Kerana Aku Bukan Pilihan by Syaf Asriqa

Penulis: Syaf Asriqa
Penerbit: Ink Loaf
Tahun Terbitan: 2024
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786299888635
Format: Paperback
Harga: RM 40.00
Berat: 0.55kg
Sinopsis
Jodoh dan ajal merupakan lukisan takdir buat setiap hambaNya. Di saat Uthman Firdaus kehilangan bidadarinya yang berjuang melahirkan tanda cinta mereka, Nailah Jannah pula diberikan nafas baharu tatkala Allah memberikan peluang kedua kepadanya untuk meneruskan hidup.
Lima tahun berlalu, majlis ulang tahun kelahiran si kembar tanda cinta Uthman dan Hikmah telah menjadi titik pertemuan dua insan sehingga membibitkan perkenalan di antara mereka. Pada awal pertemuan saja Uthman sudah tertarik dengan peribadi Nailah yang begitu akrab dengan anak-anaknya.
“Aku percaya kau boleh jaga anak-anak aku bila aku bekerja nanti.” - Uthman
“Awak kerja apa sebenarnya sampai berbulan tak balik?” - Nailah
“Nelayan.” - Uthman
Setiap kali Uthman menitipkan Qaisah dan Qailah di bawah jagaannya, Nailah sering tertanya tentang Uthman. Bahkan, sikap penyayang si ayah tunggal membuatkan jantung Nailah sering berdegup kencang tanpa alasan yang kukuh. Seakan, ada isyarat istimewa tentang Uthman dalam diri Nailah.
Hingga suatu saat… sang jejaka mulakan langkahnya…
“Sekali aku lafazkan aku terima nikahnya… aku bersumpah yang aku akan selalu melindungi dan membahagiakan kau hingga akhir hayat aku.” – Uthman
Sesungguhnya, Uthman tulus dengan niatnya menikahi Nailah. Dia mengalah dengan kehendak hati demi kebahagiaan zuriatnya meskipun tiada cinta buat si gadis.
Tapi, apalah ertinya sebuah perkahwinan jika hanya Nailah yang berjuang demi mahligainya bersama Uthman? Hakikatnya, dia bukanlah pilihan hati suami yang mula bertakhta di ruang hatinya.
“Keterlaluankah kalau saya nak awak cintakan saya? Walau hanya sedikit cuma?” - Nailah
Permintaan Nailah membuatkan Uthman seakan terperangkap dengan niatnya sendiri. Namun, ruang hatinya juga bisa berbolak-balik dengan setiap perjuangan cinta Nailah buatnya. Lantas, bisakah Uthman membuka cinta baharu buat Nailah demi kebahagiaan mereka?
1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.
2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.
3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.
4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.
Polisi Penghantaran:
1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).
2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.
3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.
4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group
Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel
1. Sebarang aduan seperti berikut:
i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce
Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.
Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.
2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.
3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.
PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.