Selamatkan Aku Daripada Fobia di Hospital
Penulis: Ani Mazni, Danial Haikal, Reja & Ammar
Penerbit: Iman Publications
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786297956305
Bil. Muka surat: 112
Format: Paperback
Harga: RM15
Berat: 0.3
Sinopsis
'AAAAA, SAYA TAKUTTT!!!'
Jeritan begini kerap kali kedengaran daripada anak-anak ketika mereka berhadapan dengan sesuatu yang ditakuti.
Mungkin bagi orang dewasa ia kelihatan biasa, namun bagi kanak-kanak, pengalaman seperti ini boleh menimbulkan rasa ketakutan yang mendalam, berpanjangan dan tidak rasional sehingga mengganggu kehidupan.
Komik Selamatkan Aku daripada Fobia di Hospital ini dibuat bagi membantu anak-anak menghadapi ketakutan tersebut dengan selamat. Berpandukan nasihat Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Prof. Madya Dr. Rozanizam Zakaria, komik kali ini membawa kisah tiga orang kanak-kanak yang perlu berdepan dengan ketakutan mereka terhadap:
Jarum suntikan yang tajam.
Bilik mayat yang sunyi.
Badut yang tersenyum menyeringai.
Diharapkan komik ini bukan sahaja memberi hiburan, malah turut membantu anak-anak memahami ketakutan dan membesar dengan lebih yakin serta berani!