REVIU BUKU: Empayar – Hikayat Putera Tanpa Nama
Teme Abdullah. Pertama kali mengenali tulisannya adalah dari karya pertamanya, Pelukis Jalanan. Sejak itu, saya jadi senang dengan penulisannya. Merendah diri dan menyentuh hati menjadi elemen wajib dalam penceritaannya.
Begitu juga dalam karya terbarunya, Empayar – Hikayat Putera Tanpa Nama. Ini kali pertama Teme menulis karya fiksyen, selepas tiga tajuk dalam siri kisah anekdot Jalanan.
Mengisahkan kehidupan para penuntut pesantren yang diberi nama Madrasah Tamingsari. Bergenre drama religi dan fantasi pasca-apokalips. Tetapi, jangan sangka ia cerita aksi fantasi seperti digambarkan dari kulit buku. Hal ini salah misinterpretasi saya sendiri sebenarnya. Haha!
Membaca cerita ini, buat saya teringat dengan karya Paulo Coelho. Ada nilai indah, sesuai dengan tajuknya, ‘hikayat’. Bezanya cumalah indah Paulo bersifat surreal. Kadang macam tak faham apa yang mahu disampaikan. Mungkin saya sendiri yang belum cukup faktor kematangan (dan daya imaginasi luar norma) untuk menghayatinya.
Teme pula menggunakan pendekatan realis sekalipun menulis cerita fantasi. Bagi mereka yang tak biasa menghadam karya fantasi, karya ini ibarat salam perkenalan ke suatu dunia cerita yang bukan berkisarkan kejadian di alam nyata.
Secara peribadi, Empayar ibarat gabungan manga 07-Ghost karya Yuki Amemiya dan Yukino Ichihara, dan siri novel ringan Grimgar of Fantasy and Ash karya Ao Juumonji. 07-Ghost kerana menggunakan pusat agama (madrasah) sebagai latar tempat utama. Grimgar kerana cerita ini tidak begitu mementingkan ‘world-building’, tetapi menekankan interaksi serta perkembangan watak di dalam dunia cerita. Pendek kata, kisah kehidupan seharian di alam fantasi.
Secara keseluruhan, rating saya adalah 4/5 bintang.
Dari segi teknik penulisan, tak banyak benda saya boleh beri komen. Ayat visual yang ringkas dan padat. Deskripsi yang asas. Cerita berpandukan dialog. Transisi cerita yang laju dan kemas. Itu saja. Which is good, I guess?
Dari segi jalan cerita, ada dua perkara. Kejutan plot menarik, tetapi sebenarnya sudah boleh dijangka dari awal. Namun ia bukanlah masalah. Plot twist hanya antara pilihan dalam rencah cerita. Dan ini bukannya hasil cerita thriller yang wajib buat pembaca sakit kepala.
Kemudian, konflik. Jujur cakap, agak simplistik. Skala konflik tidak sebesar seperti klise dalam cerita epik. Perang beberapa kuasa monarki untuk rebut kerusi takhta. Perang haq dan batil ala-ala kisah pahlawan. Sekali lagi, tetaplah bukan masalah. Cuma agak kurang puas kerana fokus konflik hanya berlaku di dalam madrasah semata-mata.
Jenis konflik pula tidak lebih dari sekadar perdebatan agama mengenai isu haram cinta. Agak sayang di situ kerana ini menyebabkan deskripsi mengenai situasi dunia kerajaan Adharapura tidak diberikan gambaran yang seharusnya. Tetapi sebab penamat ceritanya yang tergantung, mungkin ia akan difokuskan dalam sekuel? Harapnya adalah sambungan.
Sekalipun begitu, apa yang menarik minat saya adalah kepelbagaian dari barisan wataknya.
Si penunggang agama yang memanipulasikan ilmu agama untuk mencapai kepentingan peribadi. Kemasyhuran pangkat, merebut cinta dan kebanggaan diri. Berhujah pula menggunakan emosi dan nas-nas serta ayat Al-Quran semata-mata. Sudahlah ilmu cetek, perspektif hidup sempit, hadam ayat Al-Quran secara nilai Islamik sahaja. Sama macam orang-orang itu, kan?
Si orang ‘biasa’ yang berhujah dengan menggunakan hujah logik akal dan fitrah manusiawi. Bukan jenis yang baca ayat Al-Quran penuh hanya untuk menampakkan betapa hujah yang diberi itu sungguh Islamik bunyinya. Nas-nas dan ayat Al-Quran digunakan sebagai pengukuh buat hujah akal agar tidak lari dari disiplin ilmu agama.
Si konservatif yang sekadar menilai betapa beragamanya seseorang melalui pandangan literal semata-mata. Kalau ditonjolkan perangai baik dan Islamik, maka beragamalah dan tinggilah darjat orang itu. Sekalipun peribadi adalah sesuatu yang boleh dilakonkan.
Si pencari yang keliru antara dua hujah yang berlawanan. Yang ini cakap tak boleh, yang itu cakap boleh pula. Jadi siapa yang benar? Padahal dua-dua ada hujah. Ibarat orang awam yang tak faham kenapa ulama’ mahu bergaduh beri label sesama sendiri, dan akhirnya mereka sendiri tak faham apa itu Islam sebenarnya.
Setiap watak digambarkan berdasarkan jenis manusia yang wujud dari sudut sikap mereka terhadap agama. Orang sebegini ada di sekeliling kita, atau boleh jadi adalah diri kita sendiri.
Setakat itu saja reviu saya. Saya amat menyukai Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama. It was a fulfilling read. Harap Teme terus berkarya, dan terus boleh buat saya cemburu (baca: kagum) dengan hasil penulisannya. Sebagai penulis pemula, saya terinspirasi dengan karya ini.
Tak dinafikan isi cerita agak ‘preachy’, tapi rasanya kalau mahu berdakwah, apa lagi cara yang ada sebenarnya? Cara yang dikatakan lebih baik itu pun sama saja macam sifat khutbah, ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Dan sebenarnya, penulis mana yang tak ‘preachy’ kalau mahu sampaikan sesuatu dalam karyanya?
Oh ya, Teme, terima kasih atas tandatangannya. Lawa tulisan kau.
Hasif Rayyan
21/5/2018; 11:47 PM
Sumber reviu buku ini diambil dari Facebook Hasif Rayyan di sini.
.
Novel #Empayar boleh didapati di semua kedai buku seluruh Malaysia atau online di sini, http://bit.ly/novelempayar
Sample Block Quote
Praesent vestibulum congue tellus at fringilla. Curabitur vitae semper sem, eu convallis est. Cras felis nunc commodo loremous convallis vitae interdum non nisl. Maecenas ac est sit amet augue pharetra convallis nec danos.
Sample Paragraph Text
Praesent vestibulum congue tellus at fringilla. Curabitur vitae semper sem, eu convallis est. Cras felis nunc commodo eu convallis vitae interdum non nisl. Maecenas ac est sit amet augue pharetra convallis nec danos dui.
Cras suscipit quam et turpis eleifend vitae malesuada magna congue. Damus id ullamcorper neque. Sed vitae mi a mi pretium aliquet ac sed elitos. Pellentesque nulla eros accumsan quis justo at tincidunt lobortis denimes loremous. Suspendisse vestibulum lectus in lectus volutpat, ut dapibus purus pulvinar. Vestibulum sit amet auctor ipsum.