Berdamai Dengan Ketidakpastian by Imran Zaki

112 In stock
RM27.20 RM32.00
Terms & conditions
customers are viewing this product
Penulis: Imran Zaki
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2023
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459644
Bil. Muka surat: 255m/s
Format: Paperback
Harga: RM32.00
Berat: 0.4kg


Sinopsis

“Ah, tertekan betul tengok kehidupan orang lain!”
“Sampai bila aku nak hidup seorang diri macam ni?”
“Mampu ke aku survive dengan gaji ni sampai hujung bulan nanti?”

Ada antara kita pasti pernah dihambat rasa tidak tenang melampau akibat kerisauan dan ketakutan terhadap hal-hal yang tidak pasti.

Segala persoalan yang muncul dalam hidup, tidak kiralah tentang masa lalu ataupun masa hadapan, semuanya seperti tidak berpenghujung.

Akhirnya, kita hilang harapan.

Hakikatnya, tiada siapa yang tahu apa akan berlaku dalam hidup mereka.

Laksana Yusuf AS tertanya-tanya tentang nasibnya yang bersendirian.
Persis Maryam berhadapan tanggapan masyarakat yang mudah mengata.
Bagai Musa AS meragui kemampuan dan kebolehan dirinya yang masih muda.

Melalui buku ini, Imran Zaki menampilkan kisah-kisah al-Quran sebagai pedoman dalam usaha menghadapi ketidaktentuan dalam kehidupan. Setiap rasa yang dilalui dikupas penuh empati dengan sulaman solusi al-Quran secara halus dan berhati-hati.

Istimewa buat 1000 pembeli terawal, anda bakal menerima percuma Ebook Perasaan Itu Rahmat!


"Allah SWT mempunyai segala sifat yang sempurna dan tidak akan pernah mengecewakan sesiapa pun . Allah SWT itulah al - Wakil, yang Maha Mewakili dan Pemelihara - yang paling dipercayai untuk kita serahkan apa sahaja."


Buku ini kepada siapa?

Buku "Berdamai dengan Ketidakpastian" oleh Imran Zaki adalah karya bantu diri dan pembangunan peribadi yang bertujuan memberi inspirasi kepada pembaca untuk mencari ketenangan dan kepuasan dalam dunia yang tidak menentu seperti:

  • Golongan muda dan dewasa yang sedang melayari tempoh peralihan dalam hidup mereka, seperti memulakan pekerjaan baharu, berpindah ke bandar baharu atau menamatkan perhubungan.
  • Individu yang bergelut dengan kebimbangan, tekanan atau ketidakpastian dalam kehidupan peribadi atau profesional mereka dan sedang mencari panduan tentang cara mengurus cabaran ini.
  • Pembaca yang berminat dalam kesusasteraan bantu diri dan pembangunan peribadi dan mencari nasihat dan pandangan praktikal tentang cara memupuk kedamaian dan kebahagiaan dalaman.

Highlights
  • Menerima ketidakpastian: Penulis berpendapat bahawa cuba mengawal setiap aspek kehidupan kita boleh membawa kepada kebimbangan dan tekanan, dan pembelajaran untuk melepaskan keperluan kita untuk kepastian boleh membawa kepada kedamaian dan kebahagiaan yang lebih besar.

  • Memupuk kedamaian dalaman: Buku ini menawarkan nasihat dan strategi praktikal untuk memupuk kedamaian dalaman dan ketenangan dalam menghadapi ketidakpastian. Penulis menekankan kepentingan kesedaran, meditasi, dan muhasabah diri sebagai alat untuk menguruskan tekanan dan kebimbangan.

  • Mengatasi ketakutan: Buku membimbing kita untuk mengatasi ketakutan dalam mengejar matlamat dan impian kita. Penulis menawarkan nasihat praktikal tentang cara mengenal pasti dan mengatasi kepercayaan yang mengehadkan dan corak pemikiran negatif yang boleh menahan kita.

  • Pertumbuhan dan perkembangan peribadi: Dalam buku ini, pengarang menekankan kepentingan pertumbuhan dan perkembangan peribadi sebagai cara mencari kepuasan dan tujuan dalam hidup. Membantu kita dalam menetapkan matlamat, membangunkan tabiat positif dan memupuk minda pertumbuhan untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan.

  • Kisah inspirasi: Kisah-kisah yang dicoretkan menjadi sumber inspirasi kepada individu yang telah mengatasi kesukaran dan menemui kedamaian dan kebahagiaan dalam hidup mereka.

Customer Reviews

Based on 12 reviews
100%
(12)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Nur Suhada
Begitu berharga nilai perasaan sehingga Nabi saw menyebutkan, perasaan ialah rahmat

Saya pasti kita punya jalur emosi yang sama, meski 'struggle' kita berbeza. Resah, takut, keliru dan kecewa. Tapi, sejauh mana kita bergantung pada الله?

"...berserah dirilah kepada الله,
maka الله akan menolong dan menyelamatkan."
(At-Talaq: 3)

Buku ini menuntun kita mencari cara bergantung pada-Nya, tanpa menafikan perasaan yang ada. Kita berserah diri, usaha dan doa, namun tetaplah kita insan yang lemah dalam soal hati dan perasaan, kenangan dan pengalaman.

Kata penulis, apa saja yang kita ada, yang sudah kita lalui dan apa yang bakal kita lewati adalah mata' (متع) - nikmat kesenangan, seperti yang digambarkan dalam surah ash-Shura ayat 36.

Pertemuan, perpisahan, kebimbangan, ketidaktahuan, juga apa yang kita sesali dan takuti adalah mata' (متع) - nikmat yang membina kematangan. Kita menjadi mata'a al-rajul, seorang yang mendewasa dan menjadi halus budi pekertinya. Kita bertumbuh menjadi lebih baik dan menenangkan.

Pasti, الله takkan sia-siakan sabar kita, penat kita, rasa takut kita. Untuk hari kedepan, semuanya telah diatur oleh Tuhan.

H
Hana
Tidak mudah untuk memaafkan perbuatan jahat dan khianat orang terhadap kita

Setiap manusia pasti tidak terlepas daripada perasaan bimbang, risau, kecewa dan gelisah terhadap sesuatu yang tidak pasti. Kadang kala kita juga takut akan persepsi dan tanggapan manusia terhadap kita. Perasaan risau dengan masa depan juga menyebabkan kita tidak tenang dan selalu resah.

Buku ini memujuk kita untuk memahami emosi dan perasaan kita sebagai manusia. Setiap perasaan itu berharga dan mempunyai nilai. Bayangkan, tanpa emosi dan perasaan dalam hidup kita, adakah kita mampu untuk melangsungkan kehidupan? Jawapannya pasti sukar, hal ini kerana rasa takut dan bimbang sebenarnya menyelamatkan kita daripada bahaya. Perasaan sebeginilah yang patut kita hargai dan terima agar kita sentiasa sedar banyak perkara yang kita tidak boleh kawal.

Membaca buku ini juga menyedarkan saya bahawa Nabi dan rasul juga bergelut dengan ketidaktahuan dan ketidakpastian. Kisah Maryam A.S yang mengandung tanpa berkahwin menyebabkan Maryam berasa keliru dan takut dengan perkara yang bakal dihadapinya. Kisah Nabi Yusuf A.S yang berjumpa semula dengan abang-abangnya yang membuang baginda dalam perigi buta kerana cemburu mengajar kita untuk mengawal emosi dengan baik.

Tidak mudah untuk memaafkan perbuatan jahat dan khianat orang terhadap kita, namun dengan sifat sabar dan percaya akan Allahlah yang mengubati kekecewaan kita.

n
neesreads
Tiada yang dapat menandingi Allah swt termasuklah rasa ketidakpastiaan yang kita alami

Segala perasaan kita harini semuanya boleh kita dapati melalui kisah-kisah di dalam al-Quran. Buku ini merungkai peristiwa di dalam al-Quran yang melibatkan rasa takut serta refleksinya untuk kita gunakan sebagai kekuatan bagi menghadapi kehidupan masa kini. Melalui kisah-kisah itulah kita dapati bahawa rasa takut itu tidak pernah dikritik, diabaikan malah ianya diraikan.

Ada sesetengah perkara tidak mampu kita kawal dan ada juga perkara yang sebenarnya perlu kita lepaskan. Langkah terakhir dan yang terbaik adalah menyerahkan pada yg Maha Kuasa.

Mengapa perlu terlalu memikirkan akan sesuatu yang belum pasti?

2 Reviews
Berdamai Dengan Ketidakpastian by Imran Zaki
You have successfully subscribed!
This email has been registered