Kunci Tadabbur 30 Juz Al-Quran Jilid 2 oleh Fakhri Fadzli
Regular price
RM80.00
-
In stock
In stock
Couldn't load pickup availability
Kunci Tadabbur 30 Juz Al-Quran Jilid 2: Sinopsis Komprehensif Al-Quran,
Berserta Kesinambungan Surah & Ayat, Juga Kisah & Doa Pilihan
Penulis: Fakhri Fadzli
Penerbit: IMAN Publication
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Melayu
ISBN: Jilid 1: 9786299470984
Bil. Muka Surat: 600m/s
Format: Paperback
Harga: RM 80
Berat: 1kg
Sinopsis:
“Pernahkah anda membaca terjemahan Al-Quran, tetapi masih merasa ‘jauh’ dan tidak nampak gambaran besar setiap surah?”
- Ramai antara kita mampu membaca Al-Quran dengan lancar, malah istiqamah mengkhatamkannya setiap Ramadan. Namun, sering kali timbul satu persoalan selepas menutup mushaf: “Apa sebenarnya yang baru sahaja aku baca tadi?”.
- Terjemahan ayat demi ayat kadangkala membuatkan kita faham maksud perkataan, tetapi gagal melihat konteks, aliran tema, dan kesinambungan yang menyatukan sesebuah surah.
- Kunci Tadabbur 30 Juz Al-Quran hadir sebagai 'jambatan' yang menghubungkan anda dengan makna-makna agung ini melalui pendekatan yang santai namun berdisiplin.
Apa Yang Menanti Anda Dalam Koleksi Lengkap Kunci Tadabbur ini?
Buku ini bukan sekadar naskhah tafsir ringkas, ia adalah peneman tilawah yang akan mengubah kualiti interaksi anda dengan Al-Quran:
Kenapa Anda Perlu Miliki Buku Ini?
Sertai Perjalanan Memahami Al-Quran Sekarang!
Jangan biarkan Al-Quran sekadar menjadi bacaan di bibir. Jadikan ia petunjuk yang berbicara terus ke hati anda.
Pra-tempah sekarang untuk menjadi antara yang terawal memiliki naskhah Kunci Tadabbur 30 Juz (Jilid 2) dan mulakan langkah pertama anda menuju pembacaan Al-Quran yang lebih sedar dan bermakna.
'Al-Quran akan sentiasa terasa baru kepada orang yang kembali kepadanya dengan hati yang hidup.'
Reviu Pembaca Terawal:
1. "Penulisan yg tak meleret tapi concise & padat. Tak rasa overwhelmed bila baca. Pembahagian ikut beberapa ayat yang berkaitan memudahkan untuk lebih fokus & faham mesej yang nak disampaikan."
2. "Baru sempat baca.Sebagai pelajar walaupun di online saja,saya nak ucap Tahniah buat guru saya,ustaz @IMAN Fakhri Berkat usaha dalam hasil buku ni moga Allah gerakkan hati kita semua untuk lebih dekat dengan Al quran Dan diberi kefahaman dalam memahami isi pada setiap ayat yang dinukil. insyaAllah.
Saya selalu masuk kelas ustaz,Cara ulasan rentak Gaya Bahasa Yang diguna Sama seperti syarah dalam kelas. Jadi alhamdulillah tak berat & faham apa yang dijelaskan dalam buku terbaru ni insyaAllah. Tak Perlu gopoh kalau nak baca. Doakan Kami juga agar sentiasa jatuh cinta dengan Al quran Dan menjadi teman hidup dunia akhirat insyaAllah.
Selamat Hari Guru. :)"
3. "Saya baru baca. MasyaAllah. Walaupun kalini perincian dia lagi mendalam dan berat, tapi di kaca mata saya dan juga dua mata saya (sebab saya rabun orangnya 🤓), pengisian ustaz kelihatan ringan dan mudah difahami.
Mungkin juga disebabkan layout yang kemas dan minimal. Juga bahasa yang Ustaz gunakan. Saya merupakan antara beta reader untuk buku baharu Ustaz Addien. Lebih kurang juga gaya penyampaian Ustaz Fakhri dengan Ustaz Addien.
Dedua menarik, cerita mendalam tapi penyampaian mudah nak faham. bagi kebanyakan orang macam saya. Daripada segi layout, saya lebih suka yang ini berbanding Fa Inni Qarib 👍
Tapi itulah, ini cuma berdasarkan pemerhatian awal. Tak sabar nak membeli dan menelaah dengan lebih lanjut hehe rasa kena baca pairing with each other.
Buku ini 🤝Fa Inni Qarib."
IMPORTANT: For enquiries or suggestions, please contact IMAN Customer Service via sales@imanshoppe.com or call 013-2875747.
Kunci Tadabbur 30 Juz Al-Quran Jilid 2 oleh Fakhri Fadzli
Menu