Sebenarnya takut nak tulis resensi dekat sini sebab buku ni antara yang paling dinanti-nanti pembaca dan mungkin ada pembaca yang lebih mahir menulis ulasan tapi nak tulis juga sebab buku ni antara karya yang baik saya baca sepanjang tahun. Dan nak hasut orang lain juga untuk baca buku ini!
Sebagai pembaca yang pernah baca buku-buku penulis, aku sebenarnya nak fokuskan resensi kali ini dengan cara penulisan penulis yang benar-benar aku boleh katakan ada perkembangan berbanding karya-karya yang sebelum ini. Sebabnya aku tidak bosan langsung baca, dan aku boleh katakan berhantu. Asyik ternanti-nanti masa lapang untuk aku baca karya Nirnama. Aku benar-benar suka dengan perkembangan penulis yang semakin baik dari semasa ke semasa.
Perihal lain pula, untuk jalan cerita buku ini, kali ini penulis fokuskan tentang watak hero, jadi untuk watak-watak lainnya kurang untuk aku dalami. Sebagai pembaca, aku boleh terima sebab cerita ini tentang kelana seorang pendekar jadi aku rasa aku sedang berada bersama-sama di situ untuk memahami sikap peribadi seorang Nirnama.
Dan yang paling aku suka sekali, kali ini penulis banyak meletakkan emosi dan perasaan serta hubungan setiap karakter, tersenyum, ketawa, bersedih hati, cemburu. Berbanding karya penulis yang pernah aku baca, perasaan setiap karakter itu kurang dan buku kali ini benar-benar buatkan aku tersenyum sendiri. Marah dan geram juga ada. Buatkan aku tersedar, segalanya datang daripada perasaan dan hati setiap insan. Dan bagaimana perasaan itu boleh dihadapi dengan beragama.
Buku ini juga boleh dikatakan sebagai pujukan untuk aku, banyak kata-kata hikmah dan pesanan. Rasa seperti Adiwaja, Tun Nirmala dan Nirnama sedang memberi pesan kepada aku. Benar-benar memberi impak kepada aku.
Plot twist, ada juga yang aku tak boleh jangka dan untuk nama Nirnama yang sebenar dah lama aku boleh agak dan diakhir penceritaan semuanya boleh disambung kenapa namanya penulis pilih sebagai .... jalan cerita memang boleh diagak tetapi aku benar-benar nikmati hikayat-hikayat dalam buku ini. Tidak bosan langsung.
Cuma ada sedikit kekurangan pada typo nama, ejaan dan printing. Tidak mengapa memandangkan ini cetakan pertama.
4.4 💫 untuk Nirnama!
Saya doakan penulis dipanjangkan umur untuk menulis lagi karya-karya sebegini.