Selamatkan Aku Daripada Fobia di Sekolah
Penulis: Danial Haikal, Reja, Syrcaa & Ammar
Penerbit: Iman Publications
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786297956282
Bil. Muka surat: 112
Format: Paperback
Harga: RM15
Berat: 0.3
Sinopsis
Setiap orang mempunyai ketakutan tersendiri. Dalam istilah psikologi, ketakutan melampau dan tidak rasional terhadap sesuatu perkara ini dikenali sebagai fobia.
Bagi orang dewasa, berjumpa dengan doktor gigi atau berhadapan dengan cikgu garang mungkin suatu perkara biasa. Tetapi bagi anak-anak, pengalaman ini boleh terasa begitu menakutkan!
Komik Selamatkan Aku daripada FOBIA di Sekolah ini membawa kisah tiga orang pelajar yang perlu menghadapi ketakutan mereka terhadap:
1. Cikgu disiplin yang berparut.
2. Doktor gigi yang datang ke sekolah.
3. Tandas sunyi di belakang sekolah.
Dengan panduan daripada Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Prof. Madya Dr. Rozanizam Zakaria, komik ini diharapkan tidak sahaja memberi hiburan, malah turut membantu anak-anak memahami ketakutan dan membesar dengan lebih yakin serta berani!