-11%
Zoom the image with mouse

Kombo Adik Beradik Gaza

128 In stock
RM32.00 RM36.00
customers are viewing this product

Kombo Adik Beradik Gaza mengandungi komik:

  1. Adik-beradik Gaza: Si Kecil Hebron Seorang Hero?
  2. Adik-beradik Gaza: Resipi Istimewa Ramallah Dicuri!
  3. Adik-beradik Gaza: Misteri Kebun Strawberi Baysan

Sinopsis

Adik-beradik Gaza: Si Kecil Hebron Seorang Hero?

Hebron selalu dibuli disebabkan tubuh badannya yang kecil dan lemah. Apabila tiba waktu dia perlu masuk ke sekolah, sifat pemalu dan pendiam menjadikan Hebron sunyi tanpa kawan.

Suatu hari, Yara menyelamatkan Hebron daripada pembuli. Namun, perkara itu telah meletakkan Yara dalam keadaan bahaya!

 

Mampukah Hebron menyelamatkan sahabat barunya?

***

Adik-beradik Gaza: Resipi Istimewa Ramallah Dicuri!

“Kau curi resipi keluarga kami!”  

 “Haha! Jika mahukan balik, kita bertanding untuk tengok siapa yang lebih hebat!” 

Mampukah Ramallah memenangi kembali resipi turun-temurun keluarganya?

***

Adik-beradik Gaza: Misteri Kebun Strawberi Baysan

“Strawberi kamu tu memang manis. Tak pernah lagi mak cik rasa strawberi semanis ni.” 

Pujian demi pujian yang diterima terhadap buah merah yang menjadi kegilaan orang kampung membuatkan Baysan gembira. Apatah lagi apabila ada yang menyuruh Baysan meluaskan lagi tempat buah strawberi manis itu dijual.

Namun, Baysan risau kerana tiada orang yang boleh membantunya di kebun. Hendak minta bantuan Nazareth? Harapkan tampan dan pandai menari sahaja, namun takut pada serangga dan ulat!

 

Mampukah Nazareth sebagai abang mengatasi rasa takutnya demi membantu Baysan dan menyelamatkan keadaan, sekali gus menyelesaikan misteri yang melanda kebun tersebut?

***

Dapatkan sekarang Kombo Adik-Beradik Gaza dengan harga promosi RM32.00 sahaja sepanjang Pesta Buku IMAN bermula 1 Julai - 31 Julai 2024. Jimat RM4.00 dengan setiap pembelian kombo hari ini!

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Kombo Adik Beradik Gaza
You have successfully subscribed!
This email has been registered