Bawa Cinta Kita Ke Syurga (Ustaz Pahrol Mohd Juoi) - Buku Terbaru 2019
Dua persediaan sebelum berkahwin
Selain belajar dan bekerja, berkahwin juga merupakan salah satu proses dalam garis masa kehidupan manusia. Merancang untuk berkahwin merupakan antara suatu keputusan yang besar dalam kehidupan seseorang individu. Persediaan yang rapi perlu dilakukan terutama bagi pasangan kahwin muda. Perkahwinan di usia yang muda memerlukan kesabaran yang tinggi untuk sama-sama saling tidak berhenti belajar dan belajar bagi menambah baik perhubungan.
Kali ini, Kak Iman kongsikan dua persediaan awal sebelum melalui hari bahagia.
1. Meletakkan tujuan perkahwinan yang jelas & betul
Dewasa ini, banyak berita dan cerita yang kita dengar berkaitan dengan kisah rumah tangga. Ada yang manis, ada yang tragis ada juga yang menyayat hati. Pentingnya tujuan yang jelas dan betul mengenai sebuah perkahwinan adalah bagi memastikan ikatan perkahwinan yang dibina dalam redha Allah dan tetap saling setia walau pelbagai ujian datang membadai.
BUKU TERBARU 2019: Buku 'Bawa Cinta Kita Ke Syurga' oleh Ustaz Pahrol Juoi (sangat sesuai untuk pasangan yang bakal atau baru berkahwin)
Persoalan ini antara yang harus menjadi soalan kursus kahwin. Kursus yang dihadiri harus mampu menjelaskan tujuan sebenar perkahwinan. Iaitu membawa pasangan ke arah redha dan cinta Allah. Bukan kerana fizikal dan harta benda. Rumah tangga perlu dilihat sebagai satu gelanggang ibadah untuk meraih pahala daripada Allah SWT. Jika fizikal dan harta menjadi sebab kita memilih pasangan, ketika sebab ini hilang, bimbang cinta kita kepada pasangan menjadi pudar dan lambat laun, rasa sayang bertukar menjadi benci.
Perkahwinan itu bukan hanya soal hidup bersama tetapi cinta bersama buat selama-lamanya. Dan yang memastikan rasa itu tetap mekar adalah dengan menyandarkan cinta kepada Yang Maha Kekal iaitu Allah. Allah harus menjadi sebab utama kita mencintai pasangan. Hal ini kerana cinta Allah Swt itu sumber cinta semua dan segalanya. Bak kata Ustaz Pahrol Juoi:
“ Sesiapa mencintai yang Satu, akan mudah bersatu ”
Kerana cinta Rasulullah yang mendalam kepada Allah lah menjadikannya mencintai isteri, anak-anak, para sahabat dan seluruh ummat. Mencintai manusia adalah manifestasi kecintaan kita kepada Allah. Seberapa dalam dan yakinnya kita pada cinta Allah?
2. Mengambil tahu proses-proses teknikal
Tanyalah pada kawan-kawan yang telah melangsungkan perkahwinan. Banyak dokumen yang perlu diurus sebelum hari bahagia itu tiba. Misalnya, pasangan yang berkahwin perlu mempunyai sijil yang membuktikan mereka telah menghadiri kursus kahwin, melakukan ujian HIV dan banyak lagi. Oleh itu, checklist majlis perkahwinan perlu dilakukan. Hal ini penting bagi memastikan tiada yang terlepas pandang dan si bakal pengantin tadi tidak tertekan dan terganggu emosi.
Selain itu, rajin-rajin kan diri membaca atau bertanya informasi-informasi berkaitan perkahwinan seperti perbezaan di antara mas kahwin dengan wang hantaran? Malu nanti nak jadi suami, tapi masih tertukar-tukar tentang perkara penting ini.
BUKU TERBARU 2019: Buku 'Bawa Cinta Kita Ke Syurga' oleh Ustaz Pahrol Juoi (sangat sesuai untuk pasangan yang bakal atau baru berkahwin)
Rajinkan juga diri bertanya kawan-kawan atau berjalan-jalan di media sosial untuk mendapatkan idea menempah gubahan bahan hantaran di mana atau bagaimana (ini, jika nak gubah sendiri). Apa barang-barang yang biasanya dijadikan hantaran kahwin. Dengan bertanya kepada yang berpengalaman akan mengurangkan risiko kerugian dan mempercepatkan proses mendapatkan apa yang diingini.
Demikianlah antara dua persediaan utama yang Kak Iman kongsikan kali ini. Semoga membantu kalian mempunyai tujuan perkahwinan yang jelas iaitu bercita-cita membawa pasangan ke syurga serta tip persediaan melalui hari bahagia nanti. Rancang dan buat satu-satu ya, jangan terburu-buru dan kelam kabut. Banyakkan zikir dan berselawat serta berdoa memohon Allah memberi ketenangan dan memudahkan segala urusan perkahwinan kalian.
Rujukan:
Pre-order buku Bawa Cinta Kita Ke Syurga - Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Beli buku Bawa Cinta Kita Ke Syurga - Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Tags:
kursus kahwin
mas kahwin
kahwin muda
checklist majlis perkahwinan
hantaran kahwin
soalan kursus kahwin
barang hantaran
hantaran kahwin
kisah rumah tangga