-5%
Zoom the image with mouse

PENAT: Bagaimana Mengurus Emosi, Tenaga & Tekanan Dalam Menempuhi Alam Dewasa by Dr Alizi Alias

92 In stock
RM28.50 RM30.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Dr Alizi Alias
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan:2022
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459545
Bil. Muka surat: 202m/s
Format: Paperback
Harga: RM30.00
Berat: 0.25kg

Sinopsis

Berbeza dengan generasi 30 atau 40 tahun lepas, anak muda hari ini sering ‘disogokkan’ dengan kepentingan mempunyai growth mindset, passion dan ketekunan yang tinggi dalam melakukan satu-satu kerja. Mencintai kerja yang dilakukan adalah satu kebanggaan. Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan pula adalah satu bentuk jenama peribadi (personal branding).

Walaubagaimanapun, atas beberapa sebab; mungkin kerana keletihan atau hilang motivasi atau mula terasa kerja hanya ibarat rutin atau bermacam faktor lain, menjadikan kita terhenti seketika. Bukan culas, atau mengular atau tidak lagi berminat dengan kerja tersebut. Cuma rasa kosong. Tiada lagi excitement. Tidak happy tetapi bukan juga sedih kemurungan. 

Perasaan itu berada di tengah-tengah. Tidak se-teruja dahulu, tetapi tidak juga terus meninggalkan kerja tersebut. Walaupun kadangkala rasa malas, tetapi tanggungjawab dan tugasan masih dilaksanakan (dengan separuh hati). 

Ketika ini, hidup ada kalanya terasa tiada erti; sekadar bekerja untuk mendapatkan pendapatan, membayar komitmen keluarga dan sekali-sekala bercuti. 

Kesannya, kita cuba mencari keseronokan, excitement & feeling good melalui cheap dopamine. Seperti dari social media dan permainan video yang membekalkan dopamine booster secara mudah dan cepat. Menonton video pendek di tiktok atau instagram memberikan rasa keseronokan pantas, sehingga akhirnya seringkali berjam-jam dihabiskan menghadap telefon pintar. Apabila kembali ke dunia realiti, masalah ‘languishing’ masih ada, tidak hilang dengan cara kita mengalihkan fokus. 

Pengurusan languishing bermula dengan memberikan nama kepada emosi ini. Meletakkan diri pada posisi yang tepat adalah langkah pertama untuk keluar dari belenggu kelesuan.

Buku ini sesuai buat mereka yang::

  1. Hilang motivasi, tak lagi rasa excited buat kerja hidup rasa stagnant. Sebelum ini, kita adalah seorang yang passion dengan kerja yang kita lakukan, akan berika yang terbaik.  Tetapi atas beberapa sebab, kita hilang minat & fokus terhadap perkara tersebut. 
  2. Rasa kosong. Tak happy tapi bukan sedih sangat, tak tenang tapi bukanlah murung (depress), rasa marah (khususnya pada diri sendiri) tapi bukan sampai nak mengamuk. Berada di tengah-tengah. Buat kerja dalam keadaan terpaksa kerana mempunyai komitmen (motivasi terbesar). 
  3. Sedar diri sedang berada dalam keadaan languishing (walaupun tak tahu istilahnya) kerana terjerat dalam kehidupan tidak produktif (doomscrolling social media, games etc) yang berpanjangan. Berusaha mencari jalan keluar dari masalah tersebut. 

Objektif Buku:

  1. Belajar untuk memberikan nama kepada emosi yang sukar. Semakin dalam pengetahuan kita tentang sesuatu masalah, semakin mudah kita menghadapinya. 
  2. Mengenalpasti tingkah laku tidak sedar yang sebenarnya mungkin adalah petanda diri sedang berada dalam fasa languishing.
  3. Belajar mengatasi masalah hilang drive dan passion apabila tiada motivasi.

Tentang Penulis:

Dr. Alizi Alias

  • Latarbelakang Pendidikan:
    • International Islamic University Malaysia (IIUM) - B.IRKH in Islamic Revealed Knowledge, and a B.HSc in Psychology.
    • University of Surrey, UK - MSc in Applied Psychology
    • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - PhD in Industrial/Organizational Psychology 

  • Pengalaman
    • Pensyarah IIUM dari tahun 1997 hingga 2018. Juga sebagai pensyarah sambilan di beberapa buah universiti tempatan; UKM, OUM & UTM.
    • General Manager (Human Capital) di Medic IG Holdings (2018-2020)
    • Berpengalaman luas sebagai konsultan psikologi industri dan menawarkan perkidmatannya kepada pelbagai agensi kerajaan dan swasta di seluruh Malayisa. 
    • Mengasaskan Psychospiritual Institute, sebuah inisiatif mengharmonikan penemuan psikologi dan Islam.

Customer Reviews

Based on 1 review
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
A
Azim KL
Bags

Buku yang sangat bagus menerangkan situasi tentang penyakit mental dan kesihatan mental, ada 4 janis perbezaan yang mana kena dengen situasi hidup saya kini. Bahasa yang ringkas dan mudah di fahami selain memberi cadangan cara fikir yang sihat, semoga penulis beroleh kejayaan dengan buku sulungya ini.

PENAT: Bagaimana Mengurus Emosi, Tenaga & Tekanan Dalam Menempuhi Alam Dewasa by Dr Alizi Alias
You have successfully subscribed!
This email has been registered