-5%
Zoom the image with mouse

SEKUFU: Bina Keserasian & Bentuk Persefahaman Dalam Rumah Tangga by Aiman Azlan & Dr Harlina Halizah Siraj

66 In stock
RM28.50 RM30.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Aiman Azlan & Dr Harlina Halizah Siraj
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2022
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459347
Bil. Muka surat: 226 muka surat
Format: Paperback
Harga: RM30.00
Berat: 0.24kg
Sinopsis:

Ramai orang mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan sempurna - setia sehingga hujung nyawa.

Apabila sudah berkahwin, barulah tersedar bahawa perjalanan mencapai bahagia itu tidaklah seindah dan semudah yang dibayangkan. Hatta untuk mencapai kata sepakat bersama pasangan daripada sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecilnya pun sukar, sampai kita mula mempersoalkan keserasian hidup sebagai pasangan suami isteri.

Apakah sebenarnya yang terjadi?

Adakah kami tidak sekufu lagi?

Kita sangka memilih pasangan yang sekufu ialah kunci utama untuk bahagia dalam perkahwinan. Hakikatnya, sekufu dengan pasangan bukanlah bermaksud tiada langsung perbezaan. Apa yang perlu ditekankan ialah kebersamaan.

Bersama-sama memberikan komitmen untuk saling memahami.

Bersama-sama membina keserasian untuk menjayakan hubungan rumah tangga.

Melalui buku ini, Aiman Azlan & Dr Harlina menghuraikan punca permasalahan yang sering terjadi dalam rumah tangga berserta solusi praktikal yang boleh diaplikasikan oleh pasangan suami isteri dalam usaha membina keserasian dalam perhubungan.

Customer Reviews

Based on 7 reviews
100%
(7)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Nur Naziha
5star

Alhmdulilah sangat berpuas hati dngn buku ini ...bru sedar tentg Definisi SEKUFU ... sngt mudah difahami..love sngt

n
nurainamira
5 star!!

Alhamdulillah..semua ini dari Allah.. Allah jua yang menggerakkan hati untuk membeli buku ini. Buku yg sgt2 bagus untuk pasangan suami isteri sbg nilai tambah utk tambah baik hubungan suami isteri. setelah baca buku ni, baru tahu makna sebenar sekufu. penulisan yang tidak berat dan santai. Bg yang tak kahwin pun jugak digalakkan membeli juga, supaya anda faham tujuan sebenar perkahwinan dan proses yang perlu anda tempuh di alam perkahwinan. bagi yg dah kahwin bykkan muhasabah dan perbaiki dan tmbah baik hubungan yang sedia ada. semoga yg membaca beroleh manfaat.

M
Mohammad Iqbal Bin Adam Sharoni
Buku WAJIB bagi yg nk hubungan suami isteri berkekalan

Suka baca buku Sekufu. Mudah faham. Banyak poin² yang menarik. Ditulis oleh ahlinya. Tak menyesal sy beli.

SEKUFU: Bina Keserasian & Bentuk Persefahaman Dalam Rumah Tangga by Aiman Azlan & Dr Harlina Halizah Siraj
You have successfully subscribed!
This email has been registered