Fatwa Imam Al-Nawawi by Imam Al-Nawawi

- Membahaskan dengan ringkas lebih 300 isu berkaitan fiqh Syafie yang merangkumi perbahasan bersuci, solat, puasa, jual beli, nikah dan sebagainya .
- Terdapat juga perbahasan tentang tafsir, hadis, masalah-masalah usul dan tasawuf pada beberapa bab yang terakhir.
- Terjemahan ke dalam bahasa Melayu dengan gaya bahasa yang tidak mengubah makna asal.
- Sesuai dijadikan bahan rujukan fiqh syafie serta silibus pembelajaran di institusi pendidikan atau masjid-masjid.
Fatwa ini menjadi rujukan dan santapan mereka yang dahagakan ilmu dalam beramal. Kitab ini juga disusun oleh anak murid beliau sendiri, iaitu Ibn al-Atthar yang menunaikan baktinya buat gurunya sebagai janji setia kebaktian demi meneruskan jariah ilmu yang berkekalan.
Edisi terjemahan bahasa Melayu ini cuba untuk mendekatkan masyarakat kepada satu seni penulisan fatwa yang malar segar dan dipersembahkan sedaya upaya dengan bahasa yang lebih mudah untuk dihadam kefahamannya.