#MyMalaysiaStory

0 comments

15 September 2018. Terima kasih kepada semua yang hadir ke event 'My Malaysia Story bersama Dr. Daud Bakar, Anfaal Saari & Aiman Azlan' di kedai Imanshoppe, Serdang.

.

Bagi sesiapa yang terlepas sesi perkongsian #MyMalaysiaStory, antara key points yang menarik;

.

"Shariah itu bukan untuk akhirat tetapi untuk kehidupan di dunia. Bila tibanya hari akhirat, sistem di dunia sudah tidak diguna pakai. Segalanya berubah dan berbeza.

.
Shariah itu bukannya halal haram harus wajib sunat. My Malaysia Story, I always want to make shariah fun and enjoyable, because Shariah is Life. I'm currently working on big data analytic of the Quran.
.
Tanamkan dalam diri untuk tidak makan gaji selama lamanya, tetapi perlu rapi persiapannya. Sebelum decide untuk meletakkan jawatan sebagai timbalan rector, saya baca 200 buah buku mengenai bisnes.

.

Prepared yourself. I took 2 years dan tangan masih menggigil masa nak sign letak jawatan. There are ups and downs, kita selalu lihat rezeki yang ditulis di atas kertas (slip gaji), kita lupa rezeki itu lebih awal telah ditulis oleh Allah." - Datuk Dr Mohd Daud Bakar (Usahawan & Pakar Kewangan Syariah)

.

.

"Adik adik tahu apa itu Kerajaan Tempatan? Saya adalah salah seorang Ahli Majlis di bawah Kerajaan Tempatan.
.
Generally kami memastikan penduduk setempat sentiasa gembira dengan kehidupannya di kawasan kami dengan menguatkuasakan undang undang dengan baik.
.
Pelbagai kisah dan aduan masyarakat yang saya terima dan My Malaysia Story ialah ingin menjadikan Malaysia a Happy City dan menjadi lebih baik.
.
Ada kisah mengadu peniaga sering kencing di tepi rumahnya; siang peniaga lelaki, malam peniaga perempuan. Mungkin kerana tandas yang jauh.
.
Ada kisah tentang anjing yang sering berkeliaran tiada tuan dan mengganggu kawasan sekitar.
.
Ada kisah kedai kasut yang dibuat di atas padang untuk kegunaan penduduk setempat selama bertahun tahun yang sepatutnya dirobohkan sejak sekian lama.
.
Soalan: Apakah kak Anfaal sebagai Ahli Majlis ni la yang orang selalu cakap suka musnahkan perniagaan orang melayu, selalu attack peniaga kecil etc.
.
Malaysia ini ialah lubuk rezeki, kenapa ramai orang luar datang untuk kencari rezeki di sini? Saya ada mengenali seorang Bangladesh, yang mempunyai sebuah kedai tayar dengan lesen yang sah. Apa yang beliau buat ialah mengahwini perempuan warga tempatan, dan lesen itu diperolehi atas nama isteri beliau.
.
Semua aduan di atas, memang tricky untuk diselesaikan kerana ia masalah yang telah lama dan saya harus break the cycle terutama tentang penguatkuasaaan. Tetapi semuanya dijalankan dan diselesaikan dengan baik insya Allah dan diberi peluang dan alternatif lain. Berhubunglah dengan kami Ahli Majlis, yang menguru hal ehwal lokal di tempat anda.
.
Menjadi Ahli Majlis, sama seperti ahli politik. Jangan fikir politik itu sesuatu yang sukar, susah, jijik. Politik ialah platform untuk kita membuat perubahan kerana kita punya kuasa.

.
Sentiasa ingat Allah sentiasa lihat apa yang kita buat. Jangan selalu nak buat apa orang suka je, bagi kabel sana sini, buat apa yang betul dengan tegas walaupun tidak digemari orang. Sehingga akhirnya kita mencapai tahap the Happy City di mana semua orang are living with peace and harmony seiring dengan penguatkuasaan yang baik dan konsisten." - Anfaal Saar (Aktivis Politik)

.

.

"Ramai orang kata orang muda ni senang tergugat, tersasar, terpengaruh dengan anasir anasir, selalu lost. My Malaysia Story ingin buktikan anak muda tidak macam tu. Kita boleh jadi Unshakeable! Haa nampak tak macam mana saya masuk nak market buku saya? (haha!)
.
Saya mendapat pengalaman dan pengetahuan untuk menjadi anak muda yang positif dan sentiasa ingin memajukan diri bermula semasa saya di Canada. Tapi awak semua tak perlu sampai ke Canada pun.
.
Di mana pun kita berada, terus berusaha untuk menimba ilmu sebanyak yang boleh, bergaul dengan masyarakat dan be Unshakeable!" - Aiman Azlan

.

.

Nak tahu lagi, boleh tengok rakaman FB Live di page Iman Shoppe 😊

Harap bermanfaat perkongsian dari 3 penulis & speaker yang hebat dalam bidang masing-masing. So let's us create our own #MyMalaysiaStory 🇲🇾

Selamat Hari Malaysia kepada semua!

#mymalaysiastory

Leave a comment

All blog comments are checked prior to publishing
You have successfully subscribed!
This email has been registered