Kombo Gaya Hidup Nabi SAW
Dapatkan Kombo ini dengan hanya RM90 dan jimat RM25 daripada harga asal!
Istimewa buat pembeli Kombo Gaya Hidup Nabi SAW, anda akan dapat buku:
- - Kunci Solat Khusyuk: Hayati Makna Bacaan Dalam Solat by Muzuza
- - A Man Named Muhammad by Khubaib Akhi (Translated by: Ameen Misran)
-
- 100 Amalan Nabi Dalam Sehari: Andai Rasulullah Bersama Kita
***
1. Kunci Solat Khusyuk: Hayati Makna Bacaan Dalam Solat by Muzuza
'Setiap hari kita solat. Setiap rakaat kita baca doa dan surah. Tetapi kita tidak faham pun apa yang kita baca. Jadi, macam mana nak rasa dekat dengan Allah?'
Solat ialah anugerah daripada Allah SWT buat kita
Pada saat kita terluka, kepenatan atau putus asa, solat menawarkan kerehatan dan kelegaan. Pada saat kita bahagia, gembira dan aman, solat ibarat rakan yang mengingatkan kita akan hakikat kehidupan.
Ya, solat sentiasa ada bersama kita. Namun, mengapa solat sering kali terasa membebankan? Dan mengapa hati kita masih kosong seusai solat?
Melalui buku ini, Ustaz Muzuza mengupas makna di sebalik lafaz-lafaz yang kita ungkapkan semasa solat. Daripada takbiratul ihram hingga tahiyat, setiap kalimah disusun dengan sempurna — agar jiwa kita akhirnya terubat, dan diri kita dapat berehat.
Dengan memahami setiap bacaan, kita akan mempelajari bahawa Allah Maha Mendengar segala pujian dan permohonan kepada-Nya; dan solat, ialah ruang khas untuk 'meluah' kepada Allah SWT setulus hati.
***
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حَزَبَهُ أَمْرٌ صَلَّى
“Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila ditimpa dengan suatu ujian, Baginda akan mengerjakan solat.
***
2. A Man Named Muhammad by Khubaib Akhi (Translated by: Ameen Misran)
We often think of Prophet Muhammad as the man of miracles—the chosen one, divinely guided and set apart. And while that’s true, there’s another side to his story that feels much closer to our lives: the human side.
What if we saw the Prophet not only as a Messenger, but as a man who laughed, grieved, felt fear, and faced heartbreak? He knew sadness. He faced rejection. He went through struggles that many of us experience. And yes—even he was corrected by Allah SWT when he made mistakes.
This book invites you to rediscover the Prophet in the quiet, everyday parts of his life. When we see him as someone who walked through the same storms we face, we begin to feel closer, more connected, and more inspired to follow him; not just out of duty, but out of love.
Khubaib Akhi shares the side of the Prophet that’s often left untold—not to lessen his status, but to deepen our understanding. To see his humanity is to find new meaning in his example, and to follow him more sincerely, every day.
***
3. Bayangkan andai Rasulullah ﷺ ada bersama kita hari ini.
Bagaimanakah jika baginda melihat amalan kita? Adakah baginda akan tersenyum, atau mungkinkah baginda akan bersedih?
Kita inginkan syurga dan syafaat baginda tetapi sejauh manakah kita berusaha untuk mengikuti sunnah baginda?
Bagaimana pula dapat kita contohi baginda di tengah hiruk-pikuk dunia moden yang serba pantas dan mencabar ini?
Dalam kesibukan dan kekalutan kehidupan harian, kita sering rasa hilang arah. Hati terasa penat, fikiran kusut, dan jiwa seakan kosong. Kita tahu hidup ini perlukan lebih daripada sekadar rutin. Kita dambakan ketenangan, kedekatan dengan Tuhan, dan makna sebenar dalam setiap langkah yang kita ambil. Tetapi, bagaimana untuk bermula?
Buku 100 Amalan Nabi Dalam Sehari hasil karya Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman hadir membawa kita kembali kepada sunnah Rasulullah ﷺ sebagai panduan hidup yang menyeluruh. Setiap amalan yang dihimpunkan bukan sekadar ibadah, tetapi cara hidup yang dipenuhi rahmat dan hikmah, dari pagi yang penuh keberkatan sehingga malam yang mendamaikan jiwa.
Dengan bahasa yang mudah difahami dan pendekatan yang praktikal, buku ini membawa kita menelusuri satu demi satu amalan harian Nabi ﷺ agar kita dapat mulakan hari dengan sunnah, dan mengakhirinya dengan keberkatan.
1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.
2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.
3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.
4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.
Polisi Penghantaran:
1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).
2. Untuk item pra tempah seperti Box Set T Planner 2026, T Planner 2026, Tear-Off Calendar dan Book Badge akan mula dihantar bermula 5 Disember hingga 31 Disember 2025 secara berperingkat.
3. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.
4. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.
5. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group
Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel
1. Sebarang aduan seperti berikut:
i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce
Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.
Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.
2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.
3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.
PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.