-10%
Zoom the image with mouse

Nabi ﷺ Juga Seorang Manusia by Khubaib Akhi

110 In stock
RM31.50 RM35.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Khubaib Akhi
Penerbit: IMAN Publication
Tahun Terbitan: 2021
Bahasa: Bahasa Melayu
Genre: Intelektual Sirah
ISBN: 9789672459293
Bil. Muka surat: 320 m/s
Format: Paperback
Harga: RM35.00
Berat: 0.45 kg

Sinopsis:

Kita selalu disajikan dengan kisah hidup Nabi SAW yang penuh keajaiban dan mukjizat. Namun, ia sering kali membuatkan sirah yang dibaca semakin jauh daripada realiti hidup kita yang tidak sempurna.

Bagaimana jika kita berkenalan semula dengan Baginda SAW sebagai seorang manusia?

Andai diteroka sedalamnya, apa yang kita lalui sehari-hari mempunyai persamaan dengan apa yang dilalui oleh Nabi SAW.

Baginda SAW juga melalui kehidupan yang sarat dengan ujian; 
Baginda SAW juga berasa sedih, takut, gementar dan risau; 
Baginda SAW juga terbuat silap, sehingga ditegur Allah SWT.
Baginda SAW insan maksum, namun turut memiliki fitrah semula jadi seperti kita.

 

Melalui buku ini, Khubaib Akhi merungkai sisi manusiawi Nabi SAW yang selalunya tersembunyi. Ia bukanlah untuk meremehkan Baginda SAW, sebaliknya untuk menambah keakraban dan kecintaan kita terhadap Baginda SAW, lalu meneladaninya dalam segenap aspek kehidupan.

Profil Penulis 

Khubaib Akhi merupakan Pengasas Seerah Daily, sebuah platform perkongsian Sirah Nabi dan Sejarah Islam. Seorang lulusan Sarjana Muda Fiqh & Usul Fiqh dan Sarjana Sejarah Islam, beliau aktif sebagai advokator penghayatan Sirah kontemporari. Nabi ﷺ Juga Seorang Manusia merupakan buku debut beliau bersama IMAN Publication.

Table Of Content

  1. Nabi SAW Juga Seorang Manusia
  2. Nabi SAW Sebaik-Baik Manusia
  3. Manusiawinya Pertabalan Manusia
  4. Nabi SAW Juga Diuji
  5. Nabi SAW Juga Bersedih
  6. Nabi SAW Juga Tersilap
  7. Nabi SAW Juga Tercari-Cari Dan Tak Pasti
  8. Nabi SAW Juga Berkeluarga Dan Bermasyarakat
  9. Nabi SAW Juga Sakit Dan Wafat
  10. Kita Juga Manusia

Customer Reviews

Based on 17 reviews
94%
(16)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
6%
(1)
J
Journalinghafirah (Instagram)
Nabi ﷺ Juga Seorang Manusia

NABI SAW JUGA SEORANG MANUSIA
Penulis Khubaib Akhi
Penerbit Iman Publication, 2021

Sepanjang November, saya hanya sempat membaca dua buah buku sahaja dan buku ini merupakan salah satu daripadanya.

Hambatan tugasan sebagai guru dan diuji pula dengan ujian Covid-19 membuatkan buku ini begitu dekat dengan diri.

Buku ini tidak seperti buku sirah Nabawiyyah biasa yg kita baca dan tekuni. Penulis berjaya mengadunnya dengan pelbagai rasa dan emosi kala meneliti setiap kisah peribadi Nabi SAW dan membuatkan kita merasa begitu dekat sekali dengan baginda SAW.

Sunnah Nabi bukan hanya ada dalam pelbagai perkara fekah dan ibadah, tetapi sunnah nabi itu tetap ada meskipun kita berdepan dengan pelbagai gejolak rasa sebagai manusia. Menelusuri kehidupan Nabi sebagai manusia, kita menemukan sesosok uswah hasanah. Kehidupan nabi memberi kita pedoman bagaimana berdepan dan menangani rasa sedih ketika diuji dan ditimpa musibah, sakit, tersilap dalam membuat keputusan, tercari-cari dan tidak pasti serta ketika kita berdepan dengan masalah dalam perhubungan kekeluargaan dan bermasyarakat.

Begitulah Muhammad SAW, bukan sosok dewa yang punya kuasa luar biasa, bukan jua manusia yang 100% seperti manusia biasa.

Baginda SAW uswah hasanah yang seluruh hidupnya menjadi aspirasi, sekaligus membantu kita menyelesaikan masalah dan cabaran yang sedang kita lalui.

F
Faramusa (Instagram)
Nabi ﷺ Juga Seorang Manusia

Kita selalu disajikan dengan kisah hidup Nabi SAW yg penuh keajaiban dan mukjizat. Sehingga akhirnya kita menganggap Nabi Muhammad SAW sebagai adiwira yg mempunyai kuasa-kuasa mistik, baginda menjalani hayat yg penuh dgn keindahan, serta segala dalam kehidupan baginda terlihat beres dan “perfect”.

Sering kali sirah yg dibaca membuatkan kita semakin jauh daripada realiti hidup kita yg serba-serbi tidak sempurna ini. Hasilnya, yg subur daripada sunnah seorang Nabi SAW dalam kehidupan kebanyakan dari kita hanyalah berunsur fizikal dan luaran semata-mata seperti : ciri biologi, cara berpakaian, cara berjalan, makanan-makanan “sunnah”, perubatan “sunnah” dan sebagainya.

Inilah krisis terbesar kita pada akhir zaman; Rasulullah SAW terasa jauh daripada capaian dan hanya menjadi kenangan dalam catatan sejarah, biografi, serta sebut-sebutan dalam selawat dan zikir harian kita.

Kita terlupa untuk bersetuju dgn fakta yg paling nyata —bahawa Nabi SAW juga ialah manusia. Nabi SAW juga melalui kehidupan yg sarat ujian. Nabi SAW juga berasa sedih, takut, gementar dan risau. Nabi SAW juga terbuat silap, sehingga ditegur Allah. Baginda SAW insan maksum, tapi turut memiliki fitrah semula jadi seperti kita.

Melalui buku ini, penulis merungkai sisi manusiawi Nabi SAW yg selalunya tersembunyi. Tentang bagaimana baginda menyikapi ujian hidup yg mendatangi, apakah respons baginda terhadap emosi, pemikiran dan peristiwa negatif, bagaimana cara baginda bertumbuh dari kesilapan yg dilakukan dan sebagainya. Kita akan temui kisah baginda teruji, bersedih, tersilap, mengalami masalah dan cabaran perhubungan, bahkan baginda sakit lalu akhirnya wafat meninggalkan kita.

Sebuah penulisan yg memanusiakan Nabi SAW, sebagai aspirasi untuk pembaca berpindah daripada semata-mata puja dan puji terhadap baginda kepada meneladani kehidupannya. Lebih menguntungkan, semua itu dapat membantu kita menyelesaikan cabaran dan masalah yg sedang dilalui.

Ketahuilah, di celahan dugaan dan ujian yg datang saban hari ini, kita ada Nabi SAW di sisi yg membantu menguatkan kita sehingga ke penghujung perjalanan. (selagi mana kita mahu belajar dan mengambil ibrah dari sirah manusiawi Muhammad SAW)🤍🥺

Q
Qmrna (Instagram)
Nabi ﷺ Juga Seorang Manusia

Buku ini menceritakan segala lompong yang saya terlepas ketika mempelajari sirah baginda SAW. Dalam ketika menegakkan yang mana sunnah baginda yang mana tidak, kita terlupa -- satu sisi kehidupan baginda, yang jarang kita menelusuri seterusnya menghayati dan mengambil pengajaran daripadanya iaitu:
1. Ketika terujinya Nabi
2. Ketika Nabi bersedih
3. Ketika Nabi tersilap dan sunnahnya
4. Ketika Nabi mengurus masalah perhubungan
5. Ketika Nabi sakit dan berada di hujung kehidupannya
☁️ Maka buku ini mengajar dan mengingatkan kita kembali sisi-sisi kehidupan yang kita jarang singkap, untuk kita aplikasikan sunnah baginda dalam kehidupan kita.
☁️ Keistimewaan buku ini ialah penulis berjaya menitipkan beberapa pengajaran yang penting dalam hadith-hadith yang mungkin kita selalu dengar, namun kurang penghayatan atau kefahamannya. Di samping itu, saya suka cara penulis mengaitkan apa yang berlaku pada zaman pandemik, yang kita manusia hadapi, juga pernah dihadapi oleh baginda SAW.
☁️ Apa yang para pembaca dapat jika membaca buku ini? Saya kira, pembaca bakal dapat sama-sama merasai emosi baginda dalam lima poin yang saya sebutkan tadi. Penulis pandai menyusun bait kata, bahasanya berjiwa rakyat, indah namun senang untuk difahami. P/s: sejujurnya beberapa kali sesi air mata berlinangan ketika saya membaca buku ini.
☁️ Saya teringat kata-kata ustaz Hasrizal berkenaan kenapa Baginda SAW diberi gelaran uswatun hasanah kenapa tidak sebagai idola? Ini adalah kerana uswatun ini membawa maksud yang besar dan indah. Berasal daripada perkataan التّأَسِي At-Ta'asi yang bermaksud contoh/sesuatu yang memberikan kekuatan. Maka sepadanlah dengan objektif ini yang mahu kita melihat sisi manusiawi baginda, supaya menjadi bekalan untuk kita harungi perjuangan hidup.
☁️ Satu pesanan daripada penulis yang paling mengesani jiwa, seluruh hayat baginda adalah pelajaran buat kita. Bukan dari segi sunnah fiqah ibadat mahupun perang sahaja, segala yang baginda rasai, masalah peribadi dsb adalah sesuatu yang kita patut terokai dalam hayat baginda SAW.

4 Reviews
Nabi ﷺ Juga Seorang Manusia by Khubaib Akhi
You have successfully subscribed!
This email has been registered