Zoom the image with mouse

Seruan Untuk Bekerja

Kafilah
19 In stock
RM25.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Pengarang: Abū Bakr Ahmad al-Khallāl 
Penterjemah: Amru Sazali & Rizky Febrian
Penerbit: Kafilah Buku & Halaqah Muamalah
Tahun: 2021 (Cetakan Pertama)
Format: Paperback
ISBN: 978-967-19465-0-3
Bil. Mukasurat: 96

Sinopsis

Buku ini ialah terjemahan kitab al-Ḥaththu ʿalā al-Tijārah yang tulis oleh seorang ulama berwibawa dan disegani keilmuannya pada zamannya, iaitu Imam al-Khallāl (234-31H / 849-923M). Karya ini memaparkan 128 riwayat berkenaan keutamaan bekerja, akhlak dalam bekerja, sifat wara' dalam pekerjaan, islah harta, seruan untuk berdikari dan makna tawakkal yang sebenar.

Kitab ini ialah karya pengenalan dan penting bagi memaparkan semula pendirian ulama terdahulu terhadap kemestian setiap insan untuk berusaha dan bekerja mencari rezeki dan membetulkan semula kefahaman tawakkal dan zuhd yang seringkali disalahfahami oleh sesetengah golongan. Dalam masa yang sama, ia juga menggalakkan aspek akhlak dan adab yang terkandung dalam setiap pekerjaan mestilah sebati dalam usaha mencari rezeki, dan tidak boleh dipisahkan dengan bermudah-mudahan hanya kerana ia telah melepasi piawaian fiqh sahaja, tanpa mengambil kira dan mengutamakan pengamalaksanaan di peringkat adil dan ihsan. Inilah yang dimaksudkan dengan amal soleh.

Meskipun ringkas, karya ini amat berguna untuk dijadikan panduan dan peringatan kepada setiap individu masyarakat pekerja dan peniaga hari ini.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
Seruan Untuk Bekerja
You have successfully subscribed!
This email has been registered