-5%
Zoom the image with mouse

Sesegar Nailofar by Zaid Akhtar

18 In stock
RM30.40 RM32.00
customers are viewing this product

Sesegar Nailofar

 

Penulis: Zaid Akhtar

Penerbit: Jejak Tarbiah

Tahun Terbitan: 2025

Bahasa: Bahasa Melayu

ISBN: 9786297561400

Genre: Fiksyen

Format: Paperback

Harga: RM32.00

Berat: 0.22kg

Sinopsis:

 

“Hidup ini suatu lakonan dan kitalah pelakon- pelakonnya.” Di bawah mentari Jordan yang membakar, Iqbal bersama teman-temannya meniti liku kehidupan sebagai mahasiswa yang sarat dengan pelbagai ujian dan konflik. Bermula daripada episod cinta yang terpendam, pencarian mahasiswi yang hilang hingga sahabat mereka iaitu Aiman, yang hidup sebatang kara akibat kekejaman Zionis dipenjarakan atas asbab perjuangan membebaskan tanah airnya, iaitu Palestin. Naskhah ini membawa pembaca menyelami perjuangan hidup, makna persahabatan dan tanggungjawab sosial yang tertegak atas semangat ukhuwah. Dengan nilai-nilai Islam yang disulami dengan penceritaan yang asyik, Sesegar Nailofar ialah kisah yang akan berbekas di hati setiap pembaca, sepertimana bunga indah yang melegakan setiap hati yang gundah.

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Sesegar Nailofar by Zaid Akhtar
You have successfully subscribed!
This email has been registered