Aku Kan Ada by Akyelrahim
Aku Kan Ada by Akyelrahim
Penulis: Akyelrahim
Penerbit: Naratif Land Resources
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672667742
Bil. Muka surat: 498 m/s
Format: Paperback
Harga: RM39
Berat: 0.8kg
Sinopsis:
Sejak dari dalam kandungan lagi, nama Yah dan Lid sudah pun berkembar. Di mana ada Lid, di situ pasti ada Yah. Hubungan mereka bukan sekadar kawan biasa, tapi kawan 'gaduh-manja' yang sudah sebati dengan asam garam kehidupan masing-masing.
Yah sudah letih melayan kerenah Lid si Raja Drama. Lid pula sudah naik berbilang telinga mendengar rungutan Yah si Ratu Masalah. Namun, sejauh mana mereka cuba menafikan, bayang masing-masing tetap melekat.
“Barangkali kau hilang ingatan ya, Sabariah?” – Lid “Aku yang hilang ingatan ke kau yang kepala baru terhantuk tiang? Cuba cakap elok-elok macam orang normal tak boleh ke?” – Yah
Ramai yang kata, persahabatan antara lelaki dan perempuan itu mustahil tanpa melibatkan hati. Masing-masing cuba bertahan di zon selesa, hinggalah satu saat... benteng itu mula retak.
“Lid, tak boleh. Tak boleh macam ni.” – Yah “Kenapa tak boleh? Kau perempuan, aku lelaki. Kita dah besar dah pun. Kenapa aku tak boleh nak suka kau?” – Lid
Bila garisan persahabatan mula kabur dan perasaan mula mengambil alih, adakah mereka akan terus bersama atau kehilangan segalanya?
Kenapa anda perlu miliki buku ini?
-
Tema Friend-to-Lovers: Sesuai untuk peminat kisah cinta yang bermula daripada benci-benci sayang.
-
Dialog Santai & 'Real': Gaya bahasa yang hidup dan dekat dengan realiti kehidupan kita.
-
Penuh Emosi: Menyelami dilema antara menjaga ukhwah atau mengejar cinta.
1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.
2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.
3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.
4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.
Polisi Penghantaran:
1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).
2. Untuk item pratempah seperti Empayar 4, Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan Edisi Istimewa 2026, Koleksi Kaleidoskop dan Book Badge akan mula dihantar bermula 11 Mei hingga 17 Mei 2026 secara berperingkat.
3. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.
4. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.
5. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group
Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel
1. Sebarang aduan seperti berikut:
i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce
Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.
Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.
2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.
3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.
PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.