-14%
Zoom the image with mouse

Kombo Dekat Dengan-Nya

440 In stock
RM60.00 RM70.00
customers are viewing this product

      Dapatkan kombo ini dengan hanya RM60, jimat RM10 daripada harga asal!

      Kombo Dekat Dengan-Nya ini mengandungi buku;

  1. 30 Doa Daripada Al-Quran & Hadis Saat Hampir Berputus Asa oleh Fakhri Fadzli - 

    30 doa tentang keterdesakan dan bagaimana keterdesakan menjadi asbab dimakbulkan doa.

  2. 100 Amalan Nabi Dalam Sehari: Andai Rasulullah Bersama Kita oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman -

    100 sunnah Rasulullah dalam masa sehari yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita untuk membawa kita kembali dekat dengan Allah SWT. 


    **

    30 Doa Daripada Al-Quran & Hadis Saat Hampir Berputus Asa oleh Fakhri Fadzli

    Saat Nabi Ayub AS mengangkat tangan berdoa, baginda telah kehilangan segala-galanya.

    Saat Nabi Yunus AS merintih kepada Tuhan, baginda sedang terperangkap dalam kegelapan.

    Saat Nabi Musa AS memohon pertolongan-Nya, baginda diselubungi rasa resah dan gelisah.

    Namun, setiap kali mereka berdoa, doa mereka dimakbulkan—cepat atau lambat, pasti adajawapan daripada-Nya.

    Apa rahsia doa para anbia sehingga diperkenankan oleh Allah SWT? Adakah melalui caramereka berdoa? Dan andai kita berdoa seperti mana mereka, mungkinkah doa kita juga akan diterima?

    Dalam buku ini, penulis menelusuri 30 doa terpilih daripada al-Quran dan hadis, mengungkap kisah di sebalik setiap doa serta keikhlasan para anbia saat mereka merintih kepada Allah SWT.

    Melalui huraian yang penuh makna, kita akan belajar bahawa doa bukan sekadar lafaz kata,tetapi luahan hati yang tulus pada saat keterdesakan. Dan ketika hampir berputus asa, semoga kita dapat berdoa dengan penuh pengharapan—seperti yang ditunjukkan oleh mereka yang paling dekat dengan Tuhan

          **

          100 Amalan Nabi Dalam Sehari: Andai Rasulullah Bersama Kita oleh Ustaz Dr.               Zaharuddin Abd Rahman

            Bayangkan andai Rasulullah ﷺ ada bersama kita hari ini. Bagaimanakah jika                        baginda melihat amalan kita? Adakah baginda akan tersenyum, atau mungkinkah                baginda akan bersedih?

            Kita inginkan syurga dan syafaat baginda tetapi sejauh manakah kita  berusaha                    untuk mengikuti sunnah baginda? Bagaimana pula dapat kita contohi baginda di                tengah hiruk-pikuk dunia moden yang serba pantas dan mencabar ini?

            Dalam kesibukan dan kekalutan kehidupan harian, kita seringrasa hilang arah. Hati              terasa penat, fikiran kusut, dan jiwa seakan kosong. Kita tahu hidup ini perlukan                  lebih daripada sekadar rutin. Kita dambakan ketenangan, kedekatan dengan                        Tuhan, dan makna sebenar dalam setiap langkah yang kita ambil. Tetapi,                              bagaimana untuk bermula?

            Buku 100 Amalan Nabi Dalam Sehari hasil karya Ustaz Dr. Zaharuddin Abd                            Rahman hadir membawa kita kembali kepada sunnah Rasulullah ﷺ sebagai                          panduan hidup yang menyeluruh. Setiap amalan yang dihimpunkan bukan sekadar              ibadah, tetapi cara hidup yang dipenuhi rahmat dan hikmah, dari pagi yang penuh              keberkatan sehingga malam yang mendamaikan jiwa.

            Dengan bahasa yang mudah difahami dan pendekatan yang praktikal, buku ini                    membawa kita menelusuri satu demi satu amalan harian Nabi ﷺ agar kita dapat                  mulakan hari dengan sunnah, dan mengakhirinya dengan keberkatan.

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Customer Review
Kombo Dekat Dengan-Nya
You have successfully subscribed!
This email has been registered