Zoom the image with mouse

Event Picnic & Pages: RUMAAxRuangIbu

2 sold in last 8 hours
9 In stock
RM0.00
Hurry up! only 9 left
customers are viewing this product

Picnic & Pages: Edisi Kasih Ibu

Sesi kali ini bertemakan hangatnya kasih ibu melalui bahan bacaan pilihan anda.

Dalam suasana pagi yang tenang, pembaca berpeluang menikmati sesi membaca bersama yang tersayang, aktiviti interaktif, perkongsian inspirasi serta momen berkualiti yang mengingatkan kita tentang besarnya kasih seorang ibu.

Sama ada hadir bersama ibu, anak atau insan tersayang, acara ini mengajak kita untuk berhenti seketika dan menghargai hubungan yang sering menjadi sumber kekuatan dalam kehidupan.

Kami cadangkan anda membawa bahan bacaan bertema ibu untuk sesi kali ini seperti
• Untuk Kamu Yang Tak Pernah Dipeluk
• Syurga Itu Bernama Ibu
• 12 Teknik Menangani Ledakan Emosi Anak Obses Skrin
• Ibu Penat Tapi Ibu Sayang
• Hari-hari Terindah Bersama Mak
Kalau tiada buku-buku ini jangan risau, sertai sahaja bersama buku yang sedang anda baca.

Maklumat program:
Tarikh: 11.7.2026
Masa: 8am-12pm
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa (8 minit berjalan dari Pintu MRT B, Hospital Kuala Lumpur)
Yuran Penyertaan: 
Dewasa: RM10
⁃ 17 tahun dan kebawah : RM5
⁃ 6 tahun dan kebawah:  PERCUMA 

***
RUMAA Books merupakan jenama novel IMAN Publication dan Ruang Ibu Rehat pula adalah sebuah ruang komuniti untuk para ibu belajar dan mendapatkan sokongan.

Picnic & Pages merupakan sebuah program komuniti membaca anjuran IMAN yang menghimpunkan pencinta buku untuk berkongsi pembacaan, bertukar pandangan dan menemukan perspektif baharu melalui perbualan yang bermakna.

Lebih daripada sekadar aktiviti membaca, Picnic & Pages ialah ruang untuk memperlahankan langkah, menikmati pagi dengan penuh kesedaran, dan menghubungkan diri dengan cerita, idea serta insan yang berkongsi kecintaan yang sama terhadap buku.

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Untuk item pratempah seperti Empayar 4, Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan Edisi Istimewa 2026, Koleksi Kaleidoskop dan Book Badge akan mula dihantar bermula 11 Mei hingga 17 Mei 2026 secara berperingkat.

3. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.


4. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

5. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Customer Review
You have successfully subscribed!
This email has been registered