Aduh...susahnya nak habis baca buku!

0 comments

Kita seringkali mendengar rintihan teman-teman #obsesikubuku seperti,

"Banyaknya buku yang ingin dibaca dan banyaknya juga buku yang belum habis dibaca."

"Ah, susahnya nak habiskan baca buku ni."

Atau lebih tepat bukan rintihan teman-teman sahaja tapi kita juga sering mengalami masalah ini.

Setiap kali kita mula baca, rasa begitu teruja untuk menghabiskannya, tapi.... sampai di pertengahan jalan, alaa selamat tinggal buku atau kita terus memang dah terlupa tentangnya.

Ish-ish kesian buku...😌

Insha Allah kali ini, saya kongsikan 3 faktor kenapa kita susah nak habiskan baca buku dan cadangan mengatasinya: 

  • Faktor pertama kenapa kita susah nak habiskan baca sesuatu buku tu kerana kita MEMBACA BUKU TANPA TUJUAN. 

Kadang-kadang kita  terlalu teruja ingin membaca sebuah buku tersebut dek kerana buku itu baru keluar atau dikongsikan ramai orang, hingga kita terlupa untuk tetapkan apa sebenarnya yang kita nak dapat dari buku tersebut.

Tanpa tujuan yang jelas, keterujaan kita akan mudah luntur dan kita tidak bersemangat untuk menyelesaikan pembacaan kita kerana kita tak pasti apa yang kita nak dapat dari buku tersebut.

Dengan tujuan yang jelas, ia akan mengekalkan momentum pembacaan kita dan kita akan kekal teruja untuk menghabiskan pembacaan.

Sebagai contoh, ketika kita membaca buku ‘Anak Desa ke Persada Antarabangsa’ tulisan Dr Daud, sebelum mula membaca buku tersebut, kita dah letakkan tujuan ingin mengetahui apakah rahsia kejayaan Dr Daud maka kita akan ghairah membaca sehingglah mendapat jawapan yang ingin kita perolehi.

.

  • Faktor kedua adalah kerana KITA MEMILIH BUKU YANG SALAH. 

Pemilihan buku yang salah akan menyebabkan kita patah semangat.

Jika kita baru ingin berjinak-jinak dengan membudayakan pembacaan, mulalah dengan buku yang tidak membincangkan isu yang berat atau bahasa yang sukar.

Mulakan lah dengan buku berbentuk penceritaan atau yang nipis. Mulakan dengan membaca buku yang berkaitan dengan minat kita.

Boleh berjalan-jalan di laman sesawang ‘Goodreads’ atau mana-mana media sosial yang selalu berkongsi isi kandungan buku untuk kita mendapatkan sedikit informasi mengenai buku yang sesuai buat kita.

Selain itu, pilihlah buku mengikut keadaan atau emosi kita ketika itu. Itu juga boleh membantu kita untuk mengekalkan keterujaan untuk membaca.

Atau cara lain yang boleh saya cadangkan adalah baca beberapa buku dalam satu masa.

Bila kita dah mula bosan dengan buku yang sedang kita baca, beralihlah ke buku lain. Kemudian beralih pulalah kembali ke buku yang tadi dan seterusnya.

.

  • Faktor ketiga adalah FAKTOR KAWAN. 

Pentingnya mempunyai kawan-kawan yang suka membaca atau paling kurang menyokong usaha kita membudayakan pembacaan buku bagi memastikan keterujaan kita membaca akan bertahan.

Kongsikan bacaan anda kepada rakan-rakan. Jadikan ia sebahagian topik perbualan setiap hari.

Keluar bersama ke kedai buku dan bercerita mengenai penulis yang diminati.

Atau menghadiri program-program yang boleh meningkatkan lagi semangat dan kecintaan kita kepada pembudayaan membaca seperti Lepak bersama IMAN pada 28 Okt ini! 

Dengan itu, kita akan lebih bersemangat kerana kita menyedari yang kita bukan seorang diri dalam usaha ini.

Ok, cukup untuk kali ini. Jom kita borak-borak lagi di lain kesempatan. Jumpa anda di sana! Selamat menghabiskan pembacaan! Ya buku yang di tangan anda tu lah...😉

.

Artikel ini dikongsikan oleh, 
Aya_Booksboutique

Temui beliau di sesi perkongsian EKSPRE-SO-BUKU di event LEPAK BERSAMA IMAN: BUKU x KOPI! 

Dapatkan tiket di sini: http://bit.ly/lepakbersamaiman

Leave a comment

All blog comments are checked prior to publishing
You have successfully subscribed!
This email has been registered