-13%
Zoom the image with mouse

Kombo Amalan Kecil, Pahala Besar

305 In stock
RM100.00 RM115.00
customers are viewing this product

Kombo Amalan Kecil, Pahala Besar

Dapatkan Kombo ini dengan hanya RM100 dan jimat RM15 daripada harga asal!

Istimewa buat pembeli  Kombo Amalan Kecil, Pahala Besar, anda akan dapat:

  1. 100 Amalan Nabi Dalam Sehari Andai Rasullulah Bersama Kita
  2. 30 Doa Daripada Alquran dan Hadis Saat Hampir Berputus Asa
  3. Kunci Solat Khusyuk : Hayati Makna Bacaan Dalam Solat

***

1. 100 Amalan Nabi Dalam Sehari Andai Rasullulah Bersama Kita

Bayangkan andai Rasulullah ada bersama kita hari ini.

Bagaimanakah jika baginda melihat amalan kita? Adakah baginda akan tersenyum, atau mungkinkah baginda akan bersedih?

Kita inginkan syurga dan syafaat baginda tetapi sejauh manakah kita berusaha untuk mengikuti sunnah baginda?

Bagaimana pula dapat kita contohi baginda di tengah hiruk-pikuk dunia moden yang serba pantas dan mencabar ini?

Dalam kesibukan dan kekalutan kehidupan harian, kita sering rasa hilang arah. Hati terasa penat, fikiran kusut, dan jiwa seakan kosong. Kita tahu hidup ini perlukan lebih daripada sekadar rutin. Kita dambakan ketenangan, kedekatan dengan Tuhan, dan makna sebenar dalam setiap langkah yang kita ambil. Tetapi, bagaimana untuk bermula?

Buku 100 Amalan Nabi Dalam Sehari hasil karya Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman hadir membawa kita kembali kepada sunnah Rasulullah sebagai panduan hidup yang menyeluruh. Setiap amalan yang dihimpunkan bukan sekadar ibadah, tetapi cara hidup yang dipenuhi rahmat dan hikmah, dari pagi yang penuh keberkatan sehingga malam yang mendamaikan jiwa.

Dengan bahasa yang mudah difahami dan pendekatan yang praktikal, buku ini membawa kita menelusuri satu demi satu amalan harian Nabi agar kita dapat mulakan hari dengan sunnah, dan mengakhirinya dengan keberkatan.

***

2. 30 Doa Daripada Alquran dan Hadis Saat Hampir Berputus As

Saat Nabi Ayub AS mengangkat tangan berdoa, baginda telah kehilangan segala-galanya.

Saat Nabi Yunus AS merintih kepada Tuhan, baginda sedang terperangkap dalam kegelapan.

Saat Nabi Musa AS memohon pertolongan-Nya, baginda diselubungi rasa resah dan gelisah.

Namun, setiap kali mereka berdoa, doa mereka dimakbulkan—cepat atau lambat, pasti adajawapan daripada-Nya.

Apa rahsia doa para anbia sehingga diperkenankan oleh Allah SWT? Adakah melalui caramereka berdoa? Dan andai kita berdoa seperti mana mereka, mungkinkah doa kita juga akan diterima?

Dalam buku ini, penulis menelusuri 30 doa terpilih daripada al-Quran dan hadis, mengungkap kisah di sebalik setiap doa serta keikhlasan para anbia saat mereka merintih kepada Allah SWT.

Melalui huraian yang penuh makna, kita akan belajar bahawa doa bukan sekadar lafaz kata,tetapi luahan hati yang tulus pada saat keterdesakan. Dan ketika hampir berputus asa, semoga kita dapat berdoa dengan penuh pengharapan—seperti yang ditunjukkan oleh mereka yang paling dekat dengan Tuhan.

***

3. Kunci Solat Khusyuk : Hayati Makna Bacaan Dalam Solat

'Setiap hari kita solat. Setiap rakaat kita baca doa dan surah. Tetapi kita tidak faham pun apa yang kita baca. Jadi, macam mana nak rasa dekat dengan Allah?'

Solat ialah anugerah daripada Allah SWT buat kita.

Pada saat kita terluka, kepenatan atau putus asa, solat menawarkan kerehatan dan kelegaan.

Pada saat kita bahagia, gembira dan aman, solat ibarat rakan yang mengingatkan kita akan hakikat kehidupan.

Ya, solat sentiasa ada bersama kita. Namun, mengapa solat sering kali terasa membebankan? Dan mengapa hati kita masih kosong seusai solat?

Melalui buku ini, Ustaz Muzuza mengupas makna di sebalik lafaz-lafaz yang kita ungkapkan semasa solat. Daripada takbiratul ihram hingga tahiyat, setiap kalimah disusun dengan sempurna — agar jiwa kita akhirnya terubat, dan diri kita dapat berehat.

Dengan memahami setiap bacaan, kita akan mempelajari bahawa Allah Maha Mendengar segala pujian dan permohonan kepada-Nya; dan solat, ialah ruang khas untuk 'meluah' kepada Allah SWT setulus hati.

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حَزَبَهُ أَمْرٌ صَلَّى

Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila ditimpa dengan suatu ujian, Baginda akan mengerjakan solat.”
(Riwayat Abu Daud)

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Customer Review
Kombo Amalan Kecil, Pahala Besar
You have successfully subscribed!
This email has been registered