-5%
Zoom the image with mouse

Perempuan-Perempuan Berbudi Dalam Al-Quran by Syaari Ab Rahman & Nurul Suhadah Shuib

281 In stock
RM33.25 RM35.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Syaari Ab Rahman & Nurul Suhadah Shuib
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2022
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459538
Bil. Muka surat: 294m/s
Format: Paperback
Harga: RM35.00
Berat: 0.4kg

Sinopsis
Kita ingin jadi yang lebih baik dan kita ingin berbudi kepada orang-orang di sekeliling kita. Tetapi, siapakah inspirasi al-Quran untuk kita teladani?

     Hakikatnya, Al-Quran telah membawa kisah Ibu Maryam yang bercita-cita tinggi saat menguruskan ruma tangganya.
     Kisah Khawlah dan Ummu Kulthum binti Uqbah yang berusaha keras dan berani bertanya ketika menuntut ilmu.
     Kisah dua perempuan Madyan yang menjaga kemuliaan diri saat keluar bekerja.
     Kisah Permaisuri Saba' yang berfikir panjang dan kritikal membuat keputusan dalam memimpin negara.

Melalui buku ini, Ustaz Syaari dan Nurul Shuhadah Shuib membawakan kisah-kisah perempuan dalam Al-Quran yang berbudi di pelbagai relung kehidupannya. Ia memberi inspirasi dan ibrah kepada perempuan zaman kini agar hidup lebih bermakna.

Buku ini terdiri daripada 6 bahagian yang disusun berdasarkan ‘posisi-posisi’ seorang perempuan yang disebutkan tadi. Setiap satu daripada bahagian ini menumpukan watak-watak khusus daripada Al-Quran sebagai tokoh tumpuan untuk dipelajari. Wanita Berkeluarga (Kisah Ibu Maryam), Wanita Berpendidikan (Kisah Khawlah dan Ummu Kulthum), Wanita Berkerjaya (Kisah Dua Wanita Madyan), Wanita Berpersatuan (Kakak Nabi Musa AS), Wanita Bersosial dan Berpengaruh (Kisah Isteri Al-Aziz dan Wanita-wanita Mesir), serta Wanita Berkuasa (Kisah Permaisuri Saba’).

Nota Editor:

  • Perempuan-perempuan Berbusi bukanlah buku tentang feminisme yang melawan-lawan. Hadirnya Peremouan- Perempuan Berbudi memberi tahu kepada pembacanya bahawa kisah-kisah ini adalah tentang anda, mereka juga ‘keluar dari rumah’ dan berperanan di luar, anda bukan orang pertama yang berpendidikan, berkerjaya, berpengaruh dan berkepimpinan. Tokoh yang terkandung dalam kisah-kisah ini menjadi inspirasi dan teladan nyata bagi para perempuan moden untuk memandu peranan dan aktiviti seharian mereka.
 

Quotes Menarik;

  • “Lelaki itu gagah dan kuat pada tempatnya manakala wanita itu gagah dan kuat pada tempatnya.” - Syeikh Solah
  • Yang menjadi perhatian Allah SWT bukan jantina, tetapi sifat takwa.
  • Allah SWT memandang takwa, bukan jantina.
  • Seharusnya, tidak ada isu pun untuk wanita mahu menjadi suri rumah atau wanita berkerjaya.

 

Customer Reviews

Based on 3 reviews
67%
(2)
33%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
A
Ain Shahirah

Gabungan dan kupasan antara dua orang penulis mengenai kisah-kisah perempuan di dalam al-Quran dan dikaitkan dengan isu semasa amat memberi kesan dan mengubah cara pandang saya kepada pemerkasaan wanita dalam Islam. Kefahaman dalam agama begitu penting untuk dipupuk agar dapat mengelakkan diri kita daripada tergolong dalam dua ekstremis iaitu golongan yang terlalu menghalang kebebasan kaum wanita sehingga menzalimi dan golongan yang terlalu radikal menuntut kebebasan sehingga melanggar syariat-Nya.

A
Alia Azman

koleksi kisah-kisah wanita yang diceritakan dalam Al-Quran. Banyak kisah yang ustaz kongsikan yang sebelum ni jarang kita diceritan antaranya, ummu kalthum, permaisuri saba' dan perempuan madyan. Ustaz kaitkan kisah2 wanita ni dengan apa yang terjadi masa kini mengikut tugas wanita masing2 contohnya wanita yang berkerjaya, wanita surirumah, seorang ibu dan pemimpin.

T
Tengku
Mencari ibrah dari tokoh-tokoh wanita untuk dicontohi

Buku-buku Tuan Syaari Ab Rahman memang menjadi koleksi yang wajib baca bagi Dija, terutamanya buku-buku yang membantu kita tadabbur ayat-ayat Al-Quran. Gaya penulisan Tuan Syaari bila kita baca, seolah-olah macam kita sedang menghadiri kelas siri tadabbur beliau. 😂 Mudah difahami dan mudah untuk kita salin nota. Dija dah pernah baca buku Perempuan yang Baik-Baik dalam Al-Quran dan Keluarga yang Setia Menyayangi dalam Al-Quran. Buku Lelaki yang Hebat-Hebat dalam Al-Quran pun dah ada, cuma belum dibaca. Bila dapat tahu buku ni bakal terbit, hasil tulisan Tuan Syaari bersama-sama isterinya pula tu, Puan Nurul Suhadah, terus 'aim' akan beli!

1 Review
Perempuan-Perempuan Berbudi Dalam Al-Quran by Syaari Ab Rahman & Nurul Suhadah Shuib
You have successfully subscribed!
This email has been registered