Buat Ayah Yang Dirindui by Damien Yong

Buat Ayah Yang Dirindui by Damien Yong
Penulis: Damien Yong
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2025
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786299585534
Bil Muka Surat : 416
Format: Paperback
Harga : RM32
Sinopis
“Saya ni teruk sangat ke sampai ayah tak nak pandang saya?”
***
Setiap hari, Ifwat cuma mahu lakukan yang terbaik untuk mengambil hati ayahnya. Belajar rajin-rajin, dengar cakap orang tua, tidak tinggal solat – tetapi sayang, ayah Ifwat tidak pernah nampak semua itu.
Ayahnya pula semakin terkesan mendengar kata-kata orang kampung yang mengutuk Ifwat. Sampaikan hobi menjahit Ifwat dan perlakuannya yang semula jadi lembut pun dipandang serong.
“Kau ni tak habis-habis malukan aku.”
Kecewa dan patah hati, Ifwat membawa diri. Padanya, kalau tiada siapa yang menyayangi, lebih baik dia pergi.
Pada saat hidup Ifwat bersinar semula, ayahnya muncul dengan seribu satu penyesalan; merayu supaya dia pulang. Hati Ifwat berkecamuk. “Kenapa baru sekarang cari Ifwat?”
Walaupun masa lalu tidak dapat diubah, masih adakah ruang untuk Ifwat dan ayahnya membuka lembaran baru — meski luka lama masih belum sembuh?
1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.
2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.
3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.
4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.
Polisi Penghantaran:
1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).
2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.
3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.
4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group
Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel
1. Sebarang aduan seperti berikut:
i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce
Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.
Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.
2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.
3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.
PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.