-5%
Zoom the image with mouse

Perjalanan Muhammad ﷺ Menuju Sempurna by Khubaib Akhi

188 In stock
RM33.25 RM35.00
customers are viewing this product

Penulis: Khubaib Akhi
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2022
ISBN: 9789672459521
Bil. Muka surat: 308m/s
Bahasa: Bahasa Melayu
Format: Paperback
Harga: RM35.00
Berat: 0.4kg

Sinopsis
Muhammad SAW adalah cita-cita kita semua. 
Peribadinya adalah lambang kesempurnaan seorang manusia. 
Mampukah kita menjadi seperti Baginda?

     Baginda sempurna empatinya, tetapi ia bukan tumbuh sekelip mata. 
     Baginda sempurna sabarnya, tetapi ia bukan muncul secara magikal. 
     Baginda sempurna tawakkalnya, tetapi ia bukan terjadi satu malam. 

Kesempurnaan itu terbentuk melalui suatu proses nyata dan terperinci yang ditetapkan Allah SWT. 

Melalui buku ini, Khubaib Akhi menawarkan jalan yang praktikal dan sistematik bagi mencapai kesempurnaan keperibadian Nabi SAW. Bukan sekadar retorik dan cakap kosong, penulis berusaha mengadunkan wahyu yang suci dengan sains kemanusiaan yang terperinci. Dengan itu, terbentanglah jalan untuk meneladani Sunnah Baginda SAW.

width=447

‘Peta Strategik Sunnah Nabi’ ini menjadi gambaran besar sekaligus tawaran Bagaimana Muhammad Menjadi Nabi SAW* kepada pembacanya.
 
 
Ia berpunca daripada sebuah realiti, iaitu kegagalan kita untuk mencapai apa yang telah dicapai oleh Baginda dan Sahabatnya, sedangkan kita mempunyai ‘alat-alat’ yang sama sebagaimana yang ada di tangan mereka. Lalu, mengapa pencapaiannya berbeza sama sekali? Jawabnya, adalah kita tidak melalui proses yang sistematik dan strategik sebagaimana yang generasi tersebut lalui.
 
Penulis menyusun sebuah agenda untuk meneladani Nabi SAW dalam bentuk sebuah rumah strategi. Akidah, Ibadah, Qiraah (merujuk kepada pembacaan al-Quran dan lain-lain pembacaan) dan Biah (sekeliling) menyusun semula amalan sehari-harian yang telah menjadi rutin itu sebagai sebuah rangkaian yang tersusun sebagai asas dalam rumah strategi ini. Renungan yang mendalam dan insighful dilakukan ke atas setiap satu daripadanya supaya ia betul-betul berperanan dan berimpak seperti yang telah dialami oleh Baginda sendiri.
 
Asas yang solid inilah nanti akan memacakkan kukuh tiang-tiang akhlak yang menjadi kompas dalam kehidupan. Daripada ratusan jika bukan ribuan akhlak yang ada, 7 akhlak utama dicerakinkan lalu diberikan saranan-saranan praktikal bagaimanakah Baginda menghasilkannya melalui proses yang tertentu.
 
Ia bukanlah betul-betul sempurna, tetapi ia pelan strategik untuk meneladani Baginda, supaya bukan sekadar menjadi retorik dan cakap kosong, sebaliknya benar-benar menunjukkan prosesnya yang jelas. Semuanya agar ‘Sunnah’ Baginda berfungsi dan berpengaruh ke atas seluruh kehidupan kita.

Nota Editor:

  • Perjalanan Muhammad SAW Menjadi Sempurna merumuskan suatu jalan strategik apakah (what) dan bagaimanakah (how) untuk meneladani Baginda. Sebab itu khuluqin ‘azim menjadi kalimah yang menghiasi kulit depannya pula memandangkan akhlak yang agung itulah output paling besar yang dimahukan.
  • Ia pula bukanlah suatu ‘Sunnah’ yang baharu atau direka-reka, penulis membetulkan dan melaraskan semula tetapan (setting) setiap amalan yang dilakukan supaya ia betul-betul berfungsi dan memberikan impak. Di samping itu, penulis juga cuba memaparkan bahawa untuk meneladani Baginda, kita memerlukan proses dan jalan kerjanya bukan semata-mata memaksa diri untuk memimik hasil yang dicapai Baginda. Maka setiap akhlak yang muncul pada keperibadiannya itu ada cara untuk kita sendiri munculkannya dalam peribadi kita.
Semoga ia menjadi asbab syurgawi di akhirat kelak dan menjadi bukti bahawa kita benar-benar umat Nabi Muhammad SAW yang ingin meneladaninya, meneladani dengan serius.

 

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Untuk membuat semakan order yang telah dibuat, anda perlu sign in account untuk melihat history pembelian yang telah anda lakukan di www.imanshoppe.com.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran buku akan dilakukan dalam masa 2-3 hari, luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui SMS dan email dari Easyparcel setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Untuk servis self pickup dan pembelian secara walk in juga akan bermula pada 26 Januari 2024.

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Perjalanan Muhammad ﷺ Menuju Sempurna by Khubaib Akhi
You have successfully subscribed!
This email has been registered