
Ajari Aku Tentang Syurga by Khairul Ghazali
Penulis: Khairul Ghazali
Penerbit: Mustread
Tahun Terbit: 2018
Bahasa: Melayu
Genre: Spiritual
ISBN: 9789672038146
Ketebalan: 152
Format: Paperback
Jika seorang wanita pernah memiliki dua orang suami di dunia, suami yang mana yang akan menjadi suaminya di akhirat? Mengapa kebanyakan penghuni syurga terdiri daripada orang miskin? Hinakah menjadi orang kaya sehingga orang miskin didahulukan masuk ke syurga? Jika persoalan ini pernah menjentik minda kita namun tidak pula kita ketemu jawapannya, jelas ada sesuatu tentang syurga yang masih belum kita tahu.
Syurga itu destinasi impian setiap insan. Indahnya syurga itu, sehingga memikirkannya sahaja sudah membuatkan kita berebut mahu berbuat pahala. Seronoknya syurga itu, sehingga membayangkannya sahaja sudah menjadikan kita tunduk patuh kepada suruhan Tuhan . Apa yang penting, pilihan terletak di tangan kita. Kenali syurga dengan sebaik-baiknya, pasti kita akan teruja untuk menggapainya.
Alhamdulillah. Buku yang seronok dibaca dan mudah difahami. Baca bersama anak-anak. Mereka kelihatan seronok berimaginasi & kagum. 'Wow, bestnya syurga' 'Wow, seronoknya. Nak masuk syurga !'. Alhamdulillah. Semoga impian kami ke Syurga dipermudahkan.
Buku ni sangatt best sbb kita boleh tau details tentang suasana d syurga, bilangan pintu syurga, orang2 di syurga, adakah kita akan jumpa dgn pasangan kita nanti, dan jangan kita risau andai kita takde rezeki berjodoh di dunia sbb Allah janji kita akan ada pasangan di syurga andai kita masuk syurga-Nya. InsyaAllah. Buku ni sangat recommended sbb penggunaan bahasa dia ringkas, senang faham, dan yg penting tak meleret. Sesuai dijadikan bahan bacaan utk individu yg baru berjinak jinak membaca.