Kombo Masa Bersama Mak + Taaruf + [PERCUMA] Card Game

132 In stock
RM63.00 RM70.00
customers are viewing this product

Kombo Masa Bersama Mak + Taaruf + [PERCUMA] Card Game

Dapatkan Kombo ini dengan hanya RM63. Jimat RM7 dari harga asal. 

Istimewa buat pembeli  Kombo, anda akan dapat:

  1. Soal Jodoh & Taaruf: Bagaimana Mencari & Menentukan Pasangan Hidup Yang Sekufu oleh Aiman Azlan
  2. Hari-hari Terindah Bersama Mak: Menghidupkan Momen Dengan Yang Tersayang Walau Tersepit Dalam Kesibukan Harian oleh Lynn Razif
  3. Card Game

**

1. Soal Jodoh & Taaruf: Bagaimana Mencari & Menentukan Pasangan Hidup Yang Sekufu oleh Aiman Azlan

Apabila bercakap tentang jodoh dan kahwin, pelbagai persoalan berlegar dalam kepala.

'Di mana aku nak cari orangnya?'

'Calon macam mana yang aku kena cari?'

'Serasi ke dia dengan aku? Macam tak ada benda yang sama pun.'

'Betul ke dia jodoh aku? Macam mana kalau akhirnya tak jadi?'

Setiap fasa – bermula daripada mencari, kepada berjumpa calon, dan akhirnya membuat persiapan untuk melalui hari pernikahan – dilalui dengan rasa risau terhadap perkara yang tidak pasti.

Perihal jodoh ini sebenarnya amat sulit. Pun begitu, kita tetap berfikir tentangnya – kerana kita semua ada keinginan untuk berpasangan. Cumanya, ramai antara kita tidak tahu hendak mula dari mana.

Menerusi Soal Jodoh & Taaruf, Aiman Azlan yang merupakan kaunselor perkahwinan dan seorang Taaruf Coach memperkenalkan 5 Fasa yang praktikal sebagai panduan menuju ke gerbang perkahwinan.

Buku ini dibawa dengan teliti dan jujur agar perjalanan istimewa dapat dilalui dengan lebih yakin dan tenang – di penghujungnya, semoga dijanjikan kebahagiaan sehingga usia tua.

***

“Kita harus melihat perjalanan mencari jodoh itu dengan lensa baharu – di mana berkahwin bukannya tentang sempurna, tetapi tentang sedar dan sedia.”

**

2. Hari-hari Terindah Bersama Mak: Menghidupkan Momen Dengan Yang Tersayang Walau Tersepit Dalam Kesibukan Harian oleh Lynn Razif

Yang pertama memeluk kita…

Yang terawal menenangkan esak tangis kita…

Yang terdahulu mengasihi kita walau belum lahir ke dunia…

Mak.

Sewaktu kecil, maklah 'dunia' yang tak sanggup kita tinggalkan.

Namun apabila ‘dewasa’ mengetuk pintu kehidupan, dengan penuh teruja kita melangkah keluar, meneroka dunia baharu sehingga terlupa pada tubuh mak yang setia menunggu kepulangan kita.

Mesej yang lambat dibalas. Panggilan yang tidak berjawab.

Masa-masa dengan mak selalunya hanya selepas segala komitmen lain didahulukan.

Sehinggalah suatu hari, terdetik dalam hati kita, “Sejak bila emak sudah banyak uban? Sejak bila langkahnya semakin perlahan?”

Menerusi karya sulungnya, Lynn Razif menukilkan cerita dan renungan peribadi tentang bagaimana menjadi dewasa itu merubah perhubungan antara seorang mak dan anak, sama ada sedar ataupun tidak.

Hari-hari Terindah Bersama Mak memujuk kita untuk berhenti sejenak untuk memandang mak yang mungkin tanpa sengaja telah kita abaikan, lalu kembali ke pangkuannya. Jika tiba hari dia tiada, moga hanya sedih berlabuh di hati, bukan penyesalan.

***

“Mak juga satu pinjaman yang harus dipulangkan apabila waktu tiba. Dan setiap waktu yang diberikan oleh Tuhan itu adalah kasih sayang-Nya kepada kita.”

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Customer Review

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
Kombo Masa Bersama Mak + Taaruf + [PERCUMA] Card Game
You have successfully subscribed!
This email has been registered