Sold Out
Zoom the image with mouse

Sunshine Untuk Nara by Yumi Hyra

Manes Wordworks
Out of stock
RM38.00
customers are viewing this product

Penulis: Yumi Hyra
Penerbit: Manes Wordworks
Tahun Terbitan: 2024
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786299784890
Bil. Muka surat: 336 m/s
Format: Paperback
Berat: 0.3kg

Sinopsis

Kata orang, jangan terlalu benci seseorang kerana takut nanti terjatuh suka. Nara bukanlah benci pada Kid tetapi lelaki berlesung pipit itu, suka sangat mengusiknya sejak kali pertama mereka bertemu di Pulau Langkawi. Nara jatuh ke dalam bendang buat pertama kali juga disebabkan Kid. 

“Saya rasa awak ni memang bertuah tapi satu aje yang awak tak ada.” – Kid    

“Saya tak ada apa?” – Nara 

“Awak tak ada saya.” – Kid 

Kata Nina; Si Bff Nara, Kid ibarat ‘sunshine’ yang menceriakan hari-hari Nara. Ada sahaja telatah Kid yang membuatkan Nara geram, tenang, terhibur dan berbunga-bunga walaupun mummy dia mula masuk campur dengan mengatur hidupnya.

“Awak ni memang suka senyum, eh?” – Nara,

“Kenapa? Kalau saya senyum; awak akan rasa berdebar-debar, ke?” – Kid 

Bagi Kid pula, perkenalannya dengan Nara membuatkan dia melakukan perkara-perkara di luar kawalan sendiri termasuklah mengusik Nara.

Love is when you sit beside someone doing nothing yet you feel perfectly happy. And to me, you are that someone. – Kid 

 Apabila Nara sudah mula jatuh hati, Kid pula nampak seperti sudah berubah hati. Adakah benar yang kita mempunyai hak untuk memilih bahagia mengikut cara kita?
***
YUMI HYRA memang pandai mengatur dialog dan membuat pembaca jatuh hati pada watak-wataknya sehingga terasa, ‘mereka’ ada dekat dengan kita, kan! – Noor Suraya, Editor 

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Sunshine Untuk Nara by Yumi Hyra
You have successfully subscribed!
This email has been registered