Zoom the image with mouse

Terima Kasih, Luka by Hasif Rayyan

242 In stock
RM30.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Hasif Rayyan
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2023
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459668
Bil. Muka surat: 467 m/s
Format: Paperback
Harga: RM30.00
Berat: 0.42kg

Sinopsis

“Aku abah dia!”

“Sekarang ni baru terhegeh-hegeh nak mengaku abah. Selama ini, ada abah kisah pasal kami? Tak ada, kan?” Poji membentak, sinis.

***

Sejak pemergian ummi sejurus melahirkan Naura, hidup mereka sekeluarga berubah. Poji terpaksa mengurus rumah dan menjaga adiknya. Abah pula makin menjauh, seolah-olah tidak wujud. Hanya pulang ke rumah untuk makan dan tidur sahaja.

Terbeban, Poji memberontak mahu keluar dari rumah itu hingga membuatkan abahnya berang. Dek selalu tersepit dalam pergaduhan mereka, Naura semakin hari merasakan dirinya dibenci dan dilihat beban pada keluarga.

Hubungan antara Poji dan abah semakin tegang apabila Naura tiba-tiba menghilangkan diri. Abah langsung tidak boleh diharap!—Itu yang Poji rasakan. Sedangkan abahnya pula menyalahkan Poji kerana gagal menjaga Naura.

Luka yang selama ini dipendam, membuatkan masing-masing menyakiti tanpa sedar.

Seandainya nyawa menjadi taruhan, masih adakah ruang untuk Poji, abah dan Naura saling memaafkan kesakitan lalu?

Novel ini untuk siapa:

  • Untuk anda yang sedang menghadapi isu-isu mengenai perhubungan kekeluargaan, persahabatan dan percintaan
  • Buat mereka yang berjuang melawan emosi dan peritnya kehilangan insan tersayang
  • Pembaca yang suka bermain dengan emosi dan watak yang ada struggle dengan trauma hidup masing-masing

Quotes yang menarik:

“When you don’t heal from what hurts you, you’ll hurt people around you.”

“Pain stop us from seeing love, or ability to care”

Antara mesej yang anda dapat dari novel ini:

  • Apabila kita cuma biarkan diri kita tenggelam dalam kesakitan itu dan tidak berdamai, ia akan membuatkan tindakan kita sakiti perasaan dan jiwa orang sekeliling.
  • Menyalahkan orang lain sebagai punca kegagalan sendiri, hanya akan menghilangkan kepercayaan mereka terhadap potensi dirinya.
  • Ada kalanya Tuhan mengaturkan suatu peristiwa itu berlaku supaya menjadi pembuka mata kepada hamba yang dikehendaki-Nya.

Customer Reviews

Based on 3 reviews
100%
(3)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
@
@eiffelynne_
Terima kasihlah kerana berjaya membuka luka lama

Selesai dah aku baca Terima Kasih, Luka. Terima kasihlah kerana berjaya membuka luka lama💔

Nasib baik jalan cerita best. Without a doubt, aku bagi:🌟🌟🌟🌟🌟
Tahniah @HasifRayyan kau tak gagal buat aku tersedu sedan sendiri. 😤

A
Anonymous
Banyak point yang bagus!

Struggle ayah tunggal. Selama ni dia breadwinner of the famiy, urusan anak-anak serah kat isteri. Bila isteri mati, dia jadi taktau nak buat apa. So dia jauh dari anak-anak. Banyak buku cakap pasal ibu tunggal so now we see ayah tunggal cemana.

Anak sulung tak patut jadi substitute untuk absentee parent tak kira betapa bertanggungjawabnya dia. Siblings should remain siblings. Bila one of them assume the position of a parent, hilang manisnya adik beradik tu.

Kadang-kadang niat tu dah baik tapi sebab cara penyampaian tu salah, end up salah faham. Dah semua orang buat assumption sendiri. Then bertahun tahun makan hati

D
Dayana
Buku yang menarik! Kombinasi tema kekeluargaan dan jenayah dengan mesej yang jelas

Kewujudan watak Jamal dan Rahayu membuatkan kita sedar bahawa ada terkadang manusia sanggup mengambil jalan yang salah akibat desakan hidup dan demi kebahagiaan insan yang disayangi walaupun mereka sedar tindakan itu akan melukakan hati insan tersayang 💔

Di celah-celah kisah yang penuh ketegangan dengan konflik keluarga dan jenayah, watak Ijat dan Razlan serba sedikit membuatkan pembaca terhibur dengan gelagat mereka yang agak lawak😂 "penyeri jalan cerita" gitu! which is a plus point, taklah sendu memanjang

1 Review
Terima Kasih, Luka by Hasif Rayyan
You have successfully subscribed!
This email has been registered