KENAPA ANDA PERLU DAPATKAN KOMIK DX, KOMIK PERUBATAN #1 DI MALAYSIA?

Posted by on

First sekali sebab lukisan komik ni lawa dan comel sangat-sangat!

Kedua adalah ini merupakan kompilasi pengalaman para doktor yang dikomikkan. Ada 11 cerita kalau tak silap semuanya (sebab tiada intisari, so kena kira sendiri 😅)

Kalau dapat ditemakan kebanyakan kisah membawa tema yang hampir dengan kehidupan kita. Iaitu mengenai ibu bapa dan anak-anak..

Boleh nangis bila baca sebab doktor-doktor ni cerita pasal orang tua yang sakit yang tidak dilawat anak-anak mereka dan kisah-kisah sedih yang real sebegitu.



Dan bila baca cerita pengorbanan para nurse dan doktor yang bekerja keras menyelamatkan pesakit mereka, MasyaAllah moga Allah ganjari syurga buat kalian.

Dahsyat betul doktor-doktor ni, walaupun sangat busy tapi masih sempat berkarya.

Tapi memang nak puji sangat usaha mereka kerana KOMIK DX ini:

1) Dapat memberi inspirasi kepada adik-adik yang suka baca komik untuk jadi doktor yang bagaimana. Iaitu bukan sekadar merawat fizikal tetapi juga rohani



2) Mencelikkan masyarakat mengenai ilmu perubatan. Sebab ada juga diselitkan tips-tips yang boleh diambil apabila berhadapan dengan situasi tersebut. Dan takdelah mudah percaya dan tertipu dengan tips-tips palsu yang ada di internet

3) Pengalaman para doktor yang jarang kita dengar. Dan akhirnya doktor juga manusia yang membuat silap. Lalu mereka kongsikan sebagai iktibar buat kita



Boleh baca komik ini untuk diri sendiri atau hadiahkan untuk adik-adik yang nak jadi doktor tu 😊

Harga : RM25
Postage : RM8 (Semenanjung Malaysia) & RM13 (Sabah & Sarawak)

Boleh order KOMIK DX ini dengan secara online: http://bit.ly/komikDX

Reviu ini ditulis oleh Aya's Book

diagnosis komik dx whitecoat

← Older Post Newer Post →



Leave a comment

Sale

Unavailable

Sold Out