Tentang Pilihan: Membentuk Kerangka Fikir Dalam Menentukan Perjalanan Hidup by Dr Nur Aisyah Zainordin

163 In stock
RM27.00 RM30.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Dr Nur Aisyah Zainordin
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2022
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459378
Bil. Muka surat: 200 m/s
Format: Paperback
Harga: RM30.00 
Berat: 0.26kg

Sinopsis

Semakin dewasa, semakin kompleks persoalan kehidupan kita; semakin sukar pula hendak menetapkan sebuah keputusan.

Satu persatu keputusan besar terbentang di hadapan kita; memilih bidang pengajian, mencari pekerjaan dan menentukan pasangan hidup. Pilihan-pilihan ini bakal menentukan arah perjalanan kehidupan kita.

Bagaimana kalau keputusan yang aku buat ini silap?

Bagaimana kalau aku gagal sekali lagi?

Rasa ragu boleh menyekat kita daripada mengambil sebarang keputusan kerana takut hasilnya tidak seindah impian. Kita bimbang dengan ketidaktentuan masa hadapan.

Membuat keputusan memerlukan dua perkara; kemahiran berfikir yang berkesan dan keberanian menetapkan sebuah keputusan.  Kedua-duanya perlu seimbang dan saling melengkapi.

Buku ini merupakan susunan buah fikir Dr Nur Aisyah (Muharikah) bersandarkan kepada perjalanan kerjaya beliau sebagai seorang doktor pakar perubatan, dan pada masa yang sama, membangunkan IMAN sejak 2012. Penulis membentangkan konsep dan proses berfikir yang tepat untuk membantu kita membuat keputusan dengan lebih yakin dan berkesan dalam hidup.

Customer Reviews

Based on 2 reviews
50%
(1)
50%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
A
AtSilah AnuAr (Goodreads)
Tentang Pilihan

Buku ini membantu saya untuk berfikir dlm membuat pilihan dengan perspektif yang baru yg akan menolong saya dalam membuat sesuatu pilihan utk diri sndiri bukan utk org lain

E
Emmy Hermina Nathasia (Goodreads)
Tentang Pilihan

Salah sebuah buku bukan fiksyen dalam genre pembangunan diri (dan memoir) yang baik. Penulis berkongsi pengalaman diri dalam menjalani kehidupan, berdepan dengan pilihan dan mengurus dan mengembang sebuah syarikat penerbitan di samping bekerja sepenuh masa sebagai seorang doktor. Pada masa yang sama, penulis menyelitkan teori dan kaedah yang dipetik hasil pembacaan beliau daripada buku-buku karya James Clear, Jim Collins dan Carol Dweck. Penjelasan dilakukan dengan ringkas dan santai agar mudah difahami. Terasa buku ini seperti melengkapi buku VICTORIA yang ditulis dan diterbitkan bulan lepas. Kita perlu perbanyakkan lagi buku sebegini dalam pasaran tempatan!

Tentang Pilihan: Membentuk Kerangka Fikir Dalam Menentukan Perjalanan Hidup by Dr Nur Aisyah Zainordin
You have successfully subscribed!
This email has been registered