35 products
35 products





































35 products
Dunia Tanpa Tembok
Penulis: Ayman Rashdan Wong
Penerbit: Patriots Publishing
Tahun Terbit: 2019
Bahasa: Melayu
Genre: Bukan fiksyen, umum
ISBN: 9789671539408
Ketebalan: 245
Format: Paperback
Ilmu adalah kuasa.
Bahasa adalah simbolik.
Geografi adalah takdir.
Ketiga-tiga ungkapan ini adalah faktor yang boleh meruntuhkan tembok perbezaan manusia di dunia dalam mencapai kata sepakat dan kefahaman antara satu sama lain.
Ilmu tentang geopolitik antarabangsa pula adalah kunci untuk kelangsungan hidup negara dan bangsa, dan ilmu yang diperolehi harus berdasarkan prinsip-prinsip Realisme, Diplomasi dan Patriotisme.
Prinsip-prinsip ini akan diterangkan melalui 50 artikel yang merupakan catatan penulis sepanjang setahun yang lepas tentang geopolitik dan hubungan antarabangsa.
Dunia Tanpa Tembok 2
Penulis: Ayman Rashdan Wong
Penerbit: Patriots Publishing
Tahun Terbit: 2019
Bahasa: Melayu
Genre: Sains politik
ISBN: 9789671652800
Ketebalan: 240
Format: Paperback
Dunia sedang mengalami perubahan besar yang dikenali sebagai keruntuhan orde antarabangsa liberal. Kewibawaan sistem antarabangsa yang dibina oleh Amerika Syarikat sejak tahun 1945 berdasarkan demokrasi liberal, ekonomi pasaran, dan hak asasi manusia kini menerima cabaran hebat menerusi kebangkitan pemimpin-pemimpin "strongman", dasar perlindungan ekonomi, dam semangat populisme-nasionalisme.
Apa yang telah terjadi pada globalisasi dan dunia tanpa sempadan yang digembar-gemburkan selama tiga dekad belakangan ini? Adakah orde dunia baharu akan lahir ini lebih baik daripada orde lama, sebaliknya?
Dengan menggunakan tiga kunci ilmu geopolitik iaitu KUASA, GEOGRAFI dan IDENTITI, buku ini akan merungkai persoalan-persoalan besar seputar situasi hubungan antarabangsa kini.
Dunia Tanpa Tembok 3
Penulis: Ayman Rashdan Wong
Penerbit: Patriots Publishing
Tahun Terbit: 2020
Bahasa: Melayu
Genre: Sains politik
ISBN: 9789672437000
Ketebalan: 390
Format: Paperback
30 tahun telah berlalu sejak runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989 yang menamatkan Perang Dingin. Optimisme tentang masa depan dunia yang lebih terbuka, tanpa sempadan, saling terhubung kini diganti oleh pesimisme yang melihat dunia semakin dekat dengan kehancuran akibat persaingan kuasa-kuasa besar, kenaikan pemimpin populis dan kemunculan ultranasionalisme.
Tidak kira betapa majunya teknologi, atau betapa berevolusinya tamadun, hubungan antarabangsa tidak akan lari daripada hukum-hukum berikut:
“Musuh kepada musuh adalah kawan”
“Tiada musuh atau kawan yang kekal”
“Geografi adalah takdir”
Berpandukan tiga kunci ilmu geopolitik – KUASA, GEOGRAFI dan IDENTITI – buku ini akan membimbing pembaca memahami asbab musabab di sebalik konflik dan kerjasama antara negara.
The Physicist's Odyssey : Kisah-kisah 25 Sarjana Fizik
Penulis: Zamir Mohyedin & Musoddiq Jaafar
Penerbit: Patriots Publishing
ISBN: 9789671539640
Halaman: 289
Kalau Tuhan turunkan para kekasihnya untuk mengajar manusia mengenai fizik, maka inilah wajah-wajah yang mungkin akan terpampang sebagai nabi-nabi tersebut.
IQ yang tidak tertanding. Ketabahan menghadapi ujian. Keunikan yang membuatkan mereka terasing.
Namun disebalik kejayaan dan penemuan yang memukau dunia, mereka juga manusia seperti kita.
Ada suka dan duka. Ada betul dan silap. Ada tangis dan ketawa.
Ini kisah 25 sarjana fizik, yang nama mereka terpahat dalam sejarah, sebagai yang teragung. Bukan sahaja kisah hebat yang diriwayat, tetapi kisah drama kehidupan yang tercatat.
Kitab Tamadun Islam
Kelahiran Nabi akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad SAW merupakan suatu bukti bahawa telah lahirnya sebuah peradaban yang agung. Ketika kebanyakan daripada tamadun itu terbina dan berdiri di tepian laut serta lembangan sungai, kuasa Tuhan mentakdirkan tamadun Islam berdiri di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Baginda tekun mengajar umatnya erti sebuah kehidupan melalui cebisan-cebisan wahyu daripada Tuhan sehingga ia lengkap menjadi sebuah kitab agung, yakni al-Quran.
Tamadun yang pada asalnya bermula dari tempat tidak punya apa, lalu berjaya bangkit menggegar dua kuasa dunia pada bahagian kiri dan kanannya sehingga kedua-dua empayar gergasi itu jatuh rebah dalam puing kehancuran. Siri peperangan yang tertulis di hujung tinta sentiasa menceritakan tentang perwira dan para syuhadanya yang gugur menggempur ketumbukan Parsi yang angkuh dan Rom yang mendada.
Sudah tentu riwayat Umaiyah yang mengaum dan Abbasiyah sebuah permata sentiasa dijulang sehingga Uthmaniyah sang sufi sentiasa bersemayam di hujung lena. Malangnya, semua itu telah lenyap daripada helaian jiwa yang menandakan bahawa zaman kegelapan itu sudah pun tiba. Ada juga riwayat seperti tikaman dari belakang, perebutan takhta yang menumpahkan darah, bahkan juga keagungan intelektual umat purba yang tidak tersingkap. Semoga keagungan itu kembali mekar dalam jiwa seluruh warga satu syahadah untuk mengembalikan kegemilangan yang dirindukan.
Buku ini byk mmbntu saya memahami dn mmpelajari ketamadunan islam. Bahasa yg ringkas membolehkan saya utk mnerima mesej yg hndak d smpaikan. Recommended!
Kitab Tamadun Melayu
Adakah anda sudah lupa tentang bagaimana bangsa kita dipuja oleh penghuni dunia? Dari tempat bersemayam Izanagi, perlahan-lahan berita tentang kita merayap ke Sungai Kuning yang menyimpan seribu legenda raja agung dari kayangan dan juga ketika kita pernah dijulang di bumi Mahabharata yang menjadi latar sebuah cerita para dewa.
Tetap harum di tanah Arab tempat lahirnya Nabi akhir zaman dan kisah kita pernah terpasak di tanah para nabi, tempat kononnya Isa disalib. Khabar mengenai kita tetap bersemayam di hujung Eropah, bumi dua anak kembar yang dijaga serigala lalu terbitnya sebuah empayar.
Ketika 88 bahasa ditutur di pelabuhan teragung, bahasamu tetap menjadi raja. Kata seorang pendeta Belanda, “Kau bukan seorang intelektual, jika bahasa ini tidak sebati dengan lidahmu.” Wahai bangsa perang, wahai bangsa pendeta, wahai bangsa diplomat agung, bangkitlah mengembalikan keagungan!
The Human's Complex
Tetapi tahukah anda bahawa kajian, debat dan perbincangan mengenainya telah mula dijalankan sejak dari zaman purba lagi? Antara catatan terawal mengenai psikologi manusia adalah pada tahun 387 SM apabila ahli falsafah terkenal yakni Plato, mengusulkan pendapat beliau dengan mengatakan bahawa otak merupakan lokasi atau tempat di mana proses minda berjalan, manakala pada tahun 335 SM, Aristotle mendakwa proses tersebut berlaku di dalam jantung manusia.
Sementara itu, menurut buku The Oxford Handbook of the History of Psychology: Global Perspectives, saintis-saintis Islam juga tidak kurang hebatnya dari segi sumbangan mereka dalam kajian minda manusia. Misalnya, Ibnu Sina yang mengkaji dan berkeupayaan untuk merawat sawan, mimpi dan masalah lemah ingatan. Selain itu, menurut U.S. National Library of Medicine, hospital pertama yang mula merawat masalah berkenaan psikiatri telah diasaskan oleh doktor-doktor Muslim pada Zaman Pertengahan dahulu.
Buku ini akan membawa kita menyelami logik di sebalik minda dan kelakuan manusia melalui eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan oleh saintis dan pakar psikologi. Semoga kandungan buku ini dapat membuka minda kita semua, menjadi asbab untuk kita bermuhasabah diri untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
“The mind of man is capable of anything.” – Joseph Conrad
Alegori Naruto Falsafah di Sebalik Manga
Penulis: Zamir Mohyedin
Penerbit: Patriots Publishing
Tahun Terbit: Mei 2019
Bahasa: Melayu
Genre: Bukan Fiksyen, Umum
ISBN: 9789671652831
Ketebalan: 225
Format: Paperback
Selain Alegori Gua (Allegory of the Cave), mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Socrates pernah menggunakan matahari dan garis dibahagikan (divided line) sebagai analogi untuk menerangkan idea falsafahnya. Malah ketiga-tiga alegori yang Socrates gunakan mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
Untuk yang tidak mengetahui, Alegori bermaksud metafora yang menggunakan tempat, watak, dan peristiwa sebagai medium untuk menyampaikan mesej dan idea dengan maksud yang lebih luas.
Alegori secara praktikalnya telah digunakan secara meluas dalam sejarah dalam pelbagai bentuk sebagai alat untuk menjelaskan konsep dan idea yang kompleks supaya mampu dihadam oleh pembaca, pendengar atau pemerhati.
Kishimoto mempunyai mesej yang ringkas ditanamkan berkenaan karya Naruto. Mungkin beliau tidak berniat untuk meletakkan falsafah ataupun konsep yang tinggi dalam karyanya. Tetapi Kishimoto jelas menyatakan:
"Dalam dunia sebenar, sukar untuk manusia memahami antara satu sama lain disebabkan budaya dan dibesarkan dengan cara berbeza. Apabila kita mula meningkat dewasa, kita akan mula melihat, kadangkala ada perkara yang tak kena berlaku dalam hidup kita.
Tapi, aku cipta Naruto untuk beritahu generasi muda bahawa walaupun terdapat kesusahan dalam hidup, kalian tetap akan dapat melaluinya. Selain itu, aku lebih gemar pembaca mencari sendiri apa yang mereka dapat daripada Naruto."
Maka, karya Naruto dapat menjadi medium yang baik untuk para pembaca mengenai sebahagian idea falsafah.
Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Melaka
Penulis: Farahana Shuhaimi
Penerbit: Patriots Publishing
Tahun Terbit: 2018
Bahasa: Melayu
Genre: Bukan fiksyen, Sejarah
ISBN: 9789671539439
Ketebalan: 258
Format: Paperback
Berbanggalah, kerana Melaka adalah kemuncak peradaban bangsa. Baca rahsia-rahsia agung tentang pelabuhan Melaka yang terkaya pada masa silam.
Melaka bukanlah hanya tentang perseteruan Tuah-Jebat, kisah Puteri Gunung Ledang, mahupun kisah sakti Taming Sari.
“Barang siapa yang menguasai Melaka, maka dialah yang akan memegang leher Venice.” – Tom Pires
Rahsia keagungannya terletak pada kemuncak intelektual warganya membangunkan sebuah empayar hebat zaman berzaman.
“Quem for senhor de Malaca, tem a sua mao na garganta de Veneza.”
Kesultanan Melayu Melaka seringkali menjadi bahan polemik apabila sejarahnya dibangkitkan dan dinukilkan. TAS akan membawa pembaca menelusuri himpunan petikan-petikan berkenaan kerajaan agung bangsa Melayu ini merentas catatan dan manuskrip dari dalam dan luar negara. Ikuti garapan sosio-budaya dan sosio-ekonomi Kesultanan Melayu Melaka di dalam buku yang pasti dapat menjawab segala persoalan anda mengenai ketamadunan ini.
Aku Seorang Patriot
Penulis: Aenid Abdullah
Penerbit: Patriots Publishing
Tahun Terbit: Mac 2019
Bahasa: Melayu
Genre: Bukan Fiksyen, Catatan Peperangan
ISBN: 9789671539415
Ketebalan: 185
Format: Paperback
Masa depan dibina di atas perjuangan dan pengorbanan.
Ada yang berkorban harta dan masa, menyumbang tenaga dan idea. Tetapi, jangan kita sesekali melupakan mereka yang telah berkorban darah dan nyawa.
Aku Seorang Patriot adalah himpunan kisah-kisah keperwiraan anggotan-anggota keselamatan kita yang berada di barisan paling hadapan, menjalani operasi serta mendepani musuh, demi memastikan negara serta anak bangsanya dapat terus hidup aman dan selesa.
Kita bukan hanya penerus legasi keluarga, bukan juga hanya penerus idealisma.
Kita adalah pewaris harapan dan impian setiap anggota keselamtan negara yang telah mewasiatkan kedaulatan dan kestabilan negara kepada kita.
Mereka sudah menunaikan janji dan baiah mereka untuk mempertahan negara.
Sudah tiba gilirannya kita pula menunaikan janji untuk membangunkan negara.
Buku yang sesuai untuk segenap lapisan masyarakat bagi memupuk semangat patriotisme and menghargai perit jerih perjuangan pejuang negara dalam mempertahankan kedaulatan
Saya sangat-sangat bersyukur dan terharu kerana ada seorang penulis yang sudi mengangkat pengorbanan seorang patriot sebagai tema karyanya.
Generasi sekarang mungkin sudah terlalu selesa dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini. Jadi, saya rasa dengan adanya buku seperti ini, sedikit sebanyak dapat membuka mata semua rakyat Malaysia supaya lebih menghargai pengorbanan pahlawan-pahlawan kita semasa era sebelum merdeka.
Kudos kepada penulis, penerbit dan khasnya kepada para pejuang semua. Semoga Allah merahmati kalian.
Muhammad Dakwah dan Diplomasi
Penulis: Arep Jawa
Penerbit: Patriots Publishing
Tahun Terbit: 2019
Bahasa: Melayu
Genre: Sejarah
ISBN: 9789671734445
Ketebalan: 480
Format: Paperback
Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W merupakan suatu rahmat buat sekalian alam. Baginda adalah pemimpin umat akhir zaman dan pengasas kepada sebuah empayar spiritual yang dianuti oleh 1.9 bilion manusia.
Baginda merupakan contoh dan tauladan terbaik untuk diikuti manusia seluruh dunia. Akhlak dan karakter yang dimiliki Baginda merupakan sebaik-baik akhlak sehingga mendapat gelaran Al-Amin (yang dipercayai) dan Al-Mahbub (yang disukai). Konsep kesederhanaan yang diamalkan Baginda dapat kita lihat melalui segenap aspek gaya hidup Baginda.
Seorang yang bijak, cerdas, dan hebat dalam berdiplomasi. Perkara ini dapat dibuktikan melalui peristiwa meletakkan kembali Haarulaswad ke tempat asalnya. iaitu bagaimana Nabi Muhammad S.A.W dengan izin Allah S.W.T berjaya mengelakkan dari berlakunya persengketaan dan pertumpahan darah antara kabilah Arab.
Titanic Di Hujung Jari
Jangan Selewengkan Ekonomi Malaysia
Penulis: Kauthar Rozmal, Khairul Azri & Najib Saahari
Penerbit: Patriots Publishing
Tahun Terbit: 2019
Bahasa: Melayu
Genre: Ekonomi
ISBN: 9789671652855
Ketebalan: 222
Format: Paperback
Sinopsis: Jangan Selewengkan Ekonomi Malaysia
Pasca Malaysia Baharu menyaksikan isu semasa berkaitan dengan ekonomi negara begitu pesat disebarkan di media sosial atau media utama. Pihak pembangkang dan kerajaan begitu berlumba lumba mencambahkan propanganda versi mereka untuk tatapan marhaen.
Anak panah fitnah isu ekonomi yang dilepaskan busur propaganda begitu laju dan bertebaran sehingga membuatkan rakyat seperti kita tidak lagi tahu mengenali mana benar dan salah. Justeru, tiga orang penulis yang mempunyai latar belakang dalam bidang kewangan dan ekonomi saling berganding bahu menyiapkan koleksi koleksi artikel yang bertujuan memberikan pencerahan agung agar kita tidak lagi ditipu oleh politikus itu!
Kronikel One Piece - Sejarah di Sebalik Manga
Penulis: Amir Zayyanid
Penerbit: Patriots Publishing
Tahun Terbit: 2019
Bahasa: Melayu
Genre: Bukan fiksyen, Umum
ISBN: 9789671652824
Ketebalan: 254
Format: Paperback
"Tekad yang diwarisi, impian seorang manusia dan peredaran waktu; selagi manusia terus mencari erti kebebasan sejati, tiga perkara itu tidak akan sekali-kali dapat dihalang." -Gol D. Roger Si Raja Lanun
Seiring peredaran zaman, tamadun manusia mengalami perkembangan dalam pelbagai lapangan ilmu termasuklah ilmu perkapalan. Hal ini membolehkan ombak laut ganas yang menggulung setinggi gunung dapat dijinakkan. Lautan luas kemudia bebas diteroka. Jalan laut yang rancak dibuka sekaligus kian membudayaperdagangan maritim sehingga terbentuknya kuasa-kuasa talasokrasi yang saling berebutkan kemasyhuran, harta-benda dan tampuk pemerintahan dunia.
Percaturan geopolitik ini menuntut setiap kuasa besar untuk menubuhkan armada perang tersendiri. Persenjataan laut juga tidak ketinggalan mengalami kemajuan dari semasa ke semasa, lebih-lebih lagi pada era peralihan dari Dunia Lama ke Dunia Baru. Arena pergelutan di lautan ini tidak hanya melibatkan kelas tentera sahaja, tetapi turut direncahkan dengan kehadiran para lanun yang membawa aneka misi dan personaliti.
Dari lanun budiman hinggalah lanun psikopat. Dari semangat mengejar harta-karun hinggalah mempunyai impian untuk menubuhkan republik lanun. Calit-calit sejarah yang dititipkan oleh mereka; para lanun sejak sebelum era Julius Caesar hingga abad ke-21 ini mencetuskan sejuta inspirasi kepada ribuan karya, termasuklah One Piece.
Meneladani budaya pemahir-pemahir teori siri ‘Budak Getah’ sambil seupaya mungkin menuruti piawai penulisan akademik, naskhah ini cuba menguis langsir hiburan dan menyuluhkan lensa ke arah dua pemain teater ilmiah dalam magnum opus Eiichiro Oda ini; iaitu sejarah dan biografi dunia lanun.
Mencabar Teori Chola
Perang Salib Pertama – Kelahiran Templar
Penulis: Ahmad Faezal
Penerbit: Patriots Publishing
Tahun Terbit: 2018
Bahasa: Melayu
Genre: Bukan Fiksyen, Umum
ISBN: 9789671539491
Ketebalan: 242
Format: Paperback
Pandangan umum meletakkan Paus Urban II sebagai watak utama dalam Perang Salib Pertama. Namun sebelum Majlis Clermont diadakan, beliau langsung tidak mempunyai sebarang bidang kuasa. Jauh di Jerman, seorang raja yang sekular sedang menjerut leher karier politiknya.
Maka bagaimana mungkin seorang paderi dalam buangan mampu menggerakkan sebuah angin perubahan sehingga menjadi perwira agama? Paus Urban II barangkali mungkin dilupakan begitu sahaja kalau bukan kerana satu seruan terdesak daripada Timur yang mana seorang maharaja sedang bergelut antara hidup dan mati.
Berdepan dengan masa depan semakin suram, dua individu ini bermain api di sebalik risiko untuk akhirnya mendidihkan seluruh Eropah yang menghembuskan ribut pedang dan panah sehingga menitiskan darah ribuan orang.
Perjuangan Sungai Batu Sebuah Memoir
Penulis: Nur Dini
Penerbit: Patriots Publishing
Tahun Terbit: 2019
Bahasa: Melayu
Genre: Bukan Fiksyen, Umum
ISBN: 9789671652848
Ketebalan: 140
Format: Paperback
582 Sebelum Masihi. Ini bukan calang-calang tarikh. Berdirinya Tamadun Batu adalah lebih awal daripada China disatukan di bawah Qin Shi Huangdi. Lebih awal daripada kelahiran Alexander The Great menakluk dan membina empayar. Lebih awal daripada Lebih awal daripada Julius Caesar membina empayar Rom. Lebih awal daripada Asoka menyatukan seluruh India. Lebih awal daripada kelahiran Nabi Isa A,S dan Nabi Muhammad S.A.W. Lebih awal ribuan tahun daripada tarikh wujudnya Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Melayu Srivijaya.
Namun, perjuangan untuk memastikan jerit payah tamadun yang kini sedang lena diapit oleh hutan kepala sawit bukanlah mudah. Ia penuh dengan ranjau dan air mata. Justeru, buku ini ditulis untuk merakamkan kronologi dari mula tapak ini ditemui oleh pakar arkeologi, sebelum para aktivis sejarah berusaha melaungkan keagungannya kepada seluruh rakyat Malaysia, memberitahu mereka mengenai sebuah memori yang telah lama dilupakan.
Dirgahayu by Helmi Effendy
Enam Angka Menjelang Disember by Azraei Muhamad
Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima by Azraei Muhamad
Langkah Sheraton by Ahmad Faezal
Liverpool Mahkota Eropah
Penulis: Axello
Penerbit: Patriots Publishing
Tahun Terbit:
Bahasa: Melayu
Genre: Sukan
ISBN: 9789672437017
Ketebalan: 143
Format: Paperback
Liga Juara-Juara Eropah atau dalam bahasa Inggerisnya ‘UEFA Champions League’ (UCL) merupakan piala idaman semua. la adalah simbol kepada juara sukan bola sepak di Eropah. Liverpool bukanlah nama asing dalam kejohanan ini.
Liverpool adalah kelab bola sepak Inggeris yang paling berjaya dalam UCL— menjadi satu-satunya kelab England yang memakai lencana Ichas selepas kejayaan meraih gelaran juara Eropah kali kelima di Istanbul.
Dalam penulisan buku ini, saya ingin mengajak anda menyingkap kembali perjalanan Liverpool dalam usaha menjadi juara Eropah sebanyak enam kali. la satu perjalanan yang sangat panjang. Ini bukan kerana Jurgen Kiopp berseorangan, ataupun para pemainnya, ini adalah kerana kesatuan semua yang bergelar THE REDS. Termasuk para penyokong yang tidak jemu-jemu menyokong pasukan bergelar Liverpool.
Malaya 1941 by Rafe Rahmat & Hairil Anuar
Manuskrip Melayu Yang Hilang
“Terdapat hampir 20,000 manuskrip Melayu bertebaran di seluruh dunia terutama di Eropah tetapi hanya 5% sahaja yang dikaji” – Prof Uli Kozok, Universiti Hawaii
Generasi sekarang atau dahulu tidak terdedah dan mengetahui tentang kekayaan ilmu orang Melayu dahulu kala yang terakam dalam manuskrip Melayu.
Bukan sahaja ilmu mengenai hikayat serta cerita penglipur lara, undang-undang dan agama tetapi manuskrip yang terakam menyentuh bab ekonomi, sains dan teknologi, astronomi dan astrologi, nikah kahwin serta adat dan pelbagai lagi.
Malah unsur mistik juga turut dimasukkan ke dalam manuskrip Melayu seperti cara membuat sihir, jampi dan serapah, gambaran wajah dan bentuk jin serta syaitan!
Operasi Badar Mencalar Keangkuhan Yahudi
Apabila Mesir dan negara Arab tewas kepada Israel dalam perang Enam Hari 1967, mitos tercipta bahawa Israel tidak akan tewas di tangan Arab. Presiden Anwar Sadat yang menggantikan Gamal Abdel Nasser tercari cari formula untuk memulihkan kembali air muka Arab. Beliau sedar apa yang diperlukan bukan formula ajaib tetapi muslihat untuk mengalahkan Israel dan merampas kembali tanah Sinai.
Kekuatan Isarel adalah pada pasukan kereta kebal, pasukan udara serta sistem panggilan mobilisasi pasukan simpanan yang cekap dan pantas. Tidak banyak pula negara yang mahu membekalkan senjata kepada Mesir, kecuali Kesatuan Soviet. Apabila Mesir merayu supaya Soviet membekalkan senjata canggih seperti peluru berpandu Scud dan jet pejuang MiG-23, pemimpin Soviet menyindir dengan mengatakan bahawa Mesir perlu ada tiga perkara untuk berperang:
Senjata. Latihan. Semangat.
Beliau menyambung lagi “Kamu telah memiliki yang pertama dan kedua”, katanya. Pada jam 2 petang, 6 Oktober 1973, Operasi Badar dilancarkan dan dalam masa 24 jam, 850 buah kereta kebal dan ratusan ribu tentera Mesir telah berjaya menyeberangi Terusan Suez. Pada masa yang sama, tentera Syria juga melancarkan serangan mengejut di Bukit Golan.
Israel panik kerana tidak menyangka Mesir dan Syria akan berperang dalam bulan Ramadan serta Yom Kippur iaitu hari suci bagi orang-orang Yahudi. Apakah transformasi yang telah dilakukan oleh Mesir dan Syria sehingga yakin untuk berhadapan dengan Israel? Apakah muslihat yang mereka gunakan? Dapatkan jawapannya di sini.
Perang Tamadun Melayu
Tidak keterlaluan jika buku ini dipanggil sebagai sebuah naskhah ilmiah yang menceritakan mengenai Game of Thrones kerajaan-kerajaan Melayu. Permainan takhta tamadun bangsa kita setanding pergelutan takhta yang membawa kepada perang di Eropah.
Ia tidak terkalahkan dek hikayat-hikayat kerajaan-kerajaan berperang yang mewarnai China. Ia juga sehebat kisah Sengoku Jepun yang melibatkan para warlordnya berebut menjadi Syogun untuk nama mereka kekal 1,000 tahun lagi.
Perang Tamadun Melayu membawa anda mengembara ke sejarah raja-raja Melayu bermain politik, sehingga kepada peperangan yang mengasyikkan antara kerajaan-kerajaan yang pernah bertapak di alam Melayu. Malangnya, kronikel ini tidak didendangkan sehebat kisah raja-raja Eropah, maharaja-maharaja China dan juga para Syogun Jepun sehingga ia terus tenggelam dalam sejarah.
Justeru, kami di Patriots Publishing muncul dengan karya terbaru kami yang membedah perang-perang dalam tamadun Melayu bermula seawal zaman Parameswara di Singapura purba sehingga memasuki zaman moden. Ia penuh dengan darah, helah dan romantisme kisah-kisah kerajaan-kerajaan ini merebutkan takhta alam Melayu.
Puteri Bunian Bulan by Aliff Mustafa
The Arrival by Naim Tamdjis
World Without Walls 1 by Ayman Rashdan Wong
World Without Walls 2 by Ayman Rashdan Wong
Pertempuran-pertempuran Agung Seni Pertempuran Terulung
Penulis: Helmi Effendy, Moustapha Abbas & Amir Zayyanid
ISBN: 9789671652886
Genre: Sejarah Dunia
Penerbit: Patriots Publishing
Perang itu sebuah seni. Ya, seni yang sangat memukau. Ia memerlukan kelicikan,strategi dan taktikal yang kena pada tempat dan waktunya. Jika kita membuka helaian sejarah, maka kita akan dapati terlalu banyak himpunan kisah seni-seni yang memukau manusia.
Kita akan kagum dengan jeneral-jeneral perang yang pernah wujud dalam sejarah. Kepintaran mereka menghasilkan sebuah seni peperangan tetap kekal menjadi kisah-kisah yang didendangkan kepada dunia yang sangat dikagumi.
Justeru, buku ini ditulis bagi menghimpunkan senarai seni-seni peperangan yang berlaku dalam sejarah. Bermula dengan kisah keperwiraan Khalid al-Walid menempa nama sebagai ‘Jeneral Islam Tak Terkalahkan’ kepada Alexander The Great membuka jalannya sendiri menuju kemasyhuran teragung kepada kepintaran Tun Perak dalam siri peperangan yang menyelamatkan Kesultanan Melayu Melaka.
Melalui buku ini, sesungguhnya anda semua akan dipersembahkan dengan sebuah seni terindah yang pernah manusia hasilkan, PERTEMPURAN & PEPERANGAN.
Ada 60 pertempuran,jadi anda boleh memilih pertempuran mana yang menjadi minat anda.Tapi kalau saya,ada 3 pertempuran yang amat saya minati iaitu;
1. Pertempuran Talas.
Pertempuran yang akan memindahkan teknologi kertas ke Tamadun Islam dan seterusnya akan menjadikan Baghdad sebagai sebuah kota ilmu.
2. Pertempuran Baghdad.
Pertempuran ni pula akan menjatuhkan Baghdad sebagai sebuah tamadun dan kota ilmu.Yang menariknya,koleksi ilmu ni diselamatkan oleh seorang Syiah Parsi.
3. Pertempuran Bun’ei dan Kōan
Menarik disebakan taufan Kamikaze yang berlaku telah menyelamatkan Jepun dari amukan tentera Monggol.Bukan sekali,sebaliknya dua kali!
Banyak lagi pertempuran yang akan anda baca jika anda memiliki buku ni.Best!
60 kisah pertempuran dimuatkan dalam buku ni. Disusun mengikut kronologi masa, seawal tahun 1457 SM (Perang Megiddo) sehingga tahun 1877 (Perang Shiroyama). Tak terlalu fokus kepada satu-satu peperangan; buku ni lebih kurang macam ringkasan la. Ada point-point penting, build up story, lawan, pastu result.
Selaku penggemar filem perang dan peminat game perang, aku rasa buku ni macam seronok dibaca dan mudah difahami. Penggunaan bahasa mudah, sesuai untuk pemahaman laymen atau orang yang nak tahu serba sikit pasal sejarah peperangan.
Ada beberapa kisah/sejarah peperangan dalam buku ni pernah diadaptasi ke layar perak. Contohnya; Thermopylae (480 SM), filem 300 (2006); Salamis (480 SM), filem 300 : Rise Of An Empire (2014); Kalingga (281 SM), filem Asoka (2001); Chibi (208), filem Red Cliff I & II (2008, 2009); Konstantinopel (1453), filem Fetih 1453 (2012); Myeongyang (1597), filem The Admiral : Roaring Currents (2014); Alamo (1836), filem The Alamo (2004). Contoh...
Aku kenal nama-nama tokoh dalam buku ni pun, sebab dulu banyak main game macam Age Of Empires II dan Sid Meier's Civilization V : Brave New World. Siapa kata main game tak bagus? Haha.
Malaysia Military Power 2
Sejak dari zaman Darurat sehinggalah ke hari ini, Pasukan Keselamatan kita merupakan tulang belakang dan benteng pertahanan utama dalam memastikan negara kita kekal aman dan makmur dari sebarang bentuk ancaman musuh. Sama ada disedari, mahupun tidak kita sedari.
Bentuk ancaman itu berubah mengikut era. Dan begitu juga cara dalam menghadapinya atau mengekang ancaman tersebut. Namun kekuatan pertahanan negara kita masih berteraskan para pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang berkhidmat dengan penuh bersemangat.
Dari satu teknik ‘primitif’ yakni propaganda melalui corong pembesar suara yang dipasangkan ke pesawat udara untuk memujuk pengganas komunis menyerah keluar dari hutan ketika zaman Darurat, hinggalah ke era teknologi siber yang semakin maju dalam mengesan ancaman, sebelum ia sempat untuk dilaksanakan pihak pengganas – pasukan keselamatan kita terus menjadi mata pedang dan perisai yang senantiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dan angkara murka mereka yang bermuslihat jahat untuk menganggu-gugat keamanan dan kestabilan negara.
Malaysia Military Power kali ini menampilkan naskah kedua yang menyoroti perjuangan anggota pasukan keselamatan kita di era Darurat, dan unjuran bentuk ancaman masa depan dalam konteks konflik yang hibrid yang akan dihadapi ATM. Selain itu, kami dedahkan serba sedikit mengenai aset berteknologi yang dimiliki oleh ATM, yang sebelum ini dicerca oleh politikus, namun kini terbukti menjadi satu bentuk 'pelaburan' yang bermanfaat untuk rakyat.