Zoom the image with mouse

Jurnal Svara 17: Pendeta Dari Bogor

2 sold in last 8 hours
100 In stock
RM25.00
customers are viewing this product

Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Melayu
ISBN: 97727165426
Bil. Muka surat: 70
Format: Paperback
Harga: RM25
Berat: 0.7kg

Sinopsis

NOTA EDITOR

Ini kali pertama Svara memusatkan tumpuan hanya kepada tiga orang tokoh sahaja, sebagai teras kandungan bagi edisi ke-17 ini. Hanya tiga orang, dengan sorotan hal-hal berkaitan mereka semata-mata, dan tak lebih daripada itu.

Yang pertama adalah tentang Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, yang pada tahun 2024 telah dikurniakan gelaran Profesor Diraja oleh kerajaan Malaysia. Beliau merupakan orang kedua yang menerima gelar itu, selepas Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid pada 1978. Sepanjang usianya yang bakal mencecah angka 95 tahun ini, dan melalui buah fikiran yang telah disyarah, ditulis dan diterbitkan, beliau telah banyak mengocakkan perbincangan intelektual dan falsafah Islam yang kemudiannya melimpahkan pengaruh ke dalam cara hidup masyarakat, serta membentuk dasar dalam kerajaan dan memberi kesan sosial yang dapat kita teliti hari iniโ€”sama ada daripada kelompok yang bersetuju dengannya, atau daripada golongan yang berseberangan pendapat; dan dari dalam negara mahupun di lapangan mendunia.

Svara edisi kali iniโ€”dalam cara yang sederhanaโ€”ingin meraikan dan memberi penghormatan terhadap semua pencapaian tersebut, ketika hayatnya. Bahagian tulisan-tulisan berkaitan beliau yang termuat ini dihasratkan sebagai pembuka jalan kepada generasi yang jauh lebih muda (usia atau bahkan perkenalan dengan karya-karyanya) untuk mengenali sedikit sebanyak sisi yang membangunkan tanggapan yang pelbagai tentang idea yang dibawa. Untuk itu, kami menghimpunkan pandangan-pandangan dari kelompok berbezaโ€”anak murid, pengkagum, pengkritik, peneliti serta orang-orang yang berminat untuk menyatakan pandangan yang berbezaโ€”sebuah keraian yang selalu ingin dipertahankan.

Bahagian kedua pula ditujukan kepada dua orang lagi pengarang besar, yang pada tahun 2025, telah menyambut ulang tahun kelahiran ke-100. Dalam cara yang tersendiri, mereka juga telah memberi kesan dan sumbangan yang bukan kepalang, kali ini di ranah sastera serantau dan dunia.

Kepada yang mengenali, atau cukup sekadar sebagai pembacanya, Arena Wati adalah seorang pengarang yang tekal dan cekal. Dari perwatakan, penulisan, fikiran serta tindakan, semua itu dibentuk oleh dua persekitaran yang saling berseberangan: samudera dan daratan. Sehinggalah pada tahun 1949 ketika beliau memutuskan untuk menjadi penulis, khalayak bertalu-talu dihidangkan dengan bauran dari dua daerah itu, yang disatukan dan dipersembah dalam bentuk tulisan-tulisannya yang diwarisi hingga ke hari ini. Satu daripada esei yang termuat adalah dari Siri Syarah Kebudayaan 2025: Gelora Laut dan Tekad Anak Jantan yang disampaikan oleh Sasterawan Negara Dr. Anwar Ridhwan yang turut diterbitkan dalam edisi ini, serta beberapa tulisan lain yang menyingkap sudut berbeza seorang pengarang yang sama.

Pengarang yang terakhir ialah Yukio Mishima, sang nasionalis tegar dari Jepun yang hidup dan bernafas dalam kepercayaan dan tradisi yang ketat: sesuatu yang dihirupnya seperti udara, ditelannya untuk mendarah daging. Sebuah cerpennya mungkin menjelaskan perkara itu, dan boleh dijadikan sebagai pintu masuk bagi yang belum pernah berkenalan dengannya: Patriotism. Ini menjadi saksi kepada kepercayaan yang kemudian ditindakkan sendiri sebagai penzahiran kata-kata: sebuah kecintaan yang tidak akan difahami ramai orang, tetapi cukup membahagiakan Mishima sendiri, yang dianut hingga ke titisan darahnya yang terakhir.

โ€”Hafiz Hamzah, 29 Disember 2025

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Untuk item pra tempah seperti Box Set T Planner 2026, T Planner 2026, Tear-Off Calendar dan Book Badge akan mula dihantar bermula 5 Disember hingga 31 Disember 2025 secara berperingkat.

3. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.


4. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

5. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Customer Review
Jurnal Svara 17: Pendeta Dari Bogor
You have successfully subscribed!
This email has been registered