REVIU BUKU: STIGMA
Kali terakhir membaca novel tempatan perihal isu LGBT adalah Selumbar, karya Ikmal Ahmad, terbitan Rumah Lipur Lara. Rasanya setakat ini, itu saja karya tempatan yang saya anggap berjaya mengupas isu LGBT secara realistik.
Itu pun dari penerbitan indie, yang seperti kita tahu, bebas menulis mengenai pelbagai isu yang dianggap tabu dan provokatif.
Setahu saya, karya sebegini tidak wujud dalam penerbitan arus perdana. Bahkan idea sebegini cenderung ditongsampahkan atas alasan membawa pengaruh buruk terhadap Islam. Dasar si konservatif paranoid, memang begitulah perangainya.
Kalau ada sekalipun, penceritaannya bersifat berat sebelah, kononnya atas dasar mengikut hukum Syariah. Watak utama, si pemerhati heteroseksual yang kononnya mahu memahami situasi warga LGBT. Tetapi usahanya acuh tak acuh, balik-balik bebel pasal kisah Nabi Lut, selepas itu buat kesimpulan yang cuma puaskan hati sendiri. “Ya, aku faham kesukaran mereka,” katanya. Simplistik.
Berbalik kepada Stigma, ia mengisahkan dua orang doktor yang berdepan dengan pesakit HIV yang bergelumang dalam dunia LGBT.
Dalam Stigma, kedua-dua doktor juga mempunyai masalah sama. Seorang gay, seorang lesbian. Ada keseimbangan di situ.
And everyone in the story is struggling.
Secara keseluruhan, kekuatan Stigma adalah pada watak dan konfliknya. Bahkan cara watak berdepan dengan konflik masing-masing juga layak dipuji. Sebagai contoh, sambil berusaha untuk mengawal nafsu homoseksual, mereka turut berusaha untuk membantu orang lain supaya sama-sama kembali ke jalan Islam yang benar.
The reason is simple. No one knows better about the nature of a sin than the sinners themselves.
Stigma turut membuktikan bahawa faktor biologi dan persekitaran sama-sama menjadi penyebab tercetusnya nafsu homoseksual. Maka pada saya, tiada unsur berat sebelah yang bersifat menghukum warga LGBT kerana bergelumang dalam dunia tersebut atas dasar kehendak diri semata-mata. Tidak.
Realitinya mereka sendiri mahu jadi normal. Yang memilih untuk tidak keluar dari dunia tersebut adalah kerana menyangka mereka tidak punya pilihan lain. Ditekankan dalam cerita bahawa perubahan boleh berlaku sekiranya ada kesanggupan untuk bermuhajadah ke jalan Tuhan. Dan kedua watak doktor berusaha ke arah itu.
Malah, Stigma memberitahu hakikat bahawa perkahwinan bukan penyembuh untuk membendung nafsu songsang. Apabila berlaku begini, ia buat saya terfikir kalau perkahwinan itu hanya boleh berlaku kalau ada gabungan emosi romantis dan nafsu seksual antara pasangan.
Persoalan lain juga timbul semasa membaca karya ini.
Adakah nafsu seksual dianggap pelengkap rasa cinta?
Adakah cinta tidak layak dipanggil cinta kalau tiada rangsangan berahi?
Adakah kehidupan rumahtangga dianggap mustahil kalau rasa cinta hanya bersifat dorongan emosi romantis semata-mata?
Kalau benar, adakah warga aseksual (selain LGBT) akan mempunyai kesukaran untuk berkahwin nanti?
Setakat itu saja reviu saya. Rating saya, 4/5 bintang.
Sebab penamat tidak cukup menyeluruh. Selain dari itu, saya seronok membaca Stigma.
Agaknya kalau ada dalam kalangan pembaca Stigma yang lain yang mahu cuba merungkai persoalan yang saya utarakan tadi, harap sudi lontarkan pandangan.
Kepada Dr. Muharikah dan tim Iman Publication, please keep up the good work. Oh ya, gambar kulit buku sangat lawa!
.
Sumber reviu buku ini diambil dari Facebook Hasif Rayyan di sini.
#NovelStigma boleh didapati di semua kedai buku seluruh Malaysia atau online di sini, http://bit.ly/novelstigma
Sample Block Quote
Praesent vestibulum congue tellus at fringilla. Curabitur vitae semper sem, eu convallis est. Cras felis nunc commodo loremous convallis vitae interdum non nisl. Maecenas ac est sit amet augue pharetra convallis nec danos.
Sample Paragraph Text
Praesent vestibulum congue tellus at fringilla. Curabitur vitae semper sem, eu convallis est. Cras felis nunc commodo eu convallis vitae interdum non nisl. Maecenas ac est sit amet augue pharetra convallis nec danos dui.
Cras suscipit quam et turpis eleifend vitae malesuada magna congue. Damus id ullamcorper neque. Sed vitae mi a mi pretium aliquet ac sed elitos. Pellentesque nulla eros accumsan quis justo at tincidunt lobortis denimes loremous. Suspendisse vestibulum lectus in lectus volutpat, ut dapibus purus pulvinar. Vestibulum sit amet auctor ipsum.
Salam, saya baru baca buku ni bulan lepas. Yup plot twist menarik sebab kedua-dua doktor mempunyai nafsu songsang. Banyak quotes yang menarik yang agak deep bg peringatan semua. Yang bagus di hujung buku tu ada mention persatuan or organisasi yang boleh membantu golongan sebegini. Terima kasih