Kombo Luka & Tawa
Dapatkan Kombo ini dengan hanya RM 90 dan jimat RM 15 daripada harga asal!
Istimewa buat pembeli kombo ini, anda akan dapat:
- Bila Cinta Dikhianati Keluarga by Alia Husna
- Operasi Memikat Hati Bakal Mentua by Aman Wan
- Nasib Cikgu Sam Masuk Kampung by Aidil Ghazali
Sinopsis
Bila Cinta Dikhianati Keluarga by Alia Husna
"Kenapa bersungguh nak kerja? Bukan ke sepatutnya awak sambung belajar?”
"Ada kena mengena dengan awak ke?"
Elina Sofea dahulunya seorang yang sangat bersemangat dan ceria. Namun kini, hidupnya hanya untuk bertahan. Sejak ayahnya dituduh pecah amanah, kehidupan keluarga Elina sekelip mata berubah. Dia yang perlu bekerja untuk menyara keluarga, terpaksa sembunyikan wajah agar tidak dikenali sesiapa.
Pertemuan semula dengan rakan lamanya, Alan, membuka kembali luka lama yang belum sembuh. Lelaki itu mengenalinya sebelum segalanya hancur. Dan kini, setelah nama keluarganya tercemar, dia muncul kembali.
“Dalam hidup ini, orang yang kita sayang boleh hancurkan jiwa kita.”
“Awak tak rasa ke awak terlalu skeptikal?"
Semakin Elina menjauh, semakin Alan cuba mendekat — membawa kenangan, harapan, dan perasaan yang Elina sendiri takut untuk namakan. Namun ketika Elina mula membuka hati, ada rahsia terungkap dan mengujinya sekali lagi.
Saat kepercayaan diduga berkali-kali, adakah kasih mampu memenangkan, atau masa lalu akan kekal merampas segalanya?
Operasi Memikat Hati Bakal Mentua by Aman Wan
“Kau ni dah kenapa? Sanitise parcel ke sembur jin? Kalau orang hantar ikan kering, silap-silap boleh hidup balik ikan kena spray macam tu.”
“Prevention is better than cure!”
Pantang Hayyan jumpa Deena, mesti perang mulut. Tetapi demi Deena, hari-hari pun dia sanggup turun naik tangga asrama jururawat itu. Setelah setahun lebih jadi “abang kurier”, akhirnya hidup Hayyan yang sunyi mula rasa terisi.
Namun dia takut dan malu. Macam mana kalau Deena tak suka dia pun?
Suatu hari, Deena nyatakan hasrat untuk carikan housemate buat ayahnya sementara mencari rumah sewa baharu. Setelah kematian emak, ayah Deena duduk sendiri saja di kampung.
“Mungkin ini jalan yang Tuhan nak bagi untuk aku,” fikir Hayyan.
Hayyan tanpa lengah terus bersetuju kerana inilah satu-satunya peluang memikat Deena – bukan, memikat bakal mentua!
Cuma, sehari dua, dia boleh lagi tahan. Lama-kelamaan, sikap Pak Daus yang degil dan perongos itu makin menjengkelkan.
Mampukah Hayyan bertahan dengan Pak Daus supaya terbuka menerimanya? Atau mungkinkah susunan takdir berbeza untuk Hayyan dan Deena akhirnya?
Nasib Cikgu Sam Masuk Kampung by Aidil Ghazali
“Se’tut?”
“Eh, saya tak kentut!” balas Sam.
“Se’tut tu maksudnya sedap.”
Habis Sam digelakkan beramai-ramai.
Semenjak bertugas di Pos Besau, berkali-kali dia ditertawakan gara-gara gagal memahami bahasa Semai. Semuanya haru-biru untuk Cikgu Sam; sudahlah seorang anak bandar, lurus bendul pula orangnya.
Air matanya nyaris tumpah mengenangkan pancaroba pada hari pertama; tayar bocor, rantai motosikal putus, jatuh tergolek kerana terlanggar lubang, brek tercabut, tersalah jalan dan macam-macam lagilah.
Niat Sam sebenarnya begitu tulus dan murni; dia datang untuk mengajar. Namun minggu pertama masuk ke kelas, Sam sudah sakit kepala menghadap perangai anak-anak murid yang aneh.
"Cikgu, cikgu dah ketegur dengan nyanik. Hantu! Satu sekolah dah tahu."
"Hesy, sabar sajalah cikgu dengan kamu ni!"
Baru sahaja dia membiasakan diri, tiba-tiba Kampung Pos Besau gempar akibat kes kehilangan duit secara misteri. Lebih parah lagi, suspeknya adalah anak murid Cikgu Sam sendiri.
Adakah Cikgu Sam dapat menyelesaikan misteri kecurian tersebut, sekali gus menjadi pendidik yang dia bayangkan?
1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.
2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.
3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.
4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.
Polisi Penghantaran:
1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).
2. Untuk item pra tempah seperti Box Set T Planner 2026, T Planner 2026, Tear-Off Calendar dan Book Badge akan mula dihantar bermula 5 Disember hingga 31 Disember 2025 secara berperingkat.
3. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.
4. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.
5. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group
Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel
1. Sebarang aduan seperti berikut:
i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce
Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.
Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.
2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.
3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.
PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.