FREE SHIPPING UNTUK PEMBELIAN RM200 KE ATAS ke semenanjung malaysia!
Kitab Pendahuluan Faraid: Penggal Yang Pertama - Iman Shoppe Bookstore
RM35.00

Akademi Jawi Malaysia

Kitab Pendahuluan Faraid: Penggal Yang Pertama

Kitāb ini juga ialah judul pertama dalam Siri Mu'āmalat Jāwī, yang mana siri ini menghimpunkan judul bahasa Jāwī yang membicarakan pengurusan harta pusaka, perniagaan dan perdagangan.

Kitāb Pendahuluan Farā'id: Penggal yng Pertama ini dikarang oleh al-Ḥāji 'Uthmān bin al-Ḥāji Muḥammad Sa'īd (lahir pada 1899) yang pernah berkhidmat sebagai guru, Ketua Pemeriksa Ḥāl-Ḥāl Agama Johor (1945) dan Pemeriksa Sekolah-Sekolah Agama Johor (1950-1954). 

Adapun keistimewaan terbitan ini ialah:
• Dipersembahkan dalam bentuk sō'al jāwab bagi kegunaan para pelajar sekolah-sekolah agama negeri Johor, justeru, adalah bermanfa'at sekali untuk diangkat kembali bagi kegunaan mashārakat kini bagi memahami dan mendalami 'ilmu farā'id. 
• Ma'nā bagi setiap kata kunci yang digunapakai dalam 'ilmu farā'id, mithālnya dhawī al-arḥām, ḥujub, 'aṣabah, 'awl dan sebagainya.
• Qā'idah kiraan berdasarkan kes-kes tertentu yang dipersembahkan dalam bentuk jadwal mudah.
• Naskhah aṣal dalam bahasa Jāwī dilampirkan 

Sale

Unavailable

Sold Out