Selamat Tinggal Purnama adalah buku genre Fiksyen kedua Teme selepas Empayar.
Teme adalah seorang yang selalu think out of the box. Dia punyai imaginasi yang tinggi untuk hidupkan watak dan suasana dalam penceritaan ni. Syabas Teme. Sebab saya seorang visual jadi bila baca buku ni saya dapat bayangkan keadaan tu ikut imaginasi saya sendiri .😃✌🏻
Dalam strain pertama ni ia mengisahkan tentang persahabatan watak utama, Latif Purnama (penyanyi) dan 4 orang lagi sahabatnya iaitu Doktor Adda , Eric (pegawai kerajaan), Musa (pilot) & Omar (pegawai perubaatan & penyanyi part time).
Dalam ni saya dapat lihat kehidupan seorang penyanyi macam zaman sekarang. Tapi Latif dipergunakan oleh syarikat rakaman dia utk mengaut untung syarikat sahaja. Pengarah Mawar Record, Sinar Mawar tak pernah cuba untuk faham apa yang dihadapi oleh artisnya, yang dia tahu keuntungan syarikatnya semata-mata.
Tapi ada 1 part yang saya suka masa press conference sebelum konsert Latif Purnama ni masa wartawan kira jumlah kredit yang sepatutnya Latif dapat. Tak senang duduk si Mawar tu.. hahaha 🤣 takut rahsia terbongkar la tu. Padan muka dia.
Sampai la 1 part kebenaran Omar terbongkar tapi cerita tu baru diketahui oleh Latif dan juga seorang wartawan yang bernama Shelby. Ia masih belum mendedahkan kebenaran itu.
Lagi satu situasi yang dapat dikaitkan dengan situasi semasa sekarang adalah, seorang penyanyi terkenal ada peminat fanatik yang sanggup bunuh diri sebab terlalu kecewa bila dapat tau penyanyi tu dah kahwin. In real life, ada berlaku kan. It's a part of mental illness yg ada pada seseorang bila berlakunya depression yang melampau. Lebih kurang sama situasi dalam pandemik ni, seseorang depression sebab rasa macam dah takde harapan untuk hidup. Semoga dijauhkan daripada kita semua.
Tapi part sedih dalam ni Latif & isterinya kehilangan anak mereka. 😥 🥺
Nak tau kenapa semua ni terjadi , baca lah buku #STP Strain Pertama ni. 😉 Korang akan lebih faham apa yang berlaku nanti.
Tahniah Teme berjaya buat pembaca rasa macam2 perasaan.
Quote in the 📚,
"Musuh yang jujur adalah jauh lebih bagus daripada sahabat yang berdusta dan berpura-pura". Nak tau ayat ni ditujukan untuk siapa bacalah #STPS1 ni. Happy reading gaiss ✌🏻😃