Kombo Kerjaya

113 In stock
RM66.50 RM70.00
customers are viewing this product

Istimewa buat 400 pembeli yang terawal Kombo Kerjaya, anda akan dapat:

  • Senaskhah buku Berhenti Bekerja: Membina Potensi Diri Agar Dapat Memilih Karier Yang Diingini
  • Senaskhah buku Kenapa Kerja Tak Habis-habis?: Bagaimana Obsesi Mengejar Kejayaan Akhirnya Membebankan Diri
  • Penanda buku Berhenti Bekerja & Kenapa Kerja Tak Habis-habis?
  • PERCUMA IMAN Gift Card RM5 (promosi sah sehingga 29 Februari 2024)

--

Sinopsis

Berhenti Bekerja: Membina Potensi Diri Agar Dapat Memilih Karier Yang Diingini

“Aku dah penat berusaha, tapi kenapa ini saja yang aku capai ...?”
“Hidup aku saja ke yang stuck? Orang lain semua macam dah berjaya.”

Mungkin kita pernah rasa yang hidup semua orang lain sepertinya lebih bahagia daripada kita. Dibandingkan dengan kawan-kawan seusia, ramai antara mereka sudah berjaya pada usia muda. Tak macam kita yang masih belum jumpa rentak untuk hidup pun lagi.

Kita mula rasa yang kita tiada pilihan selain daripada struggle dan hustle untuk menjadi yang terbaik dalam segenap aspek kehidupan. Namun, senarai apa yang nak dikejar itu sepertinya tidak pernah berkurang, bahkan semakin bertambah!

Apakah ada apa-apa yang boleh dilakukan agar kita dapat mengecapi kebahagiaan seperti yang dinikmati orang lain? Bagaimana pula caranya untuk kita berhadapan dengan rasa sesak dan lelah ini

Kenapa Kerja Tak Habis-habis?: Bagaimana Obsesi Mengejar Kejayaan Akhirnya Membebankan Diri


“Aku tak minat kerja ni. Masalahnya, aku tak ada pilihan lain ....”
“Aku rasa tersalah pilih kerjalah, boleh lagi ke nak patah balik ....

Sejak kecil, hidup kita sudah ada susunan yang tersendiri–bermula dengan sekolah dan berakhir dengan universiti. Apabila keliru, akan ada ibu bapa dan guru membimbing.

Namun, setelah masuk ke alam dewasa, kita terpaksa memutuskan banyak hal sendiri, termasuk arah tuju kerjaya dan hidup. Kalau tersilap pilih, rasa macam ketinggalan bertahun-tahun.

Apakah cara untuk tidak gagal sejak awal?

--

Melalui Kombo Kerjaya ini, anda bakal menemui jawapan untuk semua persoalan di minda, antara topik perbincangan adalah:

  • Bahagia itu sebenarnya bagaimana? Siapa yang tentukan bagaimana rupanya?
  • Bagaimana growth mindset boleh menjadi toksik bila berhadapan dengan hustle culture yang toxic
  • Performance punishment - buat kerja lagi banyak akan dapat lagi banyak kerja dan kemudian ditambah lagi dengan kerja yang berlambak
  • Bertahun-tahun buat perkara yang tak memberi makna pada diri sendiri. Stuck dalam kerja yang sama lebih dari 3 tahun sehingga kita tak rasa ada perkembangan karier.
  • The biggest WHY untuk memasuki alam kerjaya. Perlu ada cita-cita sendiri, bukan sekadar ikutan
  • Hakikat perjalanan kerjaya tidak lurus, kita lebih tabah dan bersedia apabila perancangan tidak seperti yang dijangka. Gagal tidak bermakna penamat. Kegagalan adalah langkah pertama kepada sebuah keberjayaan. 
Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Untuk membuat semakan order yang telah dibuat, anda perlu sign in account untuk melihat history pembelian yang telah anda lakukan di www.imanshoppe.com.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran buku akan dilakukan dalam masa 2-3 hari, luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui SMS dan email dari Easyparcel setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Untuk servis self pickup dan pembelian secara walk in juga akan bermula pada 26 Januari 2024.

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
8 Reviews
Kombo Kerjaya
You have successfully subscribed!
This email has been registered