Selamatkan Aku Daripada Fobia di Rumah
Penulis: Papan, Mamadchan & Waowo
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786297956299
Bil. Muka surat: 112
Format: Paperback
Harga: RM15
Berat: 0.3kg
Sinopsis
'MAMAAAAA, TOLONGGGGG!'
Apabila kanak-kanak berasa takut, mereka sering menjerit dengan kuat. Namun, ada juga yang menunjukkan rasa takut yang mendalam mereka terhadap sesuatu melalui gerak-geri, tingkah laku serta respons badan yang ekstrem.
Mungkin pada seorang dewasa, ia hanya ketakutan biasa. Namun, pengalaman seperti ini boleh menjadi punca kepada ketakutan yang berpanjangan dan tidak rasional pada kanak-kanak sehingga mengganggu kehidupan harian mereka.
Komik Selamatkan Aku daripada Fobia di Rumah ini membawa pula kisah tiga orang kanak-kanak yang perlu berdepan dengan ketakutan mereka apabila:
Ditinggalkan bersendirian di rumah.
Diekori patung yang tidak bernyawa.
Berjumpa dengan raksasa yang wujud di dalam lif.
Dengan panduan daripada Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Prof. Madya Dr. Rozanizam Zakaria, komik ini diharapkan bukan sahaja dapat menghiburkan, malah turut membantu anak-anak memahami ketakutan mereka serta membesar dengan lebih yakin dan berani!