Zoom the image with mouse

Pendiam? By Aiman Amri & Aqila Masri

70 In stock
RM30.00
customers are viewing this product

Buku Pendiam? Aiman Amri

“Awak ni lone ranger ke?”
“Puan, anak puan di rumah memang senyap ya?”
“Dia tu pemalu orangnya…”
***

Biasanya, kita akan lihat ada dua jenis orang di sekeliling kita. Satu ialah Ekstrovert – yang tampil yakin bercakap, lebih terkehadapan, dan dikenali ramai orang. Satu lagi ialah Introvert – yang kelihatan pasif, pendiam, dan jarang-jarang mengikuti sebarang aktiviti sosial.

Adakah menjadi Ekstrovert lebih baik daripada Introvert? Benarkah Introvert perlu ubah diri menjadi lebih Ekstrovert agar lebih berjaya pada masa hadapan?

Hakikatnya, setiap orang daripada kita mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu dikenal pasti dan digilap potensinya.

‘Pendiam?’ menampilkan situasi biasa yang dilalui Introvert dalam masyarakat berserta kupasannya – agar personaliti ini lebih difahami dan dirai dengan kekuatan yang mereka ada.
Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Customer Review

Get your ebook version on Google Play.

Customer Reviews

Based on 25 reviews
96%
(24)
4%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
A
A.N.
Pendiam?

Tak sia-sia beli buku ni. Buku yang membuatkan saya lebih mengenali diri yang introvert ni. Jangan rasa rendah diri jika mempunyai personaliti introvert, sebab orang yang introvert ni pun mempunyai kelebihan yang tiada pada orang lain.

N
Nur Hamizah Mohd Radzi
Pendiam By Aiman Amri & Aqila Masri

Bila baca buku ni rasa related sangat sebab memang dari kecik pendiam dan tak berapa pandai bergaul. Kalau masa sekolah dulu, berkawan dengan si A, sampai hujung tahun la berkawan dengan si A. Kalau next year, tak sama kelas dengan si A, memang struggle nak cari kawan baru.

Yang best pasal buku ni adalah bila penulis cuba mengajak kita untuk kenal golongan introvert dan selitkan jugak tentang ambivert dan extrovert dan pada masa yang sama penulis tekankan yang kita perlu kenal each other untuk memahami dan cuba raikan perbezaan.

Buku ni so enjoyable. Gaya bahasa yang sangat santai dan senang faham. There is nothing wrong if you are an introvert. Just embrace it. Be the best version of yourself.

F
Farhana Jasman
Pendiam yang bising

Pendiam tetapi fikirannya bising dan sarat dengan idea. Cerita fiksyen yg dikaitkan dgn fakta seorang introvert. Sangat menarik

Pendiam? By Aiman Amri & Aqila Masri
You have successfully subscribed!
This email has been registered