnya untuk masak apatah lagi untuk dirasai nikmatnya. Tak ramai tahu betapa susahnya karya Malaysia nak tembus pasaran dunia, terutama kualiti konten kita masih jauh dari tahap pembacaan rakyat Eropah.     9) Take home message untuk rakyat Malaysia a) Kota Buku Dunia 2020 adalah Kuala Lumpur. Ia adalah satu pemangkin untuk rakyat Malaysia sedari bahawa mereka perlukan buku untuk membangunkan diri dan negara kita ke persada dunia. b) Pembaca yang berkualiti akan terlahir dengan konten berkualiti. Ini bermula dengan penulis yang berkualiti. Penulis yang berusaha untuk keluarkan konten yang mendidik dan disokong oleh penerbit yang mahu melaburkan masa dan wang ke arah itu. c) Pasaran ASEAN sangat besar ; 647 juta penduduk, berbanding jumlah penduduk Eropah 741 juta. Tetapi jualan buku terkumpul untuk satu ASEAN hanya Euro 1.2 billion, berbanding dengan syarikat Bertelssman di Germany, Euro 3.6 billion setahun. Trading dan terjemahan buku diantara sesama negara ASEAN tersangat lemah. Kos untuk terjemahan dan pengedaran buku sangat tinggi menyebabkan perkongsian ilmu sangat sukar berlaku. d) FBF menunjukkan tahap kita masih jauh ke belakang. Jika kita ingin menang, kita perlu ubah mindset, perlu ubah cara kerja dan perlu ubah business model untuk lahirkan penulis lokal yang berkualiti. Agar satu waktu nanti, berlumba-lumba penerbit Barat mahu membeli karya terbitan Malaysia. e) Perkara di atas boleh dibuat dengan kolaborasi antara penulis di universiti atau golongan profesional dan penerbit komersial - content provider dan penjual yang mengenal pasaran, supaya kualiti konten yang tinggi boleh memberi kesan kepada rakyat kebanyakan. Setakat ini dahulu catatan pertama.      Saya akan kembali bertugas sebagai doktor dan pensyarah setelah seminggu berjuang di dalam dunia buku. Sehingga posting seterusnya, Aisyah Z/Muharikah Frankfurt, 16-20 Oktober 2019 Founder Iman Shopee & Iman Publication serta penulis di Iman Publication.  

Keep reading
3 Nasihat Buat Para Graduan - IMAN Shoppe Bookstore

3 Nasihat Buat Para Graduan

Tiba sudah musim graduasi. Sebahagian daripada kita mungkin sudah mula memikirkan gaya-gaya menarik dan langka (rare) yang bakal menghiasi gambar-gambar kenangan bersempena tamatnya pengajian di institusi pengajian tinggi masing-masing. Manakan tidak, setelah bertahun-tahun menahan ngantuk menyiapkan kerja kursus dan projek akhir semester, berbaldi-baldi air mata dan peluh ditadah demi segulung ijazah. Manakala buat graduan ijazah kedua dan ketiga pula, lega tidak terkata setelah berkali-kali mengulang tulis kajian yang tak kunjung siap. Alhamdulillah, itu sahaja kata yang dapat menyimpulkan segenap kesyukuran dan kepuasan yang terbuku dalam hati. Buat para graduan, saya kongsikan 3 nasihat berikut; 1. Ilmu yang paling baik, adalah ilmu yang bermanfaat. Menurut Baginda SAW, satu per tiga amal yang tidak mati oleh kematian kita kelak adalah ilmu yang memberi manfaat. Manakala dalam hadis yang lain, kesempatan seseorang umat Nabi SAW untuk beramal di muka bumi ini adalah sehingga umurnya sekitar 60 dan 70 tahun. Menginsafi kelemahan diri dan lalainya hati ini, tidakkah kita merasakan betapa kasihnya Allah SWT kepada hamba-Nya dengan memberi peluang kepada hamba untuk memanjangkan hayatnya dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada orang lain. Apakah lagi tujuan kehidupan ini melainkan bagi mencapai keredaan Allah SWT yang membawa kita ke syurga-Nya, bukan? Dalam kesempatan yang lain, Baginda SAW mengingatkan kita, ( خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناس) “Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain.” Oleh itu, carilah segala ruang dan peluang yang ada di sekitar kita untuk menjadi individu yang bemanfaat. Sebagai tanda syukur pada nikmat ilmu dan usia yang diberikan pada kita. 2. Jangan terlebih berbulan madu. Seorang graduan, berhak untuk menghayati hari-hari kejayaannya. Layak juga untuk seseorang graduan bergembira bersama rakan-rakannya, keluarga, sebahagiannya ada yang meraikan dengan makan besar dan melancong. Tetapi jaga-jaga ya, jangan lama-lama. Hidup anda akan cepat beralih daripada alam pengajian yang memberikan perhatian kepada soal bilik kuliah, kerja kursus dan hal ehwal mahasiswa, kepada alam kerjaya dan berkeluarga yang menuntut kemahiran yang tentu sekali berbeza.Ini adalah kehidupan yang dilalui oleh setiap insan, semakin meningkat umur semakin meningkat juga tanggungjawab dan cabaran hidupnya. Hal ini tidak termasuk dengan aktiviti kemasyarakatan dan aktivisme yang juga merupakan salah satu daripada domain kehidupan manusia yang seimbang dan menyeluruh. Lebih-lebih lagi, ia menuntut kemahiran pengurusan hidup yang tinggi. Selari dengan ayat ke-7 Surah Al-Syarh,( فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ ) “Dan jika engkau telah selesai (melakukan suatu urusan), maka bersungguh-sungguhlah engkau (melakukan urusan yang lain).” 3. Hanya graduasi, bukan tamat belajar. Awas, jangan terkeliru antara hari graduasi dengan hari tamat belajar. Ahli hikmah mengatakan, “Tuntutlah ilmu, daripada lahir hingga ke liang lahad.” Sebahagian ahli hadis mengatakan kata hikmah ini terkandung maknanya dalam hadis, (طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ) “Menuntut ilmu wajib bagi setiap Muslim.” Kita dapat perhatikan bahawa Nabi SAW sendiri melalui proses menuntut ilmu yang sama dengan mengetahui bahawa dengan tamatnya penurunan Al-Quran, menandakan dekatnya saat kewafatan Baginda SAW. Ia memberi erti bahawa Baginda SAW sendiri menuntut ilmu khususnya daripada Allah SWT, iaitu penurunan wahyu sepanjang 23 tahun lamanya. Maka jangan berhenti menuntut ilmu, sekalipun anda seorang graduan PhD. Teruskan meneroka lautan ilmu tanpa henti. Akhir sekali, saya adalah orang pertama yang membaca nasihat ini sekaligus yang paling layak menerima nasihatnya. Juga jutaan tahniah buat para graduan di pelbagai peringkat pengajian, mohon doakan juga saya agar dilancarkan graduasi yang juga tak kunjung tiba ini.   Editor Iman Publication

Keep reading
AidilAdha: Adakah Sekadar Solat Raya Dan Makan Daging? - IMAN Shoppe Bookstore

AidilAdha: Adakah Sekadar Solat Raya Dan Makan Daging?

  يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujurat, ayat 13) Ayat ini benar-benar mengingatkan kita, akhirnya segala apa yang kita kejar di dunia ini harta, pangkat, kedudukan dan segalanya tidaklah menjadi penanda aras tinggi atau rendahnya kedudukan kita di sisi Allah.   Hanya satu sahaja yang menjadi penilainya iaitu taqwa. Yang paling mulia di sisi Allah, yang paling dekat denganNya adalah orang yang paling bertakwa.  Apakah takwa yang dimaksudkan? Kata Sayidina Ali RA: “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.” (Rujukan : Apakah Itu Takwa)  Alhamdulillah kita diberi kesempatan tahun ini berada di dalam bulan Zulhijjah. Bulan yang berkumpul begitu banyak ganjaran yang Allah janjikan.  Bulan yang penuh berkat dan limpahan kebaikan berisikan keutamaaan kewajiban agama, iaitu kewajiban berhaji dengan manasik, perjalanan iman dan ibadah, makna pengorbanan, pengabdian, jihad dan mujahadah. Dapat dilihat dari hadis nabi yang bermaksud Rasulullah s.a.w. bersabda: Dalam riwayat at-Thabrani: “Tidak ada hari-hari yang lebih afdal di mana taqarrub kepada Allah dilaksanakan pada hari tersebut kecuali hari-hari yang sepuluh ini.” (Rujukan : Rabaniyyah Dalam 10 Hari Awal Bulan Zulhijjah) Dari hadis ini menunjukkan keutamaan beribadah dalam bulan Zulhijjah. Oleh itu, marilah kita mengisi hari-hari di dalamnya dengan amal soleh dan berpuasa sunat pada hari Arafah yang jatuh pada hari Sabtu bersamaan 10 Ogos 2019 bagi tahun ini.  Semoga Allah menerima amal-amal soleh kita dan menjadikan kita hamba-hambaNya yang bertakwa.  Membuka tabir sirah yang sering kita dengar dalam bulan ini, banyak perkara yang kita boleh belajar dari sirah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, betapa keyakinan, kesabaran dan ketaatan mereka begitu tidak tergugah, juga sirah Hajar dan Nabi Ibrahim juga melihatkan kita betapa yakinnya mereka bahawa Allah tidak akan pernah mensia-siakan hamba yang mentaatiNya dan sirah Qabil dan Habil, betapa tamak dan dengki menjadi iktibar buat kita demi sampai kepada tujuan utama iaitu mardhatillah (redha Allah).   Antara hikmah terbesar dari ibadah haji juga adalah perpaduan. Meraikan kepelbagaian dan keragaman. Kebersamaan itulah yang kita rayakan dalam balutan ihram putih saat wukuf di Arafah. Keteraturan yang kita saksikan dalam putaran Thawaf dan perjalanan Sai.  Keseragaman dan kebersamaan.  Penuh perbezaan dan keteraturan. Itulah integrasi yang menjadi watak dasar agama. Kerana manusia disatukan asal dan tujuan yang sama. Panorama kehidupan apakah yang paling kuat kita rasakan saat berhaji? Itulah dia keragaman atau kepelbagaian. Semua warna kulit, postur, bahasa, watak, budaya, makanan. Tumpah ruah dalam kebersamaan. Tampak berbeza tapi mengalir teratur. Inilah yang dikatakan dalam ayat pertama yang kita bincangkan tadi. Akhirnya di sisi Allah, di hadapan Allah, kita adalah satu, yang menjadikan kita berbeza hayalah ketakwaan kita padaNya. (rujukan : Anismatta) Bayangkan seluruh umat Islam dari serata dunia datang dengan niat yang satu iaitu melaksanakan ibadah kepada Allah dan melengkapkan rukun Islam kelima.  Semangat inilah yang harus kita implementasikan dalam kehidupan seharian. Betapa seboleh mungkin segala perbezaan kita sesama manusia tidak menjadi asbab untuk kita saling bermasam muka, merasa lebih baik dari orang lain, bertikam lidah malah pelbagai perlakuan negatif.  Islam agama yang meraikan perbezaan. Dan kerana itu konsep ijtihad (penelitian secara deduktif terhadap dalil-dalil yang mensabitkan maqasid syarak bagi mendapatkan hukum syarak) wujud dalam agama ini. Ketika ijtihad dilakukan walaupun ianya salah, satu pahala tetap diperolehi.  (Rujukan : Pengenalan Kepada Ijtihad) Mari lah kita saling meraikan. Rasakan perbezaan antara kitalah yang menjadikan dunia ini penuh warna warni.  Selagi perbezaan sesama kita tidak lari dari syariat agama, berlapang dadalah.  Cukup-cukuplah kita ditertawakan musuh-musuh Islam melihat kita saling bergaduh sesama sendiri.  Bermasam muka, menebar fitnah hanya kerana perbezaan politik. Atau mengherdik, mencaci kerana perbezaan cara fikir. Atau saling memburukkan hanya kerana berbeza mazhab dan fahaman.  Tinggalkanlah segala keegoan. Merasa benar berbanding orang lain.  Hidup di zaman fitnah ini, perlunya kita berhati-hati. Kerana selain al-Quran dan hadis sebagai panduan, segalanya menjadi kelabu dan samar-samar.  Semoga kita semua sentiasa dalam panduan Allah meniti kehidupan di akhir zaman ini.    Salam Aidil Adha 1440H, Mari menghayatinya dengan saling berkasih sayang!   

Keep reading
5 kenangan manis IMAN sepanjang 2018! - IMAN Shoppe Bookstore

5 kenangan manis IMAN sepanjang 2018!

Cepat masa berlalu kan? Kira tinggal dua bulan lagi sebelum berakhirnya tahun 2018. Pernah terfikir tak apa je yang kita dah buat sepanjang 2018 ini?  Bagi pihak Kak Iman dan team IMAN sendiri, banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kami. Samaada sedih atau gembira.  Sudah tentu tanpa kalian semua, Kak Iman tidak akan sampai ke tahap Kak Iman sekarang. Banyak sangat yang kami belajar, namun masih banyak yang perlu dibaiki. Kak Iman harap, kalian semua juga sama-sama dapat grow seperti mana kami semua berkembang di sini Sepanjang tahun 2018, antara kenangan manis kami adalah:  Antara kenangan-kenangan ini semua, mana satu kalian paling ingat dan bermakna sekali? 

Keep reading
Aduh...susahnya nak habis baca buku! - IMAN Shoppe Bookstore

Aduh...susahnya nak habis baca buku!

Kita seringkali mendengar rintihan teman-teman #obsesikubuku seperti, "Banyaknya buku yang ingin dibaca dan banyaknya juga buku yang belum habis dibaca." "Ah, susahnya nak habiskan baca buku ni." Atau lebih tepat bukan rintihan teman-teman sahaja tapi kita juga sering mengalami masalah ini. Setiap kali kita mula baca, rasa begitu teruja untuk menghabiskannya, tapi.... sampai di pertengahan jalan, alaa selamat tinggal buku atau kita terus memang dah terlupa tentangnya. Ish-ish kesian buku...😌 Insha Allah kali ini, saya kongsikan 3 faktor kenapa kita susah nak habiskan baca buku dan cadangan mengatasinya:  Faktor pertama kenapa kita susah nak habiskan baca sesuatu buku tu kerana kita MEMBACA BUKU TANPA TUJUAN.  Kadang-kadang kita  terlalu teruja ingin membaca sebuah buku tersebut dek kerana buku itu baru keluar atau dikongsikan ramai orang, hingga kita terlupa untuk tetapkan apa sebenarnya yang kita nak dapat dari buku tersebut. Tanpa tujuan yang jelas, keterujaan kita akan mudah luntur dan kita tidak bersemangat untuk menyelesaikan pembacaan kita kerana kita tak pasti apa yang kita nak dapat dari buku tersebut. Dengan tujuan yang jelas, ia akan mengekalkan momentum pembacaan kita dan kita akan kekal teruja untuk menghabiskan pembacaan. Sebagai contoh, ketika kita membaca buku ‘Anak Desa ke Persada Antarabangsa’ tulisan Dr Daud, sebelum mula membaca buku tersebut, kita dah letakkan tujuan ingin mengetahui apakah rahsia kejayaan Dr Daud maka kita akan ghairah membaca sehingglah mendapat jawapan yang ingin kita perolehi. . Faktor kedua adalah kerana KITA MEMILIH BUKU YANG SALAH.  Pemilihan buku yang salah akan menyebabkan kita patah semangat. Jika kita baru ingin berjinak-jinak dengan membudayakan pembacaan, mulalah dengan buku yang tidak membincangkan isu yang berat atau bahasa yang sukar. Mulakan lah dengan buku berbentuk penceritaan atau yang nipis. Mulakan dengan membaca buku yang berkaitan dengan minat kita. Boleh berjalan-jalan di laman sesawang ‘Goodreads’ atau mana-mana media sosial yang selalu berkongsi isi kandungan buku untuk kita mendapatkan sedikit informasi mengenai buku yang sesuai buat kita. Selain itu, pilihlah buku mengikut keadaan atau emosi kita ketika itu. Itu juga boleh membantu kita untuk mengekalkan keterujaan untuk membaca. Atau cara lain yang boleh saya cadangkan adalah baca beberapa buku dalam satu masa. Bila kita dah mula bosan dengan buku yang sedang kita baca, beralihlah ke buku lain. Kemudian beralih pulalah kembali ke buku yang tadi dan seterusnya. . Faktor ketiga adalah FAKTOR KAWAN.  Pentingnya mempunyai kawan-kawan yang suka membaca atau paling kurang menyokong usaha kita membudayakan pembacaan buku bagi memastikan keterujaan kita membaca akan bertahan. Kongsikan bacaan anda kepada rakan-rakan. Jadikan ia sebahagian topik perbualan setiap hari. Keluar bersama ke kedai buku dan bercerita mengenai penulis yang diminati. Atau menghadiri program-program yang boleh meningkatkan lagi semangat dan kecintaan kita kepada pembudayaan membaca seperti Lepak bersama IMAN pada 28 Okt ini!  Dengan itu, kita akan lebih bersemangat kerana kita menyedari yang kita bukan seorang diri dalam usaha ini. Ok, cukup untuk kali ini. Jom kita borak-borak lagi di lain kesempatan. Jumpa anda di sana! Selamat menghabiskan pembacaan! Ya buku yang di tangan anda tu lah...😉 . Artikel ini dikongsikan oleh, Aya_Booksboutique Temui beliau di sesi perkongsian EKSPRE-SO-BUKU di event LEPAK BERSAMA IMAN: BUKU x KOPI!  Dapatkan tiket di sini: http://bit.ly/lepakbersamaiman

Keep reading
How to Raise Smart Kids by Raudah Mohd Yunus - IMAN Shoppe Bookstore

How to Raise Smart Kids by Raudah Mohd Yunus

Children are naturally curious. They ask about anything and everything.  You will often be surprised by how random their questions can be. From the cartoon characters they watch to your neighbour’s hair colour, and from maggots to dinosaurs, the list never ends. Not only that, your child always tries to explore things at home; cutting papers, sticking cards to each other, trying out your nail polish and lipstick, sprinkling the floor with powder, and making bubbles in the bathroom. In short, they turn the house into complete chaos! But don’t be mad, this is how their brains grow!  I am no expert in this field, but here is my take. In order to raise smart kids, the most important thing is to cultivate a culture or habit of observing, thinking, analysing and expressing oneself. There are several tips to train your child to be a thinker: Do not kill their curiosity. Welcome their questions (no matter how ridiculous they sound), and encourage them to think and ponder. You do not need to have all the answers. And when you don’t, make an effort to learn new things with your child. If your child is not curious enough, create that curiosity. Ask questions, instead of waiting for one. “What do you think about that?” “If I mix red and white, what colour do you think we’ll get?” “Which one is faster, a helicopter or an aeroplane? Why?” “Look at the moon! Why do you think it appears only at night?” (The list of potential questions is infinite!) Turn every day-to-day situation into a learning opportunity. In the grocery store, clinic, bank, post office and park, there is always something to observe. Point out those things, and discuss them with your child. But don’t keep giving information. Ask what they think and feel, and let your children express themselves freely. Children love bedtime stories. When you entertain them, try to diversify your stories – don’t always repeat tales with the same lessons. Tell stories that make them think. Give them problems to solve. Ask what would they do in a particular situation, and why. Appreciate whatever choice they make, and if necessary, offer alternatives. Let your child play, imagine and invent things. It is important to ensure their safety, but excessive restriction is not good for their physical and psychological growth. Instead of buying toys (they will always ask and you’ll have to buy, anyway), encourage them to make one. It forces your child to be creative. Too much screen time is bad (I’m guilty of this too!). Your child loves cartoons, no doubt. It’s OK to watch, but make sure you know what they are watching, and grab the opportunity to show them something educational from time to time. Ask them, “Remember that tasty ice cream we had? Do you want to see how they make it?” Then watch a nice clip showing how ice cream is made or processed. Values are important, and teaching them to your kids is a good way to make them think. For instance, when you see your child doing something nice, point it out, and explain why you like it. And when you see them doing something unpleasant, gently point it out and explain. Or you can do so while watching something with them, or when you’re out walking on the street. “See how that girl talks to her mother? She’s very polite, she doesn’t shout.” Every child is unique, and you know your kids better than anyone else. So it is up to your creativity to interact with your child in a positive and constructive manner. Remember, children are born curious and intelligent. Your job is to identify their strengths and interests, and nurture them. No, you don’t need a lot of money to raise a smart kid. There are more important (and free) things you can do for your child – ask the right questions, encourage them to observe and explore, tell them it’s okay to make mistakes, and allow them to express themselves. And most importantly, love them unconditionally. This article is written by Raudah Yunus.  Raudah Mohd Yunus was born in Michigan in 1984. She graduated from Alexandria University in 2008 and is currently a Doctor of Public Health (DrPH) candidate in University of Malaya. Raudah enjoys reading, writing and doing humanitarian work. She is the editor of "Tales of Mothers: The Greatest Love". She's currently editing Tales of Mothers 2.   

Keep reading
PELANCARAN BUKU 'UNSHAKEABLE' BERSAMA AIMAN AZLAN DI BORDERS, IOI CITY MALL PUTRAJAYA - IMAN Shoppe Bookstore

PELANCARAN BUKU 'UNSHAKEABLE' BERSAMA AIMAN AZLAN DI BORDERS, IOI CITY MALL PUTRAJAYA

. Alhamdulillah, pada hari Ahad lepas (9 September 2018) team Iman Publication dengan kerjasama Borders, IOI City Mall Putrajaya telah berjaya melancarkan buku terbaru dari Aiman Azlan 'Unshakeable' 👏.Majlis pelancaran dibuka dengan ucapan oleh CEO Iman, Fatin Syamimy dan perkongsian dari Fatiha Shuib, 1Moment4Them. Fatiha kongsikan tentang apakah perbezaan antara 'anxiety' dan 'anxious', dan juga projek-projek yang sedang dibuat oleh 1Moment4Them. . .Seterusnya perkongsian dari Aiman Azlan kenapa beliau menulis buku 'Unshakeable', kenapa beliau memilih bidang psikologi dan bagaimana ingin mengawal rasa 'nervous' kita 😊. .Terima kasih kepada semua yang hadir dan juga kepada tetamu-tetamu khas seperti Projek Kaki Buku, Afiq Sazlan & juga Norhafsah Hamid! . .Sesiapa yang ingin dapakan buku 'Unshakeable', boleh dapatkan di kedai buku Borders, IOI City Mall Putrajaya dan juga Iman Shoppe..Atau order melalui online di sini: http://bit.ly/bukuunshakeable.#BeUnshakeable    

Keep reading
WACANA SEMBANG STIGMA: LGBT - IMAN Shoppe Bookstore

WACANA SEMBANG STIGMA: LGBT

“Jadi apa saya boleh buat untuk bantu golongan LGBTQ ni, Dr?”“Be an opener, be a good listener.”Kita perlu jadi pendengar yang baik dan bersedia untuk terbuka dengan pelbagai cerita. Hati yang ikhlas insyaAllah dapat membantu dan menjadi asbab kepada perubahan orang lain. Sembang Stigma bersama Muharikah, Dr. Abdul Rahmah & Abang Raffie yang berlangsung di kedai #imanshoppe, Serdang pada 29 Julai 2018. A) Firstly, kenali LGBT! L: Lesbian, G: Gay, B: Biseksual, T: Transgender. Dari sudut kesihatan, LBGT ini tergolong sebagai masalah kejiwaan seperti yang diungkapkan oleh Menteri Kesehatan RI Nila Djuwita F Moeloek, Indonesia. Pada hakikatnya, golongan ini tahu mereka mempunyai konflik dalaman & mereka tidak tahu ke mana mereka harus rujuk dan mendapatkan nasihat bagi permasalahan mereka ini. So, if and when we don't help, they will seek help from the people that have similar problems with them. B)  We are advocates, not judges  نحن دعاة لا قضاة": فليغيره Norma tugas dakwah & pengislahan sememangnya mencabar: (kasih saying (prihatin), tarbiah (didikan), islah (pembaikan), struggle (mujahadah nafs), istiqamah). Tiada solusi segera, but become the opener & trustee untuk mereka mula menceritakan masalah, yang boleh dirujuk. Matlamatnya, agar golongan ini kembali berubah menjadi lebih baik & normal (mu’min). Sebenarnya, konflik golongan LGBT ini telah wujud sejak zaman Nabi yg terdahulu seperti kaum Nabi Lut, & sebahagian menyebut tlh wujud ketika zaman Nabi Ibrahim. & bagaimanakah golongan ini disantuni oleh para Nabi? C) Rahmat Sekalian Alam رحمة للعالمين Berdasarkan kefahaman kita terhadap Maqasid Syariah, pertama sekali, kita seharusnya menjaga nyawa & kehidupan setiap hidupan. Kerana, "we can save & fix everything if we save people’s life first. Lost life means lost opportunity & everything." Walaupun golongan LGBT ini adalah minoriti, akan tetapi kita tetap perlu prihatin terhadap mereka supaya tidak semakin mmbesar stigma & supaya suara protes/desakan mereka tidak kedengaran. Mereka perlulh dirawat & dididik dengan kefahaman serta cara hidup yang benar di sisi agama. “Oleh itu, menentang gejala songsang LGBT bukanlah sehingga menidakkan hak asasi mereka sebagai manusia yang harus hidup dengan kehormatan. Hak asasi mereka terhadap pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang pekerjaan masih perlu dihormati dan dipelihara. Perlu diimbangi di antara hak asasi yg harus dimiliki oleh semua manusia dan tidaklah sehingga tuntutan mereka keseluruhannya diterima dan diberikan pengiktirafan yang memungkinkan keburukan agama, budaya dan naratif kebangsaan”, petikan dari Utusan online. Antara pendekatan semasa terhadap golongan ini adalah, Mais ar-Riqab telah menyediakan bantuan perniagaan kepada golongan ini & NGO PAFI (Pertubuhan Amal Firdausi) menggalakkan syarikat seperti Beauty Care utk mengambil mereka bekerja. Antara panduan merawat golongan ini adalah: We should not have a stereotypes like we don’t want to approach them because they have HIV. Untuk pengetahuan, LGBT bukanlah penyakit keturunan. Walaupun mereka ada HIV pun, virusnya boleh dikawal daripada effect org lain. Boleh rujuk dengan doktor atau di hospital.Info Tambahan: HIV hanya boleh merebak melalui tiga cara iaitu, a: Transmission (ibu ke anak), b: Blood Transfussion, c: Sexual Transmission (suami & isteri). Ini bermaksud, jangkitan melalui air liur ataupun berpeluk bukanlah penyebab jangkitan HIV. Accept them as they are; everyone have sins, do mistakes & no one is perfect or pure. It's not because they lack of faith or Iman. Social support. It takes time to build trust & convince them until they will tell you their conflict & problems. Yang penting jaga gesture & body language kita, jangan sampai mereka boleh sense bahawa kita tidak suka kepada mereka. Hal ini boleh mengelakkan mereka dari terus terjebak dengan seks bebas ataupun dadah. Channelkan golongan ini ke DoCtor Psychology atau NGO seperti NGO PAFI, KASIH, SAGA. Give consistent support & please make sure they take medication as prescribed by the doctor. FAQ #sembangstigma 1. Bagaimana nak berdakwah kepada golongan LGBT yang berbangga & tidak rasa bersalah dengan sikap ini? Pertamanya, kita janganlah menindas mereka sehingga mereka rasa oppress. Hal ini kerana mereka akan cepat melawan balik dan boleh menyebabkan mereka bencikan agama & pendakwah. Jadi, berkawanlah dengan mereka. Supaya lebih dakwah itu lebih mudah untuk disampaikan & diterima dengan baik. Nota penting: Tidak semua org boleh menggunakan approach & dakwah dengan cara yang sama sahaja. Setiap orang memerlukan kepelbagaian & kreativiti. 2. Bagaimana pula bagi golongan LGBT yang secara luarannya telah ada penambahbaikan akan tetapi secara dalamnya masih ada kecenderungan LGBT? Paling utama, kita perlu elakkan apa yang boleh trigger kecenderungan mereka ini kembali sehingga boleh mengelakkan addiction. Antaranya, elakkan serumah dengan orang-orang yang ada kecenderungn yang salah. Digalakkan juga untuk golongan ini berkahwin kerana depression akan wujud apabila golongan ini disisihkan keluarga & masyarakat. . Nota penting: - Perkongsian ini diambil dari Facebook page salah seorang peserta yang hadir ke event #sembangstigma di SINI. - Jika ada terdapat info atau maklumat yang salah, kami ingin mohon maaf di atas kelemahan dari pihak kami sendiri. - Jika anda ingin tonton video LIVE Sembang Stigma, boleh tonton di SINI. 

Keep reading