Zoom the image with mouse

Untuk Awak Teja Aulia oleh Syud

Manes Wordworks
11 In stock
RM36.00
customers are viewing this product

Untuk Awak Teja Aulia

Penulis: Syud

Penerbit: Manes Wordworks

Tahun Terbitan: 2025

Bahasa: Bahasa Melayu

ISBN: 9786299519553

Format: Paperback

Harga: RM36

Berat: 0.26

Sinopsis:

 

Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan ‘tergelincir’ – terlebih suka!

 

“Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri.”

 

“Siapa? Pacai?” balas mak, sarkastik.

 

Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.

 

“Anak Cik Fizah...” kata mak lagi.

 

“Makkk...” Adil mula memprotes. “... nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak buat apa-apa.”

 

“Iya. Tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?” ugut mak.

 

Hatinya sudah terlanjur ‘tergelincir’ pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa.

 

Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu ‘dihibakan’ apabila Adil guna kata ganti diri ‘saya’. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang

dulu?

 

Adil hanya akan sebut ‘saya’ pada perempuan yang dia ‘tak berapa kenal’; ‘tak berapa biasa’; ‘tak berapa sayang’. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!

 

Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi.

 

Sekiranya terasa ingin muda ceria, bacalah cerita-cerita Syud. Untuk Awak Teja Aulia mengembalikan kenangan pada waktu media sosial dan gajet tidak secanggih sekarang; dan Aulia – Adil berjaya mengatasinya, syabas! – Noor Suraya, Editor

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Customer Review
Untuk Awak Teja Aulia oleh Syud
You have successfully subscribed!
This email has been registered