Zoom the image with mouse

Selamat Tinggal Purnama Strain Kedua By Teme Abdullah

61 In stock
RM30.00
customers are viewing this product

Penulis: Teme Abdullah
Penerbit: Iman Publication
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil. Muka surat: 320m/s
Format: Paperback
Harga: RM30.00
Berat: 0.4kg

Sinopsis

Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang daripada radar. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka dia telah bersara.


Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album baharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya.

*****

Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams, Kim Jonghyun, Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri.

“Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth,” bisik hati aku.

Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba menyelami kehidupan mereka. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini.

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Customer Review

Dapatkan versi ebook di Google Play.

Customer Reviews

Based on 57 reviews
95%
(54)
5%
(3)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
P
Pz
Selamat tinggal purnama

Buku ni best sgt ii. Sgt lain daripada yg lain♥️♡˖꒰ᵕ༚ᵕ⑅꒱

A
A.N.
Selamat Tinggal Purnama Strain II

Finally! I dah habiskan buku ni. Dari awal sehinggalah habis, hati saya sakit. Kenapa semua orang jahat dengan Latif? Apa salah dia? Huh, eventho Adda, isteri dia langsung tak percayakan Latif. Dia lebih percaya yang Omar is a victim dalam kisah ni. Rasa nak mengamuk bila baca. Hmm.

At the end of story, I can't expected that. My heart pun rasa berkecai ya bila sampai ke penghujung cerita ni. Ya Allah, sakit betul. Even just cerita sahaja, but memang terkesan sangat. Teme memang pandai bermain-main dengan emosi pembaca. Hahaha.

And now, ik jadi artis tak seindah apa yang kita nampak. Banyak perkara yang disorokkan daripada public. Boleh jadi, mereka hanya nampak gembira di socmed, walhal tanpa kita ketahui mereka sedang menahan perit, sakit dan sedih.

Know what? Populariti tak bermakna apa-apa, jikalau hati tidak tenang.

N
N.A.H.
Selamat Tinggal Purnama Strain Kedua

Akhirnya lepas satu-satu terjawab dengan jelas segala persoalan Latif selama ini. Sama juga dengan kita persoalan yang bermain terjawab akhirnya.

Pengakhiran jalan cerita yang tak disangka-sangka. Penangan Strain Kedua ni buat saya menangis masa baca sampai terbawa-bawa dalam tidur kisah kesengsaraan yang dihadapai oleh Latif Purnama. 😭 Rasa macam ada sambungan yang tersembunyi disebalik buku ni. Tapi tu hanyalah apa yang terzahir dalam minda bawah sedar saya je sebab terlalu menghayati watak. Dapat rasa kesakitan yang dia rasa tu. Perit sangat.

Masa tu saya sedar ni situasi mental illness yang ingin disampaikan oleh penulis seperti yang digambarkan melalui kisah benar yang terjadi pada artis yang menghadapinya sampai mengakhiri hidup mereka sendiri.

Anxiety terhadap sesuatu & juga depression atas sebab2 yang berlaku. Tapi sebenarnya perkara tu boleh dikawal dengan bantuan pakar psikatri dan juga menjalani rehabilitasi.

Dalam ni juga dapat ilmu baru mengenai ciri2 seorang psikopat. Dan orang psikopat ni pun wujud dalam masyarakat sekarang.

Alhamdulillah, syukur Latif dapat menjalani hidup normal tanpa populariti seperti manusia biasa. Tiada lagi Latif Purnama.

"Lumrah manusia.
Sesal selepas tiada.
Tercari-cari selepas pergi.
Menghargai selepas hilang.
Namun sayang, semuanya tiada lagi berguna."

Ayat ni buat saya teringat akan nasib Allahyarham P. Ramlee & juga Sudirman di pengakhiran hidup mereka. Walaupun pengakhiran mereka sedikit berbeza dengan Latif Purnama tapi karya mereka hidup selepas ketiadaan mereka. Al-Fatihah👇🏻

" Karya seseorang pengkarya itu akan betul-betul hidup selepas kematiannya. Seakan-akan menjadi lumrah dunia. Alangkah sayangnya. Hanya darah si pengkarya yang dapat memberi nyawa kepada hasil seninya".

Well done Teme. You did your best very well. Thank you for unexpected ending. Hanya yang betul2 faham akan faham apa yang Teme cuba sampaikan. Pengakhiran yang positif. Tahniah semua yang terlibat dalam penghasilan & penerbitan buku Selamat Tinggal Purnama Strain Pertama & Strain Kedua.

P/S: Oh ya, siapa perasan Teme guna latar tempat di negara jiran kita, Indonesia . Sama dengan buku Empayar tempat dalam empayar pun banyak kat Indonesia. Teme suka sastera rasanya. Hehe😃🌹TQ Teme bawa kami berjalan ke Kalimantan Utara & Nusaraya dalam #STP1 & #STP2.

Selamat Tinggal Purnama Strain Kedua By Teme Abdullah
You have successfully subscribed!
This email has been registered