Zoom the image with mouse

Erti Beragama Yang Hilang By Hasrizal Abdul Jamil

22 In stock
RM35.00
customers are viewing this product

Paperback, 313 muka surat 
Genre: Self-Help
Bahasa: Melayu

Jika beragama itu baik, mengapa ada orang beragama yang berperangai sebaliknya?

Ada yang melazimi ibadah, tetapi suka menzalimi dan menindas orang lain.

Ada yang rajin membaca al-Quran, tetapi menerima rasuah dan saling bermusuh apabila tidak sefahaman.

***

Tidak dapat dinafikan, kehidupan dan tingkah laku seseorang banyak didorong oleh kefahamannya terhadap agama. Jika benar kefahaman tersebut, maka akan benarlah juga kehidupan dan tingkah lakunya.

Andai kita memperbaiki cara kita memahami agama, kita ibarat memperelok kehidupan kita secara seluruhnya.

Melalui buku Erti Beragama Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil menjelaskan sudut-sudut agama yang sering dilupakan dan disalahfahami.

Antaranya perkaitan akidah dan ibadah dengan kehidupan, acuan akhlak, juga isu perhubungan sesama manusia, agar kita dapat melalui kehidupan di dunia dengan baik sekali gus mengecapi kenikmatan hidup yang abadi di akhirat kelak.

Table Of Content

  1. PENDAHULUAN: ERTI BERAGAMA YANG HILANG 
  2. MENJADI MUSLIM YANG PATUH 
  3. MEMAKNAI AKIDAH SEBAGAI SEORANG MUSLIM 
  4. MEMAKNAI IBADAH SEBAGAI SEORANG MUSLIM 
  5. MEMAKNAI AKHLAK SEBAGAI SEORANG MUSLIM 
  6. MEMAKNAI SEBUAH KELUARGA MUSLIM 
  7. MEYAKINI MASA DEPAN UNTUK ISLAM 
  8. PENUTUP: MENGAWAL DIRI 

Related search: erti agama yang hilang, seni beragama yang hilang, ramadan, ramadhan

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Customer Review

Customer Reviews

Based on 24 reviews
67%
(16)
33%
(8)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Najihah Hassan (goodreads)

Alfadhil Ustaz Hasrizal memberi nafas baru kepada buku Apa Erti Saya Menganut Islam tulisan Almarhum Syeikh Fathi Yakan. Buku Almarhum sangatlah terkenal dan sehingga ke hari ini menjadi bahan bacaan wajib dalam mana-mana jemaah Islam dan usrah di negara kita.

Saya berpandangan bahawa buku Erti Beragama Yang Hilang(2021) ini bukanlah sekuel atau prekuel kepada buku Seni Berfikir Yang Hilang(2020). Akan tetapi, kedua-dua buku ini jelas berhubung kait soal Syariatullah (Syariat Allah/wahyu) dan Sunnatullah (hukum alam). Terima kasih Ustaz untuk analogi yang mudah saya fahami, contoh dan huraian yg jelas.

A
Ainil Farhan

Sebelum ini saya pernah terfikir, boleh atau tidak kita bertanya soalan-soalan tertentu terutamanya yang berkaitan dengan agama. Ada yang berkata ‘’sudah dikatakan sebegitu, ikuta sahajalah, tak perlu persoalkan lagi.’’ Tapi saya cuma mahu kefahaman.

Dalam bidang sains, lebih terbuka untuk bertanya kerana melibatkan banyak penyelidikan. Tetapi bila timbul terlalu banyak persoalan, sampai manakah kita perlu persoalkan? Adakah semua persoalan itu memerlukan jawapan?

Dalam buku ini saya jumpa jawapannya.

‘Islam tidak larang kita bertanya. Islam mendisiplinkan proses pertanyaan itu.’

‘Bebaskan diri untuk bertanya, tetapi pandulah kebebasan itu dengan meletakkan tujuan yang jelas.’

N
Nida (goodreads)

“Bebaskan diri untuk bertanya, tetapi pandulah kebebasan itu dengan meletakkan tujuan yang jelas”
“bertanya dengan niat mencari kefahaman terhadap iman kita kepada Allah SWT”
Setiap pekerjaan , perbuatan kita haruslah berlandaskan syari’atullah dan sunatullah. Memang banyak perkara yang dilakukan kerana hanya mengikut cara orang tua kita. Sesuai kita kaji supaya agama itu bukan hanya sebab kita dilahirkan didalamnya, tetapi kita kerana ianya pilihan kita juga. Di zaman yang serba mencabar ini, wajar kita tahu pegangan ini dengan lebih mendalam supaya dapat menjawap persoalan dari kaum2 yang berlainan agama.
Saya juga yakin Islam dan sains memang tidak dapat dipisahkan. Rata2, majoriti kejadian alam adalah menunjukkan kebesaran Tuhan dan sains menerangkan terjadinya sesuatu itu. Namun, tiba juga di suatu persimpangan apabila sains tidak dapat lagi menerangkan apa dan bagaimana sesuatu boleh berlaku. Stephen Hawking pun tidak dapat menerangkan apa ada sebelum the Big Bang. Sains adalah antara subjek terindah bagi mengenal God’s great works terutamanya wujudnya sistem cakerawala penuh dengan planet2 dan berbilion galaksi di luar sana. Memang ingin sangat tahu kenapa agaknya Allah mewujudkan semua itu untuk tatapan umatNya. Sudah tentu sebab utama supaya kita mengaku wujudnya Pencipta utama dan kita menyembah kepadaNya. Mungkinkah semua itu diwujudkan agar manusia; suatu hari nanti dapat meneroka sehingga ke penghujungnya? Mungkinkah semua itu boleh dicapai sebelum Kiamat? Apa pun, segala pertanyaan tentang kewujudan ini perlu berasaskan keimanan kita terhadap Allah SWT.

Erti Beragama Yang Hilang By Hasrizal Abdul Jamil
You have successfully subscribed!
This email has been registered