-15%
Zoom the image with mouse

SEKUFU: Bina Keserasian & Bentuk Persefahaman Dalam Rumah Tangga by Aiman Azlan & Dr Harlina Halizah Siraj

194 In stock
RM25.50 RM30.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Aiman Azlan & Dr Harlina Halizah Siraj
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2022
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459347
Bil. Muka surat: 226 muka surat
Format: Paperback
Harga: RM30.00
Berat: 0.24kg
Sinopsis:

Ramai orang mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan sempurna - setia sehingga hujung nyawa.

Apabila sudah berkahwin, barulah tersedar bahawa perjalanan mencapai bahagia itu tidaklah seindah dan semudah yang dibayangkan. Hatta untuk mencapai kata sepakat bersama pasangan daripada sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecilnya pun sukar, sampai kita mula mempersoalkan keserasian hidup sebagai pasangan suami isteri.

Apakah sebenarnya yang terjadi?

Adakah kami tidak sekufu lagi?

Kita sangka memilih pasangan yang sekufu ialah kunci utama untuk bahagia dalam perkahwinan. Hakikatnya, sekufu dengan pasangan bukanlah bermaksud tiada langsung perbezaan. Apa yang perlu ditekankan ialah kebersamaan.

Bersama-sama memberikan komitmen untuk saling memahami.

Bersama-sama membina keserasian untuk menjayakan hubungan rumah tangga.

Melalui buku ini, Aiman Azlan & Dr Harlina menghuraikan punca permasalahan yang sering terjadi dalam rumah tangga berserta solusi praktikal yang boleh diaplikasikan oleh pasangan suami isteri dalam usaha membina keserasian dalam perhubungan.

 

Customer Reviews

Based on 14 reviews
86%
(12)
14%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
G
Gadis
Buku ini bukan untuk berstatus kahwin saja, menarik untuk dibaca untuk semua!

Isi yang menarik antaranya kupas 5 Fasa perubahan dalam perkahwinan. Terutama bila ke Fasa 2: Perebutan Kuasa. Seberapa sekufu pun kita tetap lalui fasa genting itu!

Makin jelas isi Sakinah, Mawaddah dan Rahmah sebelum ini aku sekadar dengar saja. Pengisian Istikharah pula buat aku fikir, sebelum kahwin kita gunakan jalan istikharah putuskan untuk bersama tapi jika jalannya menyimpang dari apa dirancang atau ada pergolakkan ia juga dalam ilmu Allah. Kita takkan kesal baik buruknya, kita dah reda dengan jalan istikharah itu.

Buku ini bukan untuk berstatus kahwin saja. Ada pasangan, di fasa taaruf, bakal berkahwin dan status bujang.Bagus untuk dibaca,ilmu sepanjang hayat untuk sekolah perkahwinan tiada penamat.💕

a
athirah_bookstagram
Highly Recommended!

Sepanjang aku membaca Sekufu, kebanyakkan masa aku bersetuju dengan topik-topik dan point-point yang dibawa oleh kedua-dua penulis. Yang kalau sekali imbas baca, ia berkisarkan sesuatu yang biasa berlaku dalam perkahwinan, tetapi kalau tak kena caranya, boleh sengsara jiwa.

Apa yang aku suka sangat tentang Sekufu ini adalah apabila penulis mengupas topik dengan mengetengahkan pendekatan agama, untuk memastikan pembaca jelas dengan asas yang dibawa oleh Islam , diikuti dengan pengalaman sebenar dan dilengkapkan dengan rujukan yang berautoriti seperti kaunselor yang mengurus isu-isu perkahwinan.

Aku juga suka apabila penulis mengetengahkan topik yang sesetengah dari kita masih lagi merasa tabu iaitu tentang mengurus perhubungan intim dan aku kira penulis berjaya mengupas isu yang selalunya berakhir dengan konotasi negatif, dengan sangat baik dan membawa kita melihat dari perspektif yang berbeza.

Mengambil tahu tentang hak kita sebagai suami isteri itu perlu tapi perlu seiring dengan adakah aku sudah melunasi tanggungjawab dan amanah aku sebagai suami atau isteri dengan sebaiknya? Secara ringkas, dalam bahagian ketiga ini penulis akan membawa pembaca untuk melihat rumahtangga itu tak boleh dilihat dari satu aspek secara berasingan tetapi perlu dilihat secara holistik.

Kalau tanya aku sesuai kepada siapa dan berbaloi ke? Aku akan cakap sangat-sangat berbaloi dan sesuai kepada mereka yang single, yang ada partner yang, mereka yang dalam perkahwinan tetapi rasa ada sesuatu yang tak kena dengan perkahwinan. Korang kena dapatkannya.

M
M.
Love it very much!

Facing anything in life, it’s better with knowledge. Brief & concise, tapi banyak points yang bagus & elok untuk dipraktikkan. Thank you Dr. Har & Encik Aiman for sharing the knowledge.

12 Reviews
SEKUFU: Bina Keserasian & Bentuk Persefahaman Dalam Rumah Tangga by Aiman Azlan & Dr Harlina Halizah Siraj
You have successfully subscribed!
This email has been registered