Sold Out
Zoom the image with mouse

Panggil Aku Dahlia by Noor Suraya

Manes Wordworks
Out of stock
RM38.00
customers are viewing this product

Penulis: Noor Suraya
Penerbit: Manes Wordworks
Tahun Terbitan: 2024
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786299784876
Bil. Muka surat: 401 m/s
Format: Paperback
Berat: 0.3kg

Sinopsis

“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.

Padahal dulu, bukanlah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?

Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!

Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan Si Licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.

Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan kebun teh miliknya sebagai mahar?

Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
***
Susunan kata Noor Suraya yang membuai rasa membuat kita mahu menetap terus di Rumah Teh Timor bersama Dahlia dan Wadi. – Mariah Mustapha, Editor



Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Panggil Aku Dahlia by Noor Suraya
You have successfully subscribed!
This email has been registered