-15%
Zoom the image with mouse

Mendakap Kesedihan Dengan Al-Quran by Imran Zaki

68 In stock
RM25.50 RM30.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Imran Zaki
Penerbit: IMAN Publication
Tahun Terbitan: 2021 
Bahasa: Bahasa Melayu
Genre:Motivasi Islami
ISBN:9789672459286
Bil. Muka surat:222 m/s
Format: Paperback
Berat: 0.32 kg

Synopsis:

Kita sering ungkapkan kata-kata ini kepada diri yang sedang bersedih. La tahzan, kata kita. Seakan-akan tangisan itu sesuatu yang negatif dan salah.
Benarkah kita dilarang untuk berasa sedih?

Andai kita rasa terbuang; Yusuf AS juga begitu.

Andai kita pernah melalui konflik berkeluarga; Yaakub AS juga begitu.

Andai kita pernah dikhianati teman; Lut AS juga begitu.

Kita menangis; Yaakub AS juga menangis, sehingga buta matanya.

Kita rasa hidup tidak lagi bermakna; Maryam AS juga pernah rasa begitu, sehingga terlahir kata-kata penyesalan dari bibirnya.

Sebenarnya, apakah respons al-Quran terhadap kesedihan yang kita bahkan para nabi rasai?

Imran Zaki menerusi buku ini membawakan perspektif al-Quran yang mendakap diri kita saat dirundung kesedihan. Al-Quran menganjurkan tata cara mengurusnya, serta membimbing tangan kita untuk move on dan melangkah ke hadapan.

Profil Penulis

IMRAN ZAKI merupakan Naib Juara program Da'i Pendakwah Nusantara Musim Ke-6. Berkelulusan Darul Quran JAKIM, beliau aktif mendalami dan menyampaikan ilmu-ilmu berkait al-Quran. Mendakap Kesedihan Dengan Al-Quran ialah debut pertama beliau dalam dunia penulisan buku.

PODCAST

Table of Content

Tentang Kulit Buku
Pendahuluan

Bahagian 1: Menangis Itu Manusiawi
Al-Quran Itu Penyembuh
Cerita al-Quran, Cerita yang Manusiawi
Ahsanal Qasas
Allah SWT yang Menyampaikan Cerita
Para Nabi Juga Manusia
Adakah Kesedihan Sesuatu yang Negatif?
Kesedihan Bukan Tanda Lemah Iman

Bahagian 2:
Move On
Daripada Kesedihan
Mimpi Yusuf AS
Kebencian Abang-abang Yusuf AS
Kepulangan Daripada Membuang Yusuf AS
Kehilangan Bunyamin
Respons Yaakub AS
Aduan Yaakub AS Kepada Allah SWT

Bahagian 3: Berdamai Dengan Takdir
Sabar yang Indah
Keutamaan Doa
Allah SWT Menjawab Doa Kita
Doa Orang yang Tidak Putus Harap
Rintihan Daripada Kegelapan
Ibu yang Berada di Antara Dua Keputusan Gila
Takdir Allah SWT Itu Indah
Rintihan Daripada Jiwa yang Lemah dan Rasa Bersalah

Bahagian 4: Pergelutan Dalam Perhubungan
Kepulangan Musa AS
Aku Musa dan Engkau Firaun
Berkonfrontasi dengan Tenang dan Matang
Kesimpulan: Al-Quran Buat Nabi SAW Yang Kesedihan
Cara Fikir Terhadap al-Quran
Ekstra: Tadabbur Tiga Surah
Surah ad-Dhuha
Rangkuman Isi Utama Surah ad-Dhuha
Surah al-Kauthar
Surah Yusuf
Rangkuman Pengajaran Surah Yusuf

Rujukan

Profil Penulis

Customer Reviews

Based on 19 reviews
95%
(18)
5%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
F
Fatin Rahmah
Rekomendasi? 10000!

Terpujuk. Satu perkataan yang cukup untuk menggambarkan naskhah agung ini. Naskhah ini secara asasnya menjemput kita untuk mengurus emosi dan perasaan terutamanya kesedihan, gusar, gunda gulana dengan mengambil ibrah dari intipati Al-Quran.

Bermulanya perbincangan dalam buku ini dengan mengajak kita mengubah cara pandang kita pada kitabullah. 'Cara pandang kita pada Alquran menentukan cara kita menjalani kehidupan'.

Ditambah pula dengan penegasan setiap yang dititipkan pada kita dalam kitab suci semuanya dirancang dan dipilih dengan tepat oleh Allah ; yang hanya betul betul penting dan yang kita perlu tahu sahaja.

Hidangan kisah para Anbiya' yamg dikupaskan dalam naskhah hebat ini benar-benar memujuk hati yang sedang lara, atau hati yang sedang kosong sekosong pandangan.

Cubalah memahami dan amati setiap isi naskhah ini, moga dengan izin Dia, hati yg kosong tadi terisi semula dengan sinar pergantungan dan pengharapan pada As-Salam; Tuhan Yang Maha Mensejahterakan.

N
Nur Fariha
"Allah SWT tidak meninggalkan kita"

Justify your feelings. Bila kita rasa sedih, kita kena akui kita sedih. 'Mendakap Kesedihan dengan Al-Quran' membawa pembaca menyelusuri kisah-kisah nabi ketika para nabi sedang bersedih. Dan, bagaimana Al-Quran boleh menjadi ubat kepada kesedihan tersebut.

I
Izzah Ridzuan
Seronok baca buku ni.

Banyak pengajaran yang dapat di ambil terutamanya di bahagian tadabbur surah. Sebenarnya kesedihan ini bukanlah sesuatu yang patut dianggap sebagai satu musibah kerana ia menunjukkan bahawa kita masih punya perasaan. Kita hanya manusia biasa yang lemah, menangislah dan bergantung haraplah kepada Allah SWT. In Sha Allah, kesedihan itu akan bertukar menjadi sesuatu yang indah. Seperti mana Nabi Yusuf AS yang ditimpa ujian demi ujian yang pada akhirnya, membawanya ke suatu tempat yang mulia.

6 Reviews
Mendakap Kesedihan Dengan Al-Quran by Imran Zaki
You have successfully subscribed!
This email has been registered