-4%
Zoom the image with mouse

Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan : Edisi Istimewa (TANPA SPRAYED EDGES )

2 sold in last 8 hours
480 In stock
RM46.00 RM48.00
customers are viewing this product

Produk ini ialah buku sahaja, TANPA SPRAYED EDGES

Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan: Edisi Istimewa 

Selepas 10 tahun diterbitkan, dua naskhah terawal karya Teme Abdullah ini masih terus mendapat tempat di hati para pembaca hingga hari ini. Bersempena Sedekad Teme Abdullah, edisi istimewa ini diterbitkan khas untuk meraikan perjalanan luar biasa tersebut:

  • Menggabungkan Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan dalam satu naskhah kompilasi
  • Menampilkan gambar-gambar eksklusif hari-hari Teme di Kota London
  • Istimewa! Nota khas daripada Teme Abdullah sendiri tentang makna sepuluh tahun perjalanan ini buat dirinya
  • Teks dikemaskini dan reka letak ditambah baik untuk pengalaman bacaan yang lebih lancar

Penulis: Teme Abdullah
Penerbit: IMAN Publication Sdn Bhd
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Melayu
ISBN: 978-629-92159-1-2
Bil. Muka surat: 455pp
Format: Paperback
Harga: RM 48
Berat: 0.6kg

Sinopsis:
“Ia akan kekal dongeng... jika engkau tidak mula berjalan.”

Akibat gagal memenuhi syarat penaja, Teme menyangka dia tidak akan dapat mencapai impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, seterusnya menjadi arkitek.

Namun, dia tekad dan membuat keputusan berani mati untuk terbang ke United Kingdom. Hanya dengan menggunakan wang simpanan sendiri, dia sedar bahawa kehidupan di sana bakal menghimpit diri.

Mampukah dia?

Ikuti kembara suka duka dan jatuh bangun Teme dalam mengharungi cabaran menuntut ilmu di bumi asing; daripada ikhtiar bekerja di restoran demi mencari wang tambahan, berpuasa setiap hari dengan hanya berlaukkan telur, menjual lukisan di jalanan, sehingga akhirnya berjaya menamatkan pengajian bersama sahabat baiknya, Ahmad.

🎓 🎓 🎓

Selepas 10 tahun diterbitkan, buku Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan masih terus mendapat tempat dalam hati para pembaca pada hari ini. Dengan lebih 180 ribu naskhah telah terjual, memoir fiksyen inspirasi kisah benar karya Teme Abdullah yang mencatatkan pengalaman beliau mengharungi cabaran untuk menampung diri sebagai pelajar di Kota London masih menyentuh hati dan terus menjadi inspirasi pelajar serta masyarakat umum.

Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan: Edisi Istimewa ini diterbitkan bagi meraikan sedekad pertama perjalanan karya Teme Abdullah, agar mesej daripada kisah ini terus hidup dan boleh dimanfaatkan oleh pembacanya.

Ciri Khas Edisi Istimewa ini:

  • Gabungan 2 buku Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan dalam satu kompilasi
  • Gambar-gambar eksklusif hari-hari Teme di Kota London - ada yang belum pernah dikongsikan di mana-mana!
  • Nota khas daripada Teme Abdullah selepas 10 tahun buku ini ditulis
  • Kemaskini teks dan reka letak pengalaman bacaan yang lancar

 

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Untuk item pratempah seperti Empayar 4, Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan Edisi Istimewa 2026, Koleksi Kaleidoskop dan Book Badge akan mula dihantar bermula 11 Mei hingga 17 Mei 2026 secara berperingkat.

3. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.


4. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

5. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Customer Review
Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan : Edisi Istimewa (TANPA SPRAYED EDGES )
You have successfully subscribed!
This email has been registered