9 products
9 products
9 products
Cinta di Rumah Hasan Al Banna by Mohammad Lili Nur Aulia
Penulis : Mohammad Lili Nur Aulia
Penerbit : Alam Raya Enterprise
Sesungguhnya pembuat dasar pergerakan dakwah moden seperti Hasan AlBanna telah memberi contoh bahawa yang merasakan sentuhan pertama nilai pendidikan seorang ayah, maka isteri dan anaknyalah yang merasakan sentuhan pertama. Demikian pula bila ia adalah seorang ibu.
Persembahan Cinta Isteri Hasan Al-Banna
Hasan Al-Banna memanglah seorang suami yang memiliki perhatian dan sikap istimewa terhadap keluarganya, namun tugas dakwah yang dipikulnya, jelas sangat memerlukan seorang isteri yang bukan hanya sekadar meneduhkan jiwanya, menenangkan perasaannya, membahagiakan hatinya tatkala dia di dalam rumah, tetapi juga yakin dan percaya kepada si isteri soal perawatan dan pendidikan anak-anaknya di rumah.
Selamat membaca
Umar Bin Abdul Aziz: Peribadi Zuhud Penegak Keadilan
Penulis: Abdullah Bin Abdul Hakam
Pengantar: Dato' Dr. Siddiq Fadzil
Mukasurat: 204
Umar bin Abdul Aziz adalah peribadi yang soleh, bertakwa, ahli ibadah, wara' dan zuhud. Ia juga seorang pemimpin yang adil, lurus dan cerdas, mencintai dan mengasihi rakyatnya, sayang dan baik kepada mereka. Ibadahnya kepada Allah tidak menyekat perhatiannya untuk memperhatikan rakyatnya. Tiada penghalang antara dia dan hal yang menjadi kepentingan rakyatnya sampai yang paling kecil dan remeh-temeh sekalipun. Demikian sekilas gambaran peribadi Umar bin Abdul Aziz yang dapat anda semak dalam buku ini. Dari susuk tubuh teladan ini, dapat anda ambil pelbagai iktibar yang sangat baik.
Buku ini mengandungi beberapa episod sejarah perjalanan hidup Umar bin Abdul Aziz yang terdapat dalam pelbagai manuskrip di beberapa muzium dan perpustakaan di Timur Tengah dan Eropah.
Meneladani Kehidupan Al-Imam Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi
Penulis: Hepi Andi Bastoni
509 Muka Surat
Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi sentiasa dekat dengan kita, apalagi seteleh membaca karya-karyanya. Ilmunya yang luas dan mendalam, bahasa yang indah dan mudah difahami. Sebagi tazkirah dan pengajaran. Untuk melatih kesungguhan dan keikhlasan kita menghayati Islam. Berdakwah dan memperjuangkan sehingga terwujudnya masyarakat yang dicita-citakan oleh dinul Islam itu.
Sheikh Yusuf Qaradhawi memberi contoh, bagaimana beliau dari belia lagi gigih dan bersungguh berjuang dalam harakah dan medan dakwah, yang luas dan panjang. Membaca kitab karya karya beliau, terasa sekali keikhlasan dan keseriusannya bergerak dan memastikan langkahnya sentiasa berada di jalan yang telah digariskan oleh Allah dan dicontohkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
Biografi Hasan Al Banna
Penulis: Dr. Anwar Al- Jundi
Penerbit: Alam Raya Enterprise Sdn. Bhd.
Rasulullah SAW pernah menerangkan kepada kita bahawa, pada setiap kurun waktu seratus tahun, akan dibangkitkan seorang pembahara (mujadid) dalam agama ini. Seperti telah berlalu tokoh-tokoh seperti Imam Syafi'i, Imam Ghazali dan yang lainnya telah dianggap oleh mayoriti umat Islam sebagai salah satu dari mujadid yang dijanjikan Rasulullah SAW tersebut.
Dipertengahan abad ini juga muncul seorang tokoh yang kita kenal dengan nama Hasan Al-Banna. Terlepas dari perbedaan pendapat bahawa Hasan Al-Banna termasuk salah satu tokoh yang dijanjikan Rasulullah SAW tersebut, dia tetaplah seorang tokoh. Dengan gerakan dakwah yang ditubuhkannya, iaitu Al-Ikhwan Al-Muslimun, Hasan Al-Banna mengajak manusia kembali kepada ajaran Islam yang kaffah.